Selamat malam buat teman2 yang sedang beraya mahupun yang sedang berperang di dewan peperiksaan.Hari genap sudah lima hari kita menyambut kedatangan Syawal yang mulia.Namun tak semua yang merasai nikmat lebaran kali ini disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tak dapat dielakkan terutamanya bagi penuntut2 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Mereka terpaksa berkorban masa bergembira bersama keluarga semata-mata untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mencorak langkah mereka pada masa hadapan.Itulah harga yang perlu dibayar apabila bergelar mahasiswa.
Apabila berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat keputusan yang sangat mengelirukan dan membawa kepada dilema yang tak berkesudahan, pasti kita perlu menimbang tara antara kebaikan dan keburukan yangbakal dihadapi selepas membuat pilihan.Percaya atau tidak terpulang kepada anda untuk membat penilaian.Memang bagai diluah mati emak ditelan mati bapak tatkala berhadapan dengan situasi sebegitu.Kalau macam tu kenalah buat solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T.Itulah sebaik-baik penyelesaian bagi mereka yang menganut agama Islam.
Saya ada satu pengalaman yang ingin dikongsikan bersama dengan anda semua. Pernah tak anda menolong ibu memasak di dapur sesekali pulang bercuti?Maklum sajalah,pelajar universitilah katakan..paham2 jelah.Pernah tak anda menumbuk cili api menggunakan lesung batu dan malangnya cili api itu termasuk ke dalam mata anda?Pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.Nak dibasuh dengan air, mak kata,"jangan".Lalu,dengan pantas aku bertanya kepada emak apa yang perlu aku buat untuk menghilagkan kesakitan ini.Tahu apa jawapannya? Mak kata,"pergi sapu minyak masak kat ibu jari kaki,nanti kuranglah sikit sakitnya."Apalagi,sepantas kilat aku mendapatkan minyak masak tersebut dan buat seperti yang disuruh emak.Percaya atau tidak,petua itu benar-benar menjadi.Tak sampai lima minit saja pedih di mata ini sudah hilang.Alhamdulillah...Kata emak,"kalau tak puasa bolehlah makan garam,dapat hilangkan pedih tu."Haa,itulah untungnya menolong emak masak di dapur.Bukan apa,selain untuk mendapatkan ilmu memasak, dapat juga petua-petua yang berguna untuk masa depan.
Nampaknya,sampai di sini sajalah pertemuan kita untuk kali ini.Diharapkan semoga apa yang saya curahkan dalam ruangan ini dapat sedikit sebanyak memberi anda maklumat yang berguna.

No comments:
Post a Comment