Friday, September 25, 2009

AnTaRa rEaLiTi dAn fANtaSi....

Salam sejatera buat semua teman2 yang sedang beraya mahupun yang sedang menolong ibu di rumah.Hari ni saya,Shafikah ingin berkongsi dengan anda serba sedikit tentang trilogi Bagaikan Puteri,sebuah karya ciptaan Ramlee Awang Murshid terbitan Alaf 21.Karya ini sebenarnya sudah lama diterbitkan dan mendapat sambutan yang hangat dari para pembaca.
Novel yang pertama berjudul Bagaikan Puteri.Mengisahkan tentang gadis bernama Haryani yang berperwatakan agak tomboy dan agresif terlibat dalam kemalangan jalan raya.Dia terlantar di hospital selama beberapa bulan akibat koma.Yang menariknya,rohnya terlontar ke dalam kurun ke-15 yang juga merupakan zaman kesultanan Melayu Melaka dan Hang Tuah.Di sana jugalah dia berpeluang bertemu dengan Laksamana Sunan dan menyamar sebagai Gusti Puteri.


Novel yang kedua pula berjudul Cinta Sang Ratu.Siri yang ni memang menjadi kegemaran saya kerana plot dan jalan ceritanya yang menarik dan berjaya menyentuh sanubari siapa yang membacanya.Karya ini digarap dengan begitu baik sekali.Mengisahkan tentang kezaliman Maharani Pulau Utara dan anak angkatnya,Ratna.Mereka merupakan pengikut iblis laknatullah.Pertarungan pertama antara Ratna dan Sunan menimbulkan bibit kasih sayang dalam jiwa Ratna yang tandus.Perwatakan Sunan yang tinggi pekertinya berjaya menawan Ratna.


Dan yang terakhir sekali,Hijab Sang Pencinta.Buah tangan Ramlee yang terakhir ini menceritakan tentang tragedi tsunami yang melanda Acheh,meragut ribuan nyawa yang tak berdosa.Malaysia juga menerima tempiasnya di sebahagian Pulau Pinang.Dani yang meminati Haryani telah membawa diri ke Acheh dan malang menimpa dirinya.Dia didapati terdampar di persisiran pantai Acheh.Dia sedar tetapi rohnya terlontar ke zaman Sunan.Pada zaman itu dia menjadi pesuruh si iblis dan digelar Senggara.Kejahatan Manggala yang menggila terus menjadi buruan Sunan demi menjaga akidah umat Islam.


Begitulah kisah fantasi yang benar membawa kita ke satu persimpangan di antar kebaikan dan kejahatan.'Walaupun kejahatan itu seakan-akan menguasai dunia,namun akhirnya kebaikan akan menang'..kata-kata yang dipetik dari Sunan.
Oleh itu,saya menyeru kepada semua yang membaca post ini agar membaca karya unggul Ramlee ini.

2 comments:

  1. doakan kte djodohkan ngan jejaka saparti sunan ya!!

    ReplyDelete
  2. insyaallah..moge jumpe ngan Mr.Right t..jgn risau sbb jodoh kite da yertulis di Lukh Makhfuz..

    ReplyDelete