Thursday, September 24, 2009

Sedetik cuma, seketika mungkin...(Part 1)

Hai kawan2 sume..Tengah buat ape tu?Sibuk beraya dengn kengkawan je? Ataupun sibuk dok layan teman istimewa?eh,apa lak aku melalutt ni..saje je nak bergurau.Haa,sape yang makan cili dia yg rasa pedasnya.Anyway,kali ni post x formal lah coz I want to share about my working experience at kfc.Gambar yang kat bawah tu sume kwn2 aku mase kat kfc sec. 18 Shah Alam.


Kalau nak tahu aku memegang post sebagai cashier kat situ.Ni yang aku nak cerita kat korang pengalaman semasa mula-mula nak mintak kerja dan hari -hari seterusnya.Kalau tak silap aku,aku mita kerja kat situ dengan sepupu aku yang sebaya dan seorang lagi tu dah kerja kat PPUM sebagai pembantu makmal.Dia merupakan sepupu yan lebih tua antara kami.Actually,kami mintak tolong die tanya kat pekerja kfc sama ada masih ada kerja kosong atau tidak.Maklum sajalh,budak baru lepas SPM.Tak tahu dunia luar macam mana,segan lah katakan.Nasib kami baik kerana kebetulan pihak kfc memang sedang mencari pekerja baru pada ketika itu.On the spot, kami terus ditemuduga oleh manager yang bertugas pada waktu itu.Alangkah gembiranya hati ini apabila mendapat khabar bahawa kami diterima bekerja di situ.
Maka,bermulalah episod baru dalam hidup aku saat bergelar cashier kfc.Hari pertama bekerja memang benar2 membuatkan kepalaku serabut dengan pelbagai input yang diberkan oleh senior di situ.Mula-mula,aku cuma tengok saja bagaimana mereka menggunakan komputer di kaunter.Bukan mudah bagi aku untuk menghafal segala steps yang ada.Tak cukup dengan itu,aku perlu menghafal menu yang tersedia di situ.Hai,gigih jugak aku nak ingat sume tu.Tambahan pula aku jarang sekali makan di kfc sama ada bersaama keluarga mahupun bersama rakan-rakan.Hari demi hari berlalu begitu pantas sehingga aku tidak sedar sudah dua mniggu aku bekerja di sana.Setiap kelemahan aku atasi dari hari ke hari.Tidak lama selepas itu, aku diberikan kepercayaan untuk menggunakan atau membuka kaunter.Agak gementar sebenarnya apabila berhadapan dengan pelanggan.Seperti yang anda semua tahu,cashier bertanggungjawab dalam mengambil pesanan dan membungkus hidangan.Jadi,banyak perkara ayang perlu aku pelajari bukan saja setakat mengambil pesanan tetapi perlu juga mahir dalam pembungkusan.Masa yang diambil uuntuk membungkus perlulah tidak melebihi satu minit ataupun 60 saat.Tapi kalau lebih tiada penalti atau sebagainya.Apa yang perlu diambil kira adalah procedure kerja.

Setiap bulan,prestasi pekerja akan dinilai oleh pegawai dari HQ yang memang tidak di kenali oleh kami yang mana setiap department akan diambil markah.Selain itu,terdapat juga pelanggan misteri yang akan membuat penilaian dari aspek CHAMPS. C-cleanliness,H-hospitality,A-accuracy,M-maintainance,P-(x ingat) dan S-speed of serving.Haa,seronok tau lama-lama kerja kat sana.Ramai kawan dan banyak juga cabaran dan dugaan yang terpaksa aku tempuhi sepanjang berkhidmat di sana.Bila tiba minggu akhir bulan dan awal bulan memang tak menang tangan kami dibuatnya.Mana tidaknya,orang baru dapat gaji mestilah nak belanja family dan kengkawan.Boleh dikatakan sibuknya tu sampaikan pintu utama tu pun dah tak nampak lagi.Haa,busy x busy..Sape kate kerje macam ni x de cabaran?Bila da ramai sangat customers, kenalah packing order secepat kilat dan sepantas mungkin.Orang dok order kat kite,kite order makanan seperti burger or twister kat back-up.So,apa yang penting???kerjasama!!!Semua kena sabar dan pantas bekerja.Kena juga tahan kerenah pelanggan yang banyak songeh,cerewet..n tak kurang jugak yg datang ke untuk claim air yang dia sendiri tumpahkan,walhal bukan salah kami.Tetapi,emi menjaga nama baik dan reputasi syarikat,kami perlu meningkatkan mutu service kpd pelanggan memandang ekonomi pada ketika itu makin meruncing sejak berlakunya perang di Gaza,Palestin.Ketika itu,sales kami merosot jauh kerana diboikot oleh pengguna.Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kfc di Malaysia adalah kepunyaan Tan Sri Ali Hasyim dari Syarikat Johor Corpration.KFC di Malaysia hanyalah franchaise saja.

Tiga bulan selepas itu,gaji kami dinaikkan dari RM 3.50 kepada RM4.00 dan status berubah daripada trainee kepada team member.Wah, masa tu tak sabar rasanya nak tunggu gaji hujung bulan tu.Dalam tempoh tiga bulan pertama tu,kami perlu menghadiri kelas Food Handling yang di adakan di Sunway Metro,KL.Maka,pergilah au dan juga beberapa lagi teman2 ke sana untuk menuntut ilmu dan menjalani ujian.Kelas ni penting untuk menjaga prestasi kerja kita.





Itulah gambar yang sempat diambil di depan kfc Sunway Metro dan di KTM.Seronok gak ramai2 pakai baju kfc tu naik bas n ktm nak sampai ke sana.Pakai sweather tu nak cover sket laa konon2nya..k laa.Banyak lagi nak cerita tapi kita sambung dalam Part 2 lak.tata........

No comments:

Post a Comment