Thursday, October 28, 2010

Pontianak vs Vampire

Salam to all readers and bloggers.
That is the topic that I want to discuss.

Pontianak vs Vampire

I wonder whether their existence is true and whether they are different in terms of origin and features.
Sometimes I kept thinking that the Malay so-called Pontianak is actually a woman who died while delivering birth. This fact is according to the Malay's mystic world. That is what people say.

VAMPIRE
The idea of drinking blood to be immortal is not a foreign one to the human mind. Indians, Greeks and Christians have all had a part in this conception. Drinking the blood of another is sometimes understood as obtaining the "life-blood" of someone else for yourself. Therefore, the idea of the vampire stems from cannibalism, and the concept of putting someone's body inside your own to obtain more life.

Vampires are creatures that maintain immortality by sucking blood from humans and animals. They are night creatures, and the sight of sunlight turns them to stone, or sometimes dust. Typically, they are characterized by black capes, long corpse-like bodies and the ability to fly, although whether or not these characteristics were included in the original vampire myths is not known. They sleep in coffins, can't stand churches, and scream at the sight of garlic. Vampires are also highly sexual, and they often prey on members of both sexes.

There are several creatures that may have acted as precursors to the vampire. The leech is perhaps the most basic, representing the idea of a slimy, forboding creature taking human blood. The chupacabra, a blood-sucking alien creature that feasts on animals, is another vampire-like myth. This myth originated in the hills of South America, and still exists today. The myth of the fury, or a women that sucks the life from a sleeping victim, was created in Greek times to represent the wrath of the Gods. These creatures were released upon the earth to suck sould through the mouths of their victims, and send them to agony-filled torment in Hades, or Hell. Finally, a species known as the "vampire bat" has been studied by many scientists because of its strange eating habits. This bat sucks the blood of its victims by making a clean cut to the neck and main artery. It's saliva contains chemicals that gradually take consciousness from the creature it it eating.

The vampire myth appears to have originated in Transylvania, according to the Stoker novel, in the dark hills of eastern Europe. Stoker's Dracula is an old, placid man that appears harmless except for an air of doom about his castle. His vampires are the curse of the surrounding towns, and the descendants of a strange disease.

And from my research, I think that both are legend and superstition. But, in Islam we should believe those undefined and invisible creatures as they are Iblis and Syaitan. They do exist in this world but we can't see them and if so only in certain circumstances.

Okay, because of the legend, belief and superstition some people start to create the story of both vampire and pontianak. In the Malay version, Shuhaimi Baba succeed in making Pontianak Harum Sundal Malam 1&2. Other than that, the ancient Malay movie in P. Ramlee era, the movie maker produced Raja Bersiong which in these day it had been redo and update to be the new version of Raja Bersiong entitled Siong.



The english version has many. Stephanie Meyer's novel entitled The Twilight Saga has been in film because of the demand. Same goes to the Vampire Diaries.






Ponti Anak Remaja is a Malay drama in Astro Ria. Now it become Ponti Anak Remaja Mini Series. Of course there are lots of secrets and discover may be revealed.



The Vampire Diaries

The Twilight Saga

Pontianak Harun Sundal Malam

So, believe it or not??

Wednesday, October 20, 2010

Oh, result~

Salam sejahtera salam 1Malaysia buat semua yang sudi singgah ke laman usangku ini.
Sebentar tadi aku baru saja menatap keputusan final exam semesta yang lalu.
Perasaan aku??
Berbaur rasa yang ada. Mungkin [ memang betul kut] aku cakap x serupa bikin ataupun salah percaturan. Aku rasa ada yang tak kena dengan strategi aku ni. Aku rasa target aku x seimbang setara dengan kemampuan aku. Mungkin juga terlalu awal untuk meletakkan sasaran yang agak sukar dicapai.
Inilah hakikat yang harus aku terima kerana sememangnya sudah tertulis di atas sana. Aku hanya insan kerdil yang mana mungkin bisa menyanggah suratan takdir. Usaha, doa dan tawakal. Mungkin perlu dilipatgandakan untuk misi seterusnya. Ya, itu perlu, itu harus direalisasikan.
La tahzan~
This is the real life. No matter what, life must be go on. This is not the end of your mission. Selagi bernafas selagi itu jangan kau lupa pada-Nya. Dia yang berkuasa atas segala-galanya. Memang benar. Perjuangan ini belum tamat bahkan perjuangan sebenar baru sahaja bermula.
Azam baru telah aku sematkan. Aku ingin menjadi the best organiser. Itu bukan saja mencakupi erti kata penganjur malah juga pengurus. Ya, pengurus yang memiliki perancangan serta penyudah yang cemerlang. Analoginya begini, aku merupakan coach hoki or football. To win such a game, we need a good planning, tactical and technical aspect. Okay, a good formation of players and their position and roles is very important. Consider also the team's strength and weakness and also the other teams'. Research is vital so that you can start planning and create your own strategy...that's it. This can be applied in everything that you want to do. For instance, achieving a goal or target. Berpijak di bumi yang nyata bukan sekadar angan-angan di atas angin saja. Kuatkan semangat. Andai kamu tersungkur sekali, carilah dahan untuk terus berpaut dan berjalan semula. Pasti ada jalan meskipun keinginan mengatasi kudratmu.

So, keep on trying the best. Keep praying for a good and successful future. Remember that your dream can be true if you want it to be.

Go go go !!!

Friday, October 15, 2010

Menutup Tirai~



Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia di luar sana. Semalam, 14 Oktober 2010 kita telah menyaksikan satu lagi kenangan manis dan sejarah buat Malaysia sepanjang penglibatan dalam Sukan Komanwel abad ini. Sukan ini telah pun melabuhkan tirainya semalam dan syabas diucapkan buat semua atlet yang terlibat terutamanya kepada mereka yang menjadi penyumbang emas negara. Sepanjang 12 hari temasya sukan tersebut, kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 10 emas dan memperoleh bonus 2 emas lain. Penuh debaran dapat dirasai semua peminat sukan negara yang menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Badminton yang mana kesemua kategori memperlihatkan peserta negara bersaing sengit. Acara Perseorangan Lelaki mudah saja ditakluk oleh Datuk Lee Chong Wei yang berentap dengan pemain di ranking ke-17 dunia, Rajiv Ouseph dalam masa 30 minit straight set. Suntikan semangat itu diperoleh selepas beregu campuran negara membutirkan emas ke-9 buat negara, yang juga satu pencapaian yang membanggakan.Terbaik. Emas ke-10 negara direalisasikan oleh gimnas negara Elaine Koon menerusi acara Gimnastik Berirama Appatus Gelung. Beliau juga muncul sebagai pemegang pingat terbanyak negara, membolot bersama 2 perak dan 3 gangsa. Para pemenang pingat emas negara bakal mendapat insentif daripada kerajaan Malaysia yang bernilai RM 80 000. Bukan wang yang dicari namun pencapaian peribadi dan juga demi negara tercinta. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!


a little masterpiece







Wednesday, October 6, 2010

daydream~>




I am a music lover...and of course an art lover.
music, painting, photography, acting etc....all are very interesting yet much more satisfying rather than having to read all analysis, statistic and samples of blood.
Yes, I am. If i were free to choose my career without having to consider about those principles and influences, I prefer to have my own production house or become a wedding planner, having my own boutique. I prefer to work on my own and I am the boss. Yes, that's it.


Tuesday, October 5, 2010

Kerja dan Aktiviti Kemasyarakatan

Salam sejahtera buat semua rakan bloggers sekalian. Akhirnya, setelah sekian lama saya terputus hubungan dengan blog ini...hari ini, saya kembali membuka tirai penglihatan menerusi kaca mata seorang insan bergelar layman. Kini aku bukan seorang mahasiswa bagi tempoh 2 bulan ini, aku sudah menjadi salah seorang ahli masyarakat kampungku.

Tika ini, aku sedang berusaha mendapatkan kerja sambilan di pekan. Bukan gaji besar yang aku harapkan namun hanyalah pengalaman dan mengisi kekosongan waktu yang ada. Sekurang-kurangnya, aku dapat belajar sesuatu yang baru pada musim cuti semesta kali ini. Sudah tiga tempat yang aku pohon dan aku masih menunggu maklum balas dari mereka. Aku berharap aku akan dapat bekerja di salah satu tempat itu.

Kerja merupakan plan utama aku untuk cuti ini. Walau bagaimanapun, aku punya perancangan lain sebagai back-up [ back-up plan] sekiranya aku tiada rezeki diterima bekerja. Aku ingin berkhidmat sebagai ahli pakatan rewang kampung. Emak kata, sekarang kumpulan rewang itu sudah kurang orang. Jadi, apa salahnya aku turut serta bagi mengisi kekosongan itu. Dapatlah aku belajar sikit-sikit ilmu daripada otai-otai ni. Nanti, bila dah hidup bermasyarakat di mana sahaja sekali pun tidaklah aku kekok bercampur dengan orang. Aku sedar, aku paling muda antara mereka. Tidak mengapalah. Yang penting aku jujur dan ikhlas dalam bekerja.

Sememangnya, masyarakat di Johor terkenal dengan tradisi dan amalan turun-temurun misalnya rewang. Rewang ialah satu aktiviti masyarakat setempat di mana mereka akan bergotong-royong apabila ingin mengadakan majlis kahwin. Kebiasaannya, orang lelaki ditugaskan untuk mengangkat balai, pasang balai, memasak dan mencuci pinggan mangkuk. Perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan bagi pakatan rewang, membungkus berkat, melayang tetamu a.k.a pelayan, menyediakan bahan masakan dan sebagainya. Secara umumnya, perempuan lebih tertumpu pada kerja-kerja di dalam rumah dan lelaki di luar.

Rewang merupakan tradisi yang diwarisi oleh masyarakat Jawa di kampung saya. Untuk makluman, keluarga sebelah emak memang berketurunan Jawa, dari moyang yang berasal dari Indonesia. Saya bangga menjadi orang Jawa. Banyak amalan dan tradisi masyarakat yang perlu diambil sebagai contoh seperti rewang dan juga mengunjung. Mengunjung merupakan tradisi menghantar juadah hari raya kepada jiran dan sanak saudara yang berdekatan. Dengan adanya tradisi sebegini, hubungan antara masyarakat dapat dipupuk dengan lebih erat selain dapat menjernihkan suasana yang sedia keruh.





Rewang bukan sahaja diadakan untuk majlis kahwin sahaja tetapi juga untuk majlis-majlis seperti kenduri arwah, kenduri berkhatan dan juga majlis rumah terbuka. Saya harap agar suatu hari nanti, saya dapat meneruskan tradisi ini ditempat tinggal saya sekiranya saya berhijrah ke bandar.

Sekian untuk hari ini. Saya, Shafikah Sulaiman mengundur diri. Wassalam~

Saturday, October 2, 2010

Niyang Rapik > Sebuah Filem


INFO:
  • Para pelakon ~ Liyana Jasmay, Kamal Adli, Awal Ashari, Fizz Fairuz, Zed Zaidi, Nasir Bilal Khan dan Sharonizam.
  • Pengarah ~ Ahmad Idham
  • Penerbit ~ Excellent Pictures
SINOPSIS:

Cerita bermula apabila 4 orang teruna kembali semula ke kampung terpencil Niyang Rapik setelah kematian arwah Zack. Kematiannya menimbulkan kemusykilan mereka semua. Arwah ada mengambil gerambit dari gua Niyang Rapik, yang kemudian disangka menjadi punca kematiannya. Ke Niyang Rapik membawa gerambit untuk dipulangkan agar semuanya selesai. Namun, bala yang menimpa mereka lalu membawa kepada satu rahsia di sebalik semua yang terjadi.













Actually, filem ni dah lame pun ditayangkan tapi baru semalam dapat tonton filem ni. Komen?? 4 bintang dari 5 bintang. Sinematografi yang menarik, latar cerita menaikkan mood dalam filem ni dan lakonan yang mantap oleh semua terutamanya Shaheizy Sam. Tapi yang baling best ialah musik latar yang digunakan dan OST filem ni ~> Syurga Seketika oleh Zizie& Wangi.

Suatu ketika...



ada masanya aku teringat kenangan lalu
kadang-kadang pahit juga bertandang
manis juga menghiasi hidupku
saat itu

suatu ketika
satu saat dimana perubahan berlaku
dalam diriku
dalam hidupku..
jika Kasyah anti perempuan
maka aku sebaliknya

hari demi hari
mentaliti itu memudar tanpa aku sedari
walaupun sukar
kerana yang pahit lebih dari yang manis
aku belajar menjadi matang
aku terima

persahabatan menjadi pengikat hubungan kita
sahabat menjadi peneman jiwa
medan solusi bagi tiap masalah
tiada niat di hati
untuk lebih dari itu

tanpa disedari
dia penting dalam hidupku
jarang sekali hati begini
puas aku bertahan
pertahankan ego yang sengaja
aku ciptakan antara aku dan dia

berbaur perasaan tatkala itu
malu, sengal, bengang...
semua wujud dalam jiwa yang bergejolak ini
ada satu rahsia
rahsia yang besar maknanya
cuma yang layak
bisa menelah makna sebuah rahsia
laksana jauhari jua yang mengenal manikam

aku sedar
aku bukan untuknya
aku hanya teman
aku sebagai sahabat
namun
ada masanya
aku keliru
aku buntu...

Ya Allah...
Kau berilah petunjuk buat hamba-Mu ini
Kuatkanlah semangatku Ya Rabbi
Cekalkan jiwa ini...amiinnn.




Friday, October 1, 2010

Heart-shaped


Selamat pagi diucapkan kepada semua yang baru sahaja turn on laptop atau baru je bangun dari tidur; terus on laptop. Pagi agak segar bila mana bangun dari tidur yang nyenyak. Maklum sajalah saya letih membantu muk su menganjurkan open house bagi kawasan rumahnya.

Oppps~ dah lari tajuk pulak..haha.

Hati = love

love = cinta

cinta = sayang + rindu + kasih

Pernahkah hati kamu dicuri sesiapa?
Ada satu situasi:
1. Kamu sangat tertarik dengannya pada saat pertama kali bertentang mata, bertemu si dia.
Dia sangat menyenangkan kamu. Tika bersamanya kamu rasa terawang-awang di duniamu sendiri. Seminggu kemudian, rasa itu makin pudar. Bila berjumpa atau terserempak dengannya, rasa macam jumpa member lama saja...bukan kekasih, bukan skandal atau spare tyre. Perasaan kamu terhadapnya biasa saja.

2. First impression waktu jumpe; hish, kerek je budak ni. Hengat aku suke ke kat ko?? Oww, pplease lah.
Al kisahnya, bila jumpa macam anjing dengan kucing. Kekadang benda kecil je puncanya. Dua-dua tak nak kalah. Nak tunjuk ego lah katakan. TAPI, dalam diam masing-masing ada hati antara satu sama lain. Satu hari bila tak gaduh, rindu pula yang bertandang. Terkenang-kenang pula last time bertekak. Si teruna terimbau saat kali pertemuan dua hati itu. Dia tertarik dengan keayuan si gadis. Dia punya agenda tersendiri dalam usaha memiliki gadis itu. Sengaja dia mencipta sengketa, atas alasan dia suka melihat si dia ketika marah. Lagi cun katanya. Idea nakal itu datang secara spontan. Yang si gadis pula, rasa macam sengal sangat sebab; ade ke patut gaduh bagai nak rak dengan lelaki tu sebab benda kecil je?? tak masuk akal ni. Selalunya, dia cool je. Tapi dengan mamat lain pulak jadinya. Haish, apa nak jadi dengan aku ni. Balik-balik muka dia yang muncul dalam kepala otak ni. Dah angau ke? No no no~fullstop.

So, cerita anda dengan dia pula bagaimana?
Pertanyaan ini hanya valid bagi sesiapa yang dah kahwin saja ya.
Bagi yang belum habis SPM tu jangan mengada-ngada jawab soalan ni. Yang masih further study kat university, selagi degree x habis jawab soalan ni dalam mimpi je lah ye. Satu lagi syarat, sebelum berangan pastikan anda berumur 18 tahun ke atas, sudah melepasi tahap 18sx [yang ni gurau tapi..betul gak lahhhh]

Ada banyak versi ceritera cinta dari sesuci sekeping hati hinggalah yang buang anak merata tempat. Remaja hari ni. Itu lah gambaran umat manusia akhir zaman. Kucing pun tahu sayangkan anak. Kita ni ada akal tapi tak boleh pakai. Sia-sia je anugerah yang Tuhan beri tu kalau gagal memberikan sumbangan apatah lagi menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. Kat sekolah dah belajar agama, tapi takat belajar je lah. Nak buat syarat. Hafal pun sebab nak dapat A bile exam nanti. Praktikalnya macam mana pulak dik?? Oh, perlu ke? Itu yang tak betul jadi pada kita semua hari ni. Pernah tak anda dengar, setiap ilmu yang dipelajari mestilah diamalkan dan kalau kita tahu benda yang kita buat tu salah, maka berdosalah kita. Pernah tak??



macam bola ni~> sama tapi tak serupa..bulat tapi warna berbeza..mungkin bagi yang punya jiwa sastera lebih bijak menterjemahkan gambar di atas.


yang ni cuma hiasan saja...untuk ice break aja..



So, the point is sebelum kita bercinta sesama manusia, cintailah diri kita dan Yang Maha Pencipta. Rasa cinta itu anugerah yang paling indah kerana setiap kejadianNya itu berpasang-pasangan. Siapkan diri anda untuk bertemu dengan pasangan hidup anda. Jika anda mahukan yang beragama dll, perteguhkan imanmu. Jika anda rasa hidup ini sekadar mahu berpacaran semata-mata, maka begitu jugalah yang dirasa pasanganmu. Hidup ini bagaikan roda dan usia remaja datang hanya sekali. MAKA, jangan biarkan usia ini penuh dengan liku-liku noda.



Kasut Tumit Tinggi~


Selamat sejahtera semua....harap anda dalam keadaan sihat wal afiat, amin.
Kasut tumit tinggi..ya. Tak pernah jumpe kasut tumit tinggi? Biar benar kamu ni...sah2 duduk terperuk je dalam rumah an..haha~
Kasut tumit tinggi begitu sinonim dengan wanita tanpa mengira usia. Ramai wanita suka memakai kasut tumit tinggi termasuklah saya...[ehheemmm] Agaknya, kenapa perempuan suka pakai kasut tumit tinggi yer??
Hurrmm...saya suka sebab bila pakai tu rasa lebih yakin dan confident bile berjalan..and sometimes makes me gorgeous I guess..haha. One more thing is, high heels make me taller....huhu~ What do you think?? I am sure everybody has their own opinion, right?