Selamat pagi diucapkan kepada semua yang baru sahaja turn on laptop atau baru je bangun dari tidur; terus on laptop. Pagi agak segar bila mana bangun dari tidur yang nyenyak. Maklum sajalah saya letih membantu muk su menganjurkan open house bagi kawasan rumahnya.
Oppps~ dah lari tajuk pulak..haha.
Hati = love
love = cinta
cinta = sayang + rindu + kasih
Pernahkah hati kamu dicuri sesiapa?
Ada satu situasi:
1. Kamu sangat tertarik dengannya pada saat pertama kali bertentang mata, bertemu si dia.
Dia sangat menyenangkan kamu. Tika bersamanya kamu rasa terawang-awang di duniamu sendiri. Seminggu kemudian, rasa itu makin pudar. Bila berjumpa atau terserempak dengannya, rasa macam jumpa member lama saja...bukan kekasih, bukan skandal atau spare tyre. Perasaan kamu terhadapnya biasa saja.
2. First impression waktu jumpe; hish, kerek je budak ni. Hengat aku suke ke kat ko?? Oww, pplease lah.
Al kisahnya, bila jumpa macam anjing dengan kucing. Kekadang benda kecil je puncanya. Dua-dua tak nak kalah. Nak tunjuk ego lah katakan. TAPI, dalam diam masing-masing ada hati antara satu sama lain. Satu hari bila tak gaduh, rindu pula yang bertandang. Terkenang-kenang pula last time bertekak. Si teruna terimbau saat kali pertemuan dua hati itu. Dia tertarik dengan keayuan si gadis. Dia punya agenda tersendiri dalam usaha memiliki gadis itu. Sengaja dia mencipta sengketa, atas alasan dia suka melihat si dia ketika marah. Lagi cun katanya. Idea nakal itu datang secara spontan. Yang si gadis pula, rasa macam sengal sangat sebab; ade ke patut gaduh bagai nak rak dengan lelaki tu sebab benda kecil je?? tak masuk akal ni. Selalunya, dia cool je. Tapi dengan mamat lain pulak jadinya. Haish, apa nak jadi dengan aku ni. Balik-balik muka dia yang muncul dalam kepala otak ni. Dah angau ke? No no no~fullstop.
So, cerita anda dengan dia pula bagaimana?
Pertanyaan ini hanya valid bagi sesiapa yang dah kahwin saja ya.
Bagi yang belum habis SPM tu jangan mengada-ngada jawab soalan ni. Yang masih further study kat university, selagi degree x habis jawab soalan ni dalam mimpi je lah ye. Satu lagi syarat, sebelum berangan pastikan anda berumur 18 tahun ke atas, sudah melepasi tahap 18sx [yang ni gurau tapi..betul gak lahhhh]
Ada banyak versi ceritera cinta dari sesuci sekeping hati hinggalah yang buang anak merata tempat. Remaja hari ni. Itu lah gambaran umat manusia akhir zaman. Kucing pun tahu sayangkan anak. Kita ni ada akal tapi tak boleh pakai. Sia-sia je anugerah yang Tuhan beri tu kalau gagal memberikan sumbangan apatah lagi menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. Kat sekolah dah belajar agama, tapi takat belajar je lah. Nak buat syarat. Hafal pun sebab nak dapat A bile exam nanti. Praktikalnya macam mana pulak dik?? Oh, perlu ke? Itu yang tak betul jadi pada kita semua hari ni. Pernah tak anda dengar, setiap ilmu yang dipelajari mestilah diamalkan dan kalau kita tahu benda yang kita buat tu salah, maka berdosalah kita. Pernah tak??
macam bola ni~> sama tapi tak serupa..bulat tapi warna berbeza..mungkin bagi yang punya jiwa sastera lebih bijak menterjemahkan gambar di atas.
yang ni cuma hiasan saja...untuk ice break aja..
So, the point is sebelum kita bercinta sesama manusia, cintailah diri kita dan Yang Maha Pencipta. Rasa cinta itu anugerah yang paling indah kerana setiap kejadianNya itu berpasang-pasangan. Siapkan diri anda untuk bertemu dengan pasangan hidup anda. Jika anda mahukan yang beragama dll, perteguhkan imanmu. Jika anda rasa hidup ini sekadar mahu berpacaran semata-mata, maka begitu jugalah yang dirasa pasanganmu. Hidup ini bagaikan roda dan usia remaja datang hanya sekali. MAKA, jangan biarkan usia ini penuh dengan liku-liku noda.
mmg tkde kejee enn asekk blog jahh ahahah tergelak pabila baca intro of this entry sbb, agak kenaa je haha another great post <3:D
ReplyDeletehaha..
ReplyDeletedear, which one is that great post??
semuaa best! :D
ReplyDeletereally, among all which one do you think is the best??
ReplyDelete