Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia di luar sana. Semalam, 14 Oktober 2010 kita telah menyaksikan satu lagi kenangan manis dan sejarah buat Malaysia sepanjang penglibatan dalam Sukan Komanwel abad ini. Sukan ini telah pun melabuhkan tirainya semalam dan syabas diucapkan buat semua atlet yang terlibat terutamanya kepada mereka yang menjadi penyumbang emas negara. Sepanjang 12 hari temasya sukan tersebut, kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 10 emas dan memperoleh bonus 2 emas lain. Penuh debaran dapat dirasai semua peminat sukan negara yang menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Badminton yang mana kesemua kategori memperlihatkan peserta negara bersaing sengit. Acara Perseorangan Lelaki mudah saja ditakluk oleh Datuk Lee Chong Wei yang berentap dengan pemain di ranking ke-17 dunia, Rajiv Ouseph dalam masa 30 minit straight set. Suntikan semangat itu diperoleh selepas beregu campuran negara membutirkan emas ke-9 buat negara, yang juga satu pencapaian yang membanggakan.Terbaik. Emas ke-10 negara direalisasikan oleh gimnas negara Elaine Koon menerusi acara Gimnastik Berirama Appatus Gelung. Beliau juga muncul sebagai pemegang pingat terbanyak negara, membolot bersama 2 perak dan 3 gangsa. Para pemenang pingat emas negara bakal mendapat insentif daripada kerajaan Malaysia yang bernilai RM 80 000. Bukan wang yang dicari namun pencapaian peribadi dan juga demi negara tercinta. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!
ika!!! lame tol yer xdgr khbar!!!
ReplyDelete