Friday, June 21, 2013

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 
Sedang orang lain sibuk meneruskan cita-cita sebagai peguam, saya memilih haluan yang berbeza. Biarpun saya bakal menggenggam segulung ijazah LLB tetapi itu tak bermakna saya akan bergelar peguam sepanjang hayat saya. Saya sudah pun kenalpasti haluan dan pengembaraan yang ingin saya tempuh selepas graduasi.

Dari dulu hingga kini, prinsip saya kekal iaitu be different, be creative and smart
Pada hemat saya, kalau semua atau ramai orang guna jalan yang sama mesti berlaku kesesakan lau lintas. Kenapa saya nak lalu jalan itu sedangkan saya punya alternatif atau pilihan lain?

Hal ini juga berkait rapat dengan strategi saya memasarkan diri (market) kepada permintaan dunia. Bila mana hanya anda seorang yang pakar dalam sesuatu bidang itu, maka sudah pastilah ramai orang yang mencari anda kerana kepakaran yang dimiliki... demand vs supply.

Saya merupakan science stream student yang mengambil jurusan undang-undang di UIAM. Sebab? Dah ramai dalam keluarga yang jadi cikgu, kerja bahagian hospital dan ade yang engineer. Selalu mereka menyarankan saya agar melanjutkan pelajaran sebagai doktor perubatan. tapi itu bukan pilihan saya. Di mana datangnya keunikan dan keseronokan jika semua orang sama? tiada seorang pun yang pernah belajar bidang undang-undang. Jadi, saya ambil peluang untuk menjadi penasihat undang-undang keluarga sendiri sekurang-kurangnya. Saya percaya kepakaran saya akan diperlukan oleh mereka suatu masa kelak.

Kehidupan saya sangat menarik dan saya bersyukur kerana berjumpa dengan insan2 yang membuka minda saya. Segulung ijazah bukanlah segala-galanya. Mereka sedarkan saya dari pukau yang lama hadapi berpunca daripada faktor luaran. IMPIAN...itulah kunci hidup saya. Itulah yang memacu saya untuk terus berjuang. Bak kata Tun Dr M > Perjuangan yang belum selesai.... kenalah diselesaikan. Sejak itu saya hidup untuk mencapai impian saya dan graduate as a qualified lawyer hanya lah part of it. Impuan saya jauh lebih besar dan BUKAN dalam bidang guaman sekali pun. Nak tahu? tunggu entri seterusnya :D

No comments:

Post a Comment