Wednesday, June 19, 2013

Syukur Tak Terkata (Part 2)


Ini sambungan kisah saya...

Semester 1 saya agak terkejut dengan cara belajar dan silibus peringkat ijazah di UIAM ni. Masih dalam mode adjustment for new students. Terumbang-ambing dan ade juga distraction lain yang mencabar fokus saya dalam pelajaran. Namun, bukanlah itu punca masalah. Saya sendiri masih mentah dan tiada guide, maka redah je la kan. Seawal usia 20 itu saya sudah buat satu keputusan besar untuk mula bergiat dalam bisnes. Ujiannya?  Hanya Allah yang tahu. Keputusan akhir Sem 1 saya biasa2 saja, CGPA 2.684. Sem2 GPA :2.505 dan CGPA 2.605, jatuh sikit sebab ada satu subjek kene repeat. Saya ni merasa juga lah jadi student repeat paper. Perasaan? Segan sikit je tapi bosan yang banyak pasal belajar benda yang dah tahu dan tak berapa minat subjek tu...haha. Tahun 2 sem 1 makin jatuh pointer saya >>; GPA 2.307 dan CGPA 2.498. Paling rendah pointer yang pernah saya dapat. Masa tu saya tetap optimis mengatakan bahawa saya deserve sebab belum gunakan sepenuhnya potensi saya dan saya berazam mahu ubah keputusan sem hadapan. Masuk semester 2 tahun 2 saya rasa lebih sedar dari biasa bahawa saya hanya tinggal 2 tahun lagi saja sebelum graduate. Maka, saya perlu capai target saya dan impian saya sebelum melangkah keluar dari UIAM.


Masuk sem 2 tahun 2 barulah rasa mulanya azam baru. Niat nak bahagiakan hati orang tua dan kepuasan sendiri. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke lengan. Alang2 dah belajar undang2 biarlah sampai dapat bantu orang yang memerlukan... Saat ini baru rasa lebih terbuka minda akan realiti hidup. Bak kata orang, bagaikan baru tersedar dari mimpi lena. Oleh itu, berusahalah saya untuk memulakan pendakian ke puncak kejayaan. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa saya mampu menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Pointer naik sikit 2.941 GPA dan CGPA 2.615.  Sem itu saya lebih berfokus kpd pelajaran dan berikan perhatian dalam kelas. 





Ramai orang kata kepada saya, tahun3 amat mencabar sebab semua subjek yang baru tak pernah belajar, berbanding dengan subjek tahun 1 dan 2. Ramai juga yang merosot keputusan pada tahun 3. Kebanyakkan pelajar akan mengurangkan aktiviti persatuan/kelab/luar demi peruntukan masa yang lebih untuk belajar. Benar atau tidak, saya kurang pasti. Oleh yang demikian, saya ingin membuat eksperimen terhadap diri saya sendiri dan saya ingin buktikan teori mereka SALAH sama sekali. Saya sudah puas belajar dan membuang masa. Bila saya muhasabah diri, barulah saya ingat satu demi satu perkara yang ingin saya perolehi sementara saya masih berada di UIAM. Saya terfikir, apakah cerita hidup saya dapat memberikan motivasi dan inspirasi kepada anak cucu saya kelak? Apa yang dapat saya kongsikan sekiranya pengalaman saya hanyalah sebagai seorang pelajar undang-undang. Saya sendiri yang mendengar atau bercerita sudah pasti bosan jika itu saja modalnya.

Baru semalam, saya dapat keputusan semester 1 tahun 3. Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya. Satu je subjek yang dapat C, yang lain B+ dan B. Pointer CGPA saya meningkat kepada 2.706 dan GPA 3.07. Nak tahu rahsianyna??? Lihat post saya bercerita tentang apa yang saya buat sepanjang semester. Pasti anda dapat jawapannya. 



[akan saya kongsikan dalam entri yang lain]


No comments:

Post a Comment