Wednesday, June 19, 2013

Syukur yang Tak Terkata

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :D
Saya doakan agar semua yang membaca ketika ini sedang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya dan senyum seikhlasnya. Inilah kunci hati bahagia yang selalu disebut2 oleh para pakar motivasi dan penceramah baik di kaca tv mahupun di seminar2. Anda tak percaya? Ya, dulu saya pun ragu2 TETAPI saya buat apa yang mereka sarankan untuk tahu sendiri benar atau tidak kesannya jika diamalkan.
Alhamdulillah, ianya sangat berkesan. Jiwa tenang, minda positif. Ini apa yang saya rasa. Anda pula bagaimana? Cubalah sendiri dan rasai nikmat bersyukur dan mulakan hari dengan senyuman.

Okay, hari ini saya ingin berkongsi tentang keputusan akademik saya di peringkat universiti sebagai pelajar undang2 di IIUM. Bukanlah niat saya untuk berbangga atau riak dengan pencapaian saya namun saya hanya mahu kongsikan serba sedikit ilmu dan pemgalaman yang saya ada. 

Kalau diikutkan dari sekolah rendah, saya boleh katakan saya antara pelajar cemerlang di kampung saya.  Saya berazam untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Alhamdulillah, keputusan UPSR melayakkan saya meneruskan persekolahan ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Menegah Sains Johor di Kluang. Lima tahun merantau mencari ilmu di tempat orang, walaupun tak sejauh mana telah banyak mengajar dan membentuk jati diri saya selama ini. Mengenali teman2 seperjuangan dari lain2 daerah dan ragam adalah amat menyeronokkan. Semasa di Tingkatan 1 saya dapat tempat ke2 keseluruhan tingkatan. Tidak disangkakan sama sekali dan saya berpeluang mengambil sijil dan penghargaan daripada pihak sekolah pada Hari Anugerah Cemerlang. Okay lah..keputusan akademik memang baik sehinggalah awal Tingkatan 3. Ketika semua orang sedang pecut untuk mendaki ke puncak PMR, saya lihat ranking saya bukan lagi berada di Top 10 keseluruhan tingkatan. Di sinilah masanya di mana nama saya selalu berada di pertengahan ranking. Walau apapun, keputusan percubaan masih baik pada pandangan saya. Seingat saya, paling rendah pun dapat 6A dan 7A. Rezeki 8A saya kecapi pada peperiksaan sebenar PMR. Alhamdulillah, saya sedar bahawa Allah SWT akan makbulkan hajat kita pada masa dan ketikanya asalkan kita tidak mudah berputus asa.

Terus ke Tingkatan 4 dalam science stream. Biasalah, orang lain semacam honeymoon saya boleh menempatkan diri dalam ranking Top 5 pada awal tahun. Namun, tak kekal lama kerana subjek Matematik Tambahan menjejaskan prestasi saya. Pada peperiksaan akhir Ting. 4, saya dapat E dalam Add Math kalau tak silap. Down juga ketika tu, tipulah saya kalu tak kecewa. Tetapi oleh sebab bukan saya seorang menerima nasib sebegitu, maka kuranglah sedikit tekanannya. Untuk makluman, saya agak perfectionist dulu bila sampai bab akademik ni. Tingkatan 5 membuka lembaran dan azam baru buat saya. Semangat untuk mendapat keputusan straight A telah memacu saya untuk berusaha lebih gigih dan tekun. Ingat lagi masa tu, saya dan teman baik selalu stay-up sehingga lewat malam. Saya ni pula jenis yang cepat mengantuk dalam kelas kerana tak cukup tidur. Awal tingkatan 5, ramai cikgu yang kata nama saya dah masuk dalam mesyuarat guru2 sebab tido dalam kelas. Alamak, malu giler la kan tapi tak bole sorok ngantuk. Duk dengar2 cikgu explain, saya terpejam mata. Subjek Add Math tu pun saya pernah terlelap....adoyai. 

Apapun cabaran dan dugaan yang saya tempuh sepanjang lima tahun di sana, dengan berkat kesanaran dan kecekalan bersama semangat rakan2 membuahkan hasil. Keputusan SPM walaupun tidak seperti yang diharapkan, namun ia masih boleh dibanggakan. Yang penting, rasa puas hati dengan keputusan sebab dah berusaha sehabis baik. Tipu jugalah kalau saya kata saya tak sedih...haha. Masa mula terima keputusan, macam cool je gaya. Tapi 2 jam lepas tu rasa nak menangis. Sayang laa sebab sangkut B utk subjek Biologi. Kalau A, mungkin saya bukanlah pelajar Undang2 hari ini. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi.

Habis sudah cerita zaman budak sekolah saya. Kini, beralih ke zaman universiti pula. Lepas SPM, saya menuntut di Pusat Asasi UIAM selama setahun setengah. Semuanya, berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya agak kekok dengan suasana pembelajaran dan budaya baru. No more school feeding tau. I learn to be more independent and give my full effort to achieve what I want. Dengan cabaran belajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, apatah lagi bersama pelajar undang2 yg lain membuatkan saya seperti bayi yang baru lahir. Sangat teruja sewaktu mula melangkah ke sana. Berkobar2 lah orang kata. So, keputusan akhir melayakkan saya ke menara gading, UIAM. Okay la kan dapat 3.33 CGPA untuk student science yang tak pernah berpidato berdebat macam orang lain...haha

Opps, tak sangka dah berjela saya menulis...mungkin ini bakat anugerah Tuhan yang saya ada. 

Bersambung....

No comments:

Post a Comment