Selasa, 25 Jun 2013.
Aku rasa kosong bila berada di pejabat ini. Ya, aku sedang menjalani Law Attachment Program selama tiga bulan. Ini baru masuk minggu ketiga. Ada hari yang best, ada hari yang suram...membuatkan aku terdetik melakukan tugasan di luar batasan.
Inilah padahnya mungkin, jika berjinak di dalam bidang yang bukan jiwa dan kepakaran. Namun, aku perlu selesaikan apa yang telah aku mulakan. Tidak pernah aku salahkan sesiapa kerana ternyata pilihan ini aku yang tentukan. Jika orang lain yang tentukan, sudah pasti jiwa memberontak kala in. Sabarlah hati.
Secara positifnya, banyak yang aku pelajari dalam dunia guaman ini. Banyak juga manfaatnya. Tetapi untuk bekecimpung dan hidup sebagai peguam, itu sama sekali jauh dari IMPIAN ku. Satu saja yang aku percaya, Allah SWT tidak akan menduga hambaNYA dengan sesuatu di laur kemampuannya dan Allah SWT tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Hikmah Allah SWT itu Maha Hebat. Siapalah saya untuk menyesali kejadiannya, malahan saya perlu BERSYUKUR.
Melihat gambar mereka, rasa hati ditarik-tarik untuk berada di sana juga. Sabarlah hati. Ini merupakan cabaran dan dugaan buatmu, IKA.
Saya rindu meja belajar saya di hostel...beginilah rupa dinding saya...Itu bronze medal Hockey ISC'13 |
Ini apa yang saya conteng dan inilah impian saya. Dah banyak saya attend seminar dan sekarang saya dah tulis IMPIAN saya, dan juga DAILY Affirmation...anda bagaimana? |
No comments:
Post a Comment