Thursday, February 10, 2011

NOVEL , KARAOKE DAN AKU

Saat ini jam sudah pun menunjukkan 10 minit berlalu jika benar aku Cinderella yang tercicir kasut tumit tingginya. Ter'jiwang' sudah bila mana di kala ini aku cuma mendengar alunan irama lagu zaman 90-an...nostalgia yang begitu lekat dihati meskipun aku masih budak hingusan tika itu.

Lefthanded, Bumiputra Rockers, Hattan, Damasutra, Kristal, Flybaits, Fotograf.....

Dan secara tak semena-mena aku terasa nak sangat berkaraoke. Untuk hiburan? Ya, kerana aku suka musik dan aku punya jiwa seni...sekadar pendapat tentang empunya diri. Dan rasa nak luangkan masa berkaraoke bersama sepupu aku yang kini berada di UUM, Sintok. Terimbau kenangan lalu, kami berkaraoke di OLE-OLE, Sek. 18 Shah Alam pada off-day. Siap nyanyi lagu Dari Sinar Mata-BPR...jeritlah sesuka hati tak de orang nak marah...hahahaha

Damya Hanna, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Hlovate dan Ramlee Awang Murshid....

Mereka adalah antara novelis kegemaran aku. Yang terbaru aku sedang mengkhatamkan novel aA+bB~Hlovate. Sangat menarik dan kelakar habis gaya bahasa novel ni. Agak santai, no pressure yet sometime there's tears...normal laa bila kita dah menjiwai watak tu kan?? :P

Renungan Terakhir, Naluri, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Di Alam Fana Cinta, Tiara, Delaila, Cinta Antara Benua, Tak Mengapa, Debunga Wangi....

Itulah antara lagu-lagu yang tak sezaman dengan era muda hari ni. Mungkin orang rasa aku ni agak pelik sebab layan lagu-lagu lama ni. Aku tak kisah. Aku suka. Aku tahu nilainya. Yang pasti iramanya tak sebingit lagu zaman sekarang ni.

itu saja bingkisan kali ini. dah larut malam ni. nak beradu di kamar. mengharap mimpi yang indah bakal dilalui nanti. Ohh, ada urusan wajib dengan-Nya yang perlu dilaksanakan sebelum itu.

pen-off

2 comments:

  1. Hey there ! wah, awak pun minat juga lagu2 lama ni erk. sama la kita. lagu2 lama sebenarnya byk yg lagi sedap dari lagu2 sekarang ni, sbb lagu sekarang banyak yg memekak juga kdg walaupun mmg ada yg still sedap didengar. hehehe. awak dari skola dulu smpai sekarang still layan novel lagi yerk. rasa-rasanya novel ni dah jadi sebahagian dari hidup awak. If tak ada kerja nak dibuat or isi masa lapang, awak mesti layan novel gak ka ?
    Btw, teruskan dengan minat ni, ada faedah nya juga.. :D

    ReplyDelete
  2. thax for ur support..i guess u pun kepale sme cam i kan...nway salam perkenalan...

    ReplyDelete