lepas aku balik dari kelas hari ni. Mulanya nak tengok movie tapi tertarik dan terbuka hati nak dengar ceramah pasal benda ni. Aku on je laa.
Ok, peribadi manusia dapat dikenali melalui bentuk tubuh, tulisan, warna kegemaran, bulan kelahiran, turutan dalam keluarga dan sebagainya. Aku rasa agak banyak kalau nak cerita karektor untuk semua kategori tu..dan aku x lah ingat semua tu kecuali yang aku rasa berkaitan dengan diri aku.
Maka di sini, aku ingin kongsi rahsia peribadi aku yang baru aku kenali dan ketahui.
Dahi luas: banyak berfikir
Dahi sempit: pintar tapi tak banyak berfikir.
Mata bulat: pengasih, penyayang, pandai mempamerkan kasih sayang terhadap orang lain.
Mata sepet: tak pandai mempamerkan kasih sayang
Kening tebal: pengasih, penyayang, passionate tapi cemburu sikit
Telinga keras: degil
Bibir tebal: pengasih
Bibir nipis: laser
*actualy, tu bukan semua ciri2 fizikal aku tau..just nak share ngan you all..kot laa ade yang terkena batang hidung sendiri..
Next, bentuk tubuh.
Sederhana, chubby: suka tidur-nyenyak, x fikir panjang, sensitif, stamina sederhana
pantas, pintar, kritikal, pandai berdebat, suka beri pandangan, cepat kecil hati, tak sabar dan
agresif.
Tarikh lahir, bulan kelahiran.
Jenis A-> kelam kabut, nak cepat, tak sabar, cari kesempurnaan, sentiasa mencari kehebatan
bulan 2,4,6,8,9,11,12
Jenis B-> cool, tenang, bertolak ansur, realx,lebih kurang, mudah berbincang
bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12
Jenis E-> sangat emo, mudah letih, marah dan hiba.
bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9
boleh juga singgah sini untuk info lebih lanjut....
Tulisan
Condong ke kiri~introvert, suka simpan rahsia, pemalu, x suka berubah, setia
Tegak~sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan dan ambil jalan tengah.
bulat2~ emosional, peka, kreatif, penyayang, prihatin, dominan otak kanan.
Tulisan rapat2~ suka bergaul, dependent, jimat/kedekut.
Warna kegemaran
Hijau : tenang, suka alam, pemurah, pengasih, kreatif, mudah diambil kesempatan
Hitam: sangat serius, komited, formal, iltizam tinggi, keras hati , kurang peka, tak pandai bergurau
Putih: optimistik, sabar, suka damai, ikhlas, x suka gaduh, kurang kreatif, membosankan.
Merah jambu: penyayang, sungguh2, syahwat tinggi, ekstrem
Oren: suka bebas, aktif, kreatif,kelam kabut, ramai kawan, semangat tinggi.
Kuning: ceria, tahan lasak, suka berkawan, enjoy.
Biru: sensitif, beretika, suka tolong orang, romantik, mudah berkorban
Perak dan emas: suka kejayaan
Turutan dalam keluarga
Sulung: cakap serupa bikin, cemerlang, kuat, bijak, asertif, dominan, pemimpin, pandai memujuk, pandai menggerakkan orang lain, yakin, inovatif, berdikari, manja sikit, patuh, konservatif, kritikal, mudah perasan.
Kerjaya yang sesuai: orang politik, CEO, doktor, lawyer, arkitek, akauntan.
Dan yang menariknya, kebanyakan pasangan suami isteri memiliki personaliti yang berbeza supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.
Itulah antara yang dapat aku kongsikan. Nak cerita semua x cukup masa pulak dan lagi best kalau dapat dengar sendiri. Apa yang dapat aku rumuskan, kita perlu mengkaji dan mengetahui peribadi kita yang sebenar supaya kita dapat memperbaiki segala kekurangan dan meningkatkan segala kebaikan yang telah sedia ada. Mungkin kita tidak pernah tahu akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Justeru, inilah peluang untuk taaruf kembali siapa diri anda yang sebenar.
Setakat ini saja. Ada masa ketemu lagi.