Saturday, May 15, 2010

Titian Perkahwinan...




Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia. Kali ini saya ingin membongkar nikmat membaca. Seperti yang kita semua sedia maklum, dengan membaca kita dapat membuka minda untuk berfikir lebih kritis dan kreatif dalam menghadapi cabaran dunia global. Buku-buku di atas adalah antara naskhah terbaik buat semua lapisan masyarakat yang mencari hala tuju sebenar seorang muslim. Saya cadangkan agar remaja mengambil peluang untuk menerokai alam praperkawinan dan perkahwinan yang indah luar dan dalam. Saya belum lagi berkesempatan untuk membaca AKU TERIMA NIKAHNYA tetapi kedua-dua sekualnya berjaya saya selami.

Buku ketiga-Murabbi Cinta telah saya miliki dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Penulis yang juga merupakan pengendali laman sesawang Saifilislam.com ini telah berkhidmat di luar negara lebih daripada 10 tahun sejak melanjutkan pengajian di sana. Saya amat tertarik dengan gaya penulisannya yang santai menyebabkan ia mudah diterima oleh semua golongan. Apa yang menarik ialah beliau berani mempertaruhkan rumahtangganya sendiri untuk dijadikan sebagai contoh. Memang banyak yang boleh kita ambil untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam mengemudi alam perkahwinan dan fasa-fasa seterusnya. Dalam buku ketiga ini banyak menceritakan pengalaman beliau berhadapan dengan telatah dan karenah anak2 yang masih mentah. Saya amat suka dengan cara beliau mendidik anak-anaknya, melatih mereka berfikir dan menjadi dewasa. Itulah perkara yang sepatutmya dicontohi oleh para ibu bapa.

Saya juga telah menanam azam untuk mencorak anak-anak saya sebegitu supaya saya tidak menyesal kemudian hari. Kajian mendapati bahawa kita memerlukan 10 000 jam untuk menjadi pakar dalam sesuatu perkara. Hal ini terbukti apabila kita melihat bagaimana Hj Sidek melatih anak2nya bermain badminton seawal umur 7 tahun( anggaran sahaja). Dalam satu hari mungkin mereka berlatih selama empat jam dan jika mengikut perkiraan mereka boleh menjadi handal dalam masa 6 atau 7 tahun. Maka tidak hairanlah anak2 Sidek berjaya menjadi lagenda sukan badminton negara. Jadi, fikir-fikirkanlah wahai teman-teman sekalian...

Akhir kata, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

"cinta itu bagaikan kurap, makin digaru makin sedap.."
(petikan dari buku Bercinta Sampai Ke Syurga)


2 comments:

  1. huhu.. ustaz pnulis buku ni prnah dtg utp smpena forum baitul muslim.
    digandingkan dgn ustaz habibburrahman al sherazy..

    ReplyDelete
  2. owh..mesti best kan mereka bagi ceramah..

    ReplyDelete