Salam pembuka bicara. 3 Jun 2010 bakal mempersembahkan satu lagi santapan istimewa buat semua peminat dunia seni dan perfileman tanah air. Filem Lagenda Budak Setan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Melihatkan sahaja trailer nya sudah memberikan satu gambaran bahawa filem ini bakal meletup di pawagam. Persoalannya, mampukah ia mencecah kutipan melebihi kutipan box office Jangan Pandang Belakang ?? Mungkin juga ia mampu mencipta rekod baru kerana sudah tentu para pembaca novel ini akan turut menjejakkan kaki ke panggung. Apa-apa pun, nantikan saja kemunculan filem ini pada 3 Jun ini.
Berikut merupakan sinopsis novel Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah :
"Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?"
Yang pastinya, saya merasakan bahawa filem ini benar-benar mendapat sambutan hangat, memandangkan trailer sahaja sudah berjaya mengangkat mood sebuah novel ke layar perak. Sinematografi yang memukau disusuli oleh angle yang menarik menjadi salah satu daya penarik filem ini.
Farid Kamil dan Lisa Surihani merupakan teraju utama filem ini dibantu oleh Raja Farah dan Que Haidar selaku pelakon pembantu. Tidak dapat dinafikan bahawa hero dan heroin filem I'm Not Single ini serasi apabila bergandingan bersama. Ada yang berpendapat bahawa gandingan ini mengingatkan kita kepada Azmil Mustafa dan Ogy Ahmad Daud pada era kegemilangan Budak Setan suatu ketika dahulu.
Jika anda mahu tahu, novel Lagenda Budak Setan ini punya sekuel yang mesti dibaca iaitu Katerina dan Kasyah-Lagenda Berakhir. Novel2 ini amat laris di pasaran pada era tahun 80an yang mana saya sendiri belum wujud di dunia ini.
Konklusinya, tonton sahaja filem ini sebelum anda melontarkan apa jua kritikan dan pujian.
mcm mana ending citer nie? nak taw!!.. kalo x best x nak tgk.. lisa ngan farid x last skali?
ReplyDeletekte x bace lg novel tu..tp rsenye not a happy ending laa...but i don't know if they do some changes..
ReplyDeletekte x bace lg novel tu..tp rsenye not a happy ending laa...but i don't know if they do some changes..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete