Saturday, May 15, 2010

Skrip KECEWA Piala Thomas 2010



Salam sejahtera buat semua dan salam 1Malaysia..Kali ini post saya berkisar tentang Piala Thomas 2010. Semalam, 14 Mei 2010 merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua rakyat MAlaysia terutamanya peminat2 sukan negara. Hari yang bakal menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk mara ke final Piala Thomas akan diketahui pada hari tersebut.

Permainan akan bermula seawal jam 7.30 malam. Sehari sebelum perlawanan di mana skuad kita baru sahaja berjaya menewaskan pasukan Denmark, pelbagai andaian dan hipotesis diutarakan oleh peminat2 setia sukan. Sememangnya ramai yang mengharapkan bahawa Malaysia mampu mengembalikan era kegemilangan dan semangat 1992, yang mana seperti yang kita tahu Piala Thomas menjadi milik Malaysia. Kita juga tahu bahawa gandingan adik-beradik Jailani dan Razif Sidek telah mencipta sejarah itu. Saya juga telah menyelami sajarah itu apabila menonton dokumentari SUATU KETIKA di Astro Ria dulu..memang naik semangat juang walaupun saya bukanlah pemain badminton..

Saya percaya bahawa semua rakyat Malaysia setia menanti di hadapan kaca tv malam itu. PErlawanan pertama, Lee Chong Wei vs LIn Dann bermula. Permulaannya nak tidak seperti yang sdiharapkan peminat2 sukan. Set pertama berakhir dengan kekalahan, disusuli dengan kemenangan mudah yang dicipta oleh Lin Dann. Permainan pertama ini memang amat penting dan bermakna untuk pasukan Malaysia kerana ia bakal menyuntik semangat juang rakan2 yang lain. Kekalahan demi kekalahan terpaksa dihadapi oleh skuad MAlaysia apabila pasukan beregu Koo Kien KIat- Tan Boon Liong gagal menewaskan lawan mereka, begitu juga Wong Choon Hann apabila menentang lawan yang 9 tahun muda daripadanya.

Mengulas tentang skrip kekecewaan ini memang perit. Nyata penantian selama 18 tahun yang ditunggu-tunggu untuk membawa pulang piala itu ke negara ini hanyalah tinggal kenangan. Mungkin lama lagi untuk kita menunggu Piala Thomas akan datang yang berlangsung di sini. Memang benarlah bahawa kemarau itu berpanjangan lagi. Dua tahun lagi bakal berlangsung lagi acara ini namun di negara orang. Sememangnya kemenangan yang dicari semasa bermain di tanah air sendiri akan mencipta seribu satu kenangan terindah karier badminton pemain2.

Apa yang dapat saya katakan ialah pemain2 kita hilang fokus semasa bermain. Keinginan yang tinggi untuk menang malah menggangu konsentrasi mereka. Hal ini dapat dilihat apabila mereka lambat bangkit apabila diserang bertubi-tubi. Seharusnya mereka bangkit dengan lebih TENANG bersama strategi yang lebih tersusun, bukan hanya mengikut rentak lawan masing2. Suka saya mengingatkan kalian bahawa sesungguhnya SEMANGAT MENGATASI KUDRAT. Persetankan kata2 orang keliling mengenai ranking mahupun rekod pemain, asalkan kita fokus semasa bermain. Sedar akan tujuan, lebih tenang dan mampu mengawal emosi sendiri. Namun, tiada apa yang mampu diubah kerana skrip kekecewaan itu sudah sampai ke tangan pengarahnya..

Harapan saya agar skuad yang akan datang belajar daripada kesilapan ini dan jadikan ia sebagai benteng kepada kekalahan. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Selagi masih ada masa, teruskan berjuang sehinggalah semboyan berbunyi...

barisan Anak-anak Hj. Sidek.



BArisan jurulatih: Datuk Misbun Sidek, Rexy Manaiky dan keta jurulatih, Rashid Sidek.





pemain2 perseorangan: Hafiz Hashim, Wong Choon Hann dan Datuk Lee Chong Wei.

2 comments:

  1. wah.. pnulisan yg pnuh prasaan.

    bgus2.. pnuh dgn kata2 yg lahir dari hati.

    bru best nk baca..

    ReplyDelete
  2. thanks..
    itulah yang terbuku dari hati dan keluar di hujumg jari saya..

    ReplyDelete