Saturday, December 19, 2009

Malaysia v Vietnam

Salam kepada semua peminat setia bola sepak Malaysia.
Saya yakin dan pasti ramai yang menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia menentang Vietnam pada hari Khamis,17 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram 1431h yang lalu.Inilah saat yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak untuk menyaksikan pasukan bola sepak negara beraksi di final Sukan Sea sejak kali terakhir pada tahun 1989.
20 tahun penantian bukanlah satu tempoh yang pendek.Satu jangka masa yang panjang untuk kita menuai dan membaja benih baru untuk menghasilkan satu pasukan yang mampu mengotakan impian segenap lapisan masyarakat ini.
Dengan tajaan daripada TM, rakyat MAlaysia dapat menonton siaran langsung final bola sepak antara Malaysia menentang Vietnam sama ada di RTM2 mahupun saluran swasta yang unggul di negara ini,TV3.
Selama hampir 2 jam aku kaku di hadapan kaca TV, ternyata kesabaran dan keyakinanku yang mengatakan pasukan Malaysia pasti memperoleh satu gol memang menjadi kenyataan pada separuh masa kedua.Walaupun aku seakan tidak percaya pada gol yang diperoleh itu, namun aku dapat melihat tanda2 MAlaysia bakal memperoleh emas yang ke-40 untuk hari itu.
Memang aku tabik pada percaturan yang diaturkan oleh K.Rajagopal selaku jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 ini kerana sememangnya pihak lawan seakan terkena helah permainan ini.Segala dugaan dan ramalanku kini menjadi kenyataan apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil, menandakan permainan sudah tamat sekali gus MAlaysia merangkul pingat emas ke-40 untuk hari itu.
Berbaloi baloi!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment