Monday, December 21, 2009

Adakalanya kita tersungkur...

Erti Syukur
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

www.toplirik.com/erti-syukur-lirik-lagu-penyanyi-artis-unic.htm

Aku suka sangat lirik lagu ni.First, sebab ape yang dikatakan memang benar belaka..atau bahas mudahnye aku tersa kot, kena batang hidung sendiri, kata orang dulu-dulu.
Tetibe aku terpikir, kalau la satu masa nanti aku dah jadi motivator or consultant nnt, aku akan pasang lagu ni tuk clients yg tgh down, banyak masalah and kepada mereka yang sesat dalam dunia ciptaannya sendiri.Aku membayangkan aku sedang mengendalikan satu program untuk calon2 SPM.Lagu ni sesuai untuk semua peringkat pelajar, baik pelajar yang hebat, sederhana mahupun yang lemah.Hal ini demikian kerana jika kita teliti bait-bai lagu ini, kita kan dapati bahawa si komposer berjaya membuka mata kita bahawa Allah yang Maha Berkuasa dalam apa-apa jua keadaan.
Untuk pelajar yang lemah, jangan anggap kelemahan atau kekurangan anda sesuatu yang membebankan kerana semua yang datang itu adalah ujian dari Allah semata-mata.Oleh itu, janganla kita mudah berputus asa.
Bagi pelajar yang berada di ranking atas, janganlah kamu rasa semua itu akan kekal sampai bila-bila, lebih-leih lagi jika kita lupa diri dan asal usul sendiri.Ingatlah bahawa Allah hanya ingin melihat sejauh mana umatnye tetap mengingatinya walaupun sudah berjaya dan hidup senang.Maka, ingatlah bahawa setip nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya boleh ditariknya dengan begitu mudah sekali.
Pelajar yang bertaraf sederhana tidaklah lemah dan tidak juga hebat tetapi berpotensi untuk berjaya jika meletakkan usaha yang lebih gigih lagi untuk menapai matlamat.Ada seorang pensyarah ku di sini yang menyatakan , berdasarkan pengalamannya orang berada di peringkat pertengahan ini berupaya untuk melakukan pelbagai jenis kerja atau senag cerita semua benda boleh buat lah.Orang macam ni jugak lah yang tak mudah berputus asa dan bisa bangkit kembali saat dirinya sudah berada di ambang kejatuhan...bak kata pepatah, bagai telur di hujung tanduk.

Lagi ni sebenarnya pertama kali aku dengar semasa berada di Muqayyam tempoh hari.Dan aku amat tertarik pada lirik dan juga nuziknya yang ringan tidak terlalu berat, sangat menghiburkan.Ada ketikanya, aku rasa down sangat dan aku dengar lagu ini.Sekurang-kurangnya dapatlah redakan sikit rasa gundah gulana dalam hati ni..

Harapan saya agar kamu semua dapat memahami dan merasai apa yan tersirat dalam lagu ini..dengarkanlah..



3 comments: