Tuesday, August 11, 2009

kau dan aku

Salam pertemuan kepada kalian sekalian..
Aku kini di sini,di bumi Nilai yang boleh dikatakan indah dengan ummah yang memakmurkan masjid yang seperti kita semua sedia maklum terkenal sebagai pusat keilmuan sejak zaman Rasulullah lagi.Usiaku kini hampir mencecah 18 tahun.Persoalannya,sudah berapa banyakkah jasa yang aku taburkan kepada bumi ini dan penghuninya?persolan yang tinggal persoalan dan hanya naluri hati sahaja yang bisa menjawabnya...
Sudah sekian lama kutunggu putera impianku untuk muncul menyelamatkan aku dari pahit getir hidup ini...dari kesunyian yang teramat sangat menyelubungi diri ini.Mungkin perkara seperti ini jarang terjadi kepada remaja lain tapi ianya terjadi kepada diri ini yang ketandusan kasih dan sayang seorang insan..Mungkin belum bertemu jodoh yang benar-benar cocok denganku.Dengan menyedapkan hatiku ini,aku amat berharap bahawa suatu masa yang telah ditetapkan nanti..aku akan berjumpa denga jejaka yang bisa mencairkan jiwa ini dan membawaku ke jalan yang lurus di landas-Mu.Barangkali aku terlalu memilih,barangkali aku terlalu berhati-hati dalam mencari teman.Jika diikutkan dari pengalaman,aku belum pernah bercinta secara serius dengan mana-mana lelaki dari zaman sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.
Biar aku ceritakan serba sedikit tentang kisah silamku yang tidaklah seberap indah jika dibandingkan dengan dongeng puteri salju danputeri beradu.Pada zaman kanak-kanak,aku dan rakan-rakanku adalah antara golongan peljar perempuan yang antilelaki.Aku mempunyai pendapatku sendiri tentang lelaki.Pada hematku,kebanyakan lelaki sama sekali tidak boleh dipercayai kerana mereka pandai bermain dengan kata-kata,pandai bermuka-muka,dan buaya darat.Aku juga mengakui bahawa sepanjang aku melalui hidup yang penuh onak dan ranjau ini,ada juga lelaki yang berjaya menambat hatiku..kerana perwatakannya,sikapnya,sifatnya dan intelektualitinya.Nah,timbul satu lagi pendapat baru tentang diri ini..aku mudah tertarik pada lelaki yang berekaliber dan berkarisma tinggi juga mempunyai masa depan yang cerah.Ya lah,siapa pula yang tidak mahu hidup senang di samping orang yang disayangi?sudak tentu hal tersebut menjadi antara kriteria lelaki idaman setiap wanita.
Ya,akan kutunggu lelaki yang bisa menawan hatiku dan moga-moga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir zaman.Umpamanya satu percintaan romantis yang terukir dalam lagu nyanyian Ajai dan Kris Dayanti berjudul Perlu Kamu..Pada pandangan seorang pencinta,mungkin cinta yang penuh dengan konflik dan ranjau lebih bermakna dan menjadi petanda cinta yang sejati antara sesama manusia.Tapi perlulah kita ingat bahawa cinta yang hakiki dan abadi hanyalah cinta kepada Allah S.W.T...amin

No comments:

Post a Comment