Monday, August 24, 2009
FASTRAIN 2009...
Salam sebagai permulaan bicara...
Aku terima amanah ini seandainya Engkaou percaya pada keupayaanku...
Hai macam sayu je dengar lafaz tu kan?Ehm..nak buat macam mana,itulah kenyataannya.Setiap manusia telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab yang tidak dapat dinafikan agak berat untuk dipikul.Walau bagaimanapun,hanya manusia yang berani memikulnya.Apakah itu?Tanggungjawab sebagai khalifah di muka Bumi.Sebenarnya,manusia juga dihidupkan di dunia ini untuk beribadat kepada Allah atau dalam erti kata lain menjadi hamba kepada-Nya.Di samping itu,kita juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi khairu ummah yang bermaksud menjadi contoh terbaik.Itulah hakikat penciptaan manusia.Anda sudah pasti pernah mendengar kisah Nabi Adam dan Hawa semasa baginda berada di Syurga, bukan?Telah nerlaku satu peristiwa di mana syaitan telah memperdaya Adam a.s supaya memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah.Maka Allah murka lalu menurunkan Adam ke dunia bersama-sama Hawa..di situlah bermulanya peperangan antara syaitan dan manusia sejak yang tercetus di langit.
Baru-baru ini, aku telah mengikuti satu kem untuk facilitator CFS bertempat di Hutan Lipur Pasir PAnjang,Port Dickson.Kem ini merupakan anjuran Leadership and Training Department,yang mana faci Nilai dan PJ akan bergabung untuk program ini.Selain daripada melatih kepemimpinan faci,program ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pelajar Nilai dengan PJ.Ehm..yang best tu semuanya percuma,makan,tido dan pengangkutan disediakan ole pihak LTD.Tapi sayang seribu kali sayang,kami terpaksa meninggalkan kelas pada hari Khamis dan Jumaat.Yang pasti,pada saat dan ketika itu,aku sangat teruja untuk menjalani kesemua aktiviti yang dirancangkan.
Antara aktiviti luar yang dijalankan ialah berakit,compass marching dan explorace.Manakala aktiviti dalam(indoor) tidak lain tidak pastilah ceramah dan group dynamic.Aku memang suka berakit dari dulu hinggalah skarang.Pengalaman pertama berakit ialah ketika mengikuti kem perkhemahan KRS di MARDI,kluang kalau tak silap.Selepas itu,aku merasai pengalaman berakit di tasik buatan di Kem Lambaian Danau,Melaka.Haa..masa ni kami kena bina rakit daripada buluh dan pelampung.Berharga tu.Pada episod kali ini pula,kami kena buat rakit dengan buluh dan tong besar..memang tak terkata penatnya.Itu baru bina,belum mendayung lagi.Bila dah pegang dayung tu memang gigih la mendayung sampai ke destinasi.Memang tak dapat dinafikan bahawa pasti ada kesilapan dan communication break down antara ahli,namun semua itu pasti dapat diatasi sekiranya kita semua bersatu hati...Dipendekkan cerita,kumpulan aku menang rakit race tu..huhu.sernok dan amat puas dengan segala usaha yang dicurahkan..Itulah kenangan manis yang tertingggal di Port Dickson...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment