salam sejahtera bua semua sahabatku..
Hari ini merupakan hari yang bermakna buat diriku kerana hari ini negaraku Malaysia telah 52 tahun Merdeka.Aku baru sahaj apulang dari kampung dan kini berada di kampus asasi ini..Sejal malam tadi tidak sabar rasanya untuk aku coretkan serta luahkan rasa hati yang terbit dari sanubari ini.Pada cuti kali ini,aku nekad untuk pulang ke kampung kerana ingin menyambut RAmadhan di sana.Walaupun agak terlewat daripada orang lain yang telah pulang pada satu RAmadhan tapi tak mengapalah,yang penting aku balik juga akhirnya,memandangkan cuti hujung minggu ini agak panjang kerana pada hari Isnin kita akan menyambut Hari Kemerdekaan.
Malam tadi,aku telah menonton filem yang paling aku nantikan sempena kemerdekaan ini..cuba teka?sarjan hassan?sudah berkali-kali aku menontonnya.Bukit Kepong?sudah tidak terkira berapa kali..What abou Leftenan Adnan?memang tragis cerita itu..pengorbanan seorang perajurit dalam usaha mempertahankan maruah bangsa dan tanah air ini.Ehm..nak tau apa?1957:Hati Malaya.Menitis air mata ini pabila menghayati perjuangan dan pengorbanan orang Melayu terutamanya demi membebaskan bumi ini dari belenggu penjajahan British.Masih bermain-main di kotak fikiranku,saat Dato' Onn Jaafar menyuarakan usulnya untuk membawa masuk bangsa lain dalam pakatan UMNO ketika itu sebagai syarat kemerdekaan dari pihak British.Namun apa yang menyedihkan,orang-orang kita tidak faham.Orang Melayu membantah sehinggakan Dato' meletakkan jawatannya sebagai presiden UMNO pada ketika itu..beliau keluar parti bukan kerana patah semangat dalam perjuangannya tapi pedih apabila dituduh sebagai pengkhianat bangsa.Beliau telah menubuhkan parti baru iaitu IMP yang membolehkan bangsa lain menganggotai parti tersebut.Niatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyatupadukan rakyat di tanah Melayu.
Kemudian,Tunku Abdul Rahman menerajui UMNO dengan sokongan padu ahli-ahli parti.Beliau merupakan anak jati Kedah,graduan undang-undang dari luar negara..tetapi kurang melibatkan diri dalam poitik pada asalnya.Atas pujukan dan rayuan pemimpin lain dalam UMNO,beliau berseuju memegang amanah itu.Satu babak yang paling menyentuh hati ini ialah ketika Tunku menyatakan bahawa beliau bersama pemimpin parti MIC dan MCA perlu ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British.Malangnya,modal tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan mereka di sana.Dengan penuh semangatnya,kaum ibu bangun lalu menyatakan yang mereka sedia memebantu Tunku..dikumpulkan barang-barang perhiasan mereka,duit sumbangan dari semua ahli ynag hadir dalam perhimpunan itu..Menitis air mata Tunku tatkala melihat adegan yang penuh menyayatkan hati itu.Betapa besarnya harapan dan azam rakyat dalam menuntut kemerdekaan.
Begitu juga sewaktu orang Melayu berhimpun untuk membantah penubuhan Malayan Union pada tahun 1946 di bawah pimpinan Dato Onn.Mereka berhimpun di hadapan istana sultan kerana mahu merayu agar sultan dan raja-raja tidak menandatangani persetujuan penubukan Malayan UNion.Dato' Onn berusaha memujuk sultan dan juga raja-raja.Apabila mendengar sahaja suara-suara rakyat di luar istana melaungkan 'Daulat Tuanku' berulang-ulang kali tanda taat setia mereka.Mereka keluar melihat rakyat jelata..pilu hati hanya Allah sahaja yang tahu tatkala melihat orang-orang melayu bersatu hati membantah Malayan Union.Akhirnya,rancangan British itu gagal.
Haa..kalau nak tahu kesudahannya,anda patut menonton filem ini.anda akan lebih patriotik selepas menonton filem ini.Dan ingatlah bahawa mereka yang melupakan sejarah pasti akan melakukan kesilapann yang sama pada masa akan datang.Ingatlah wahai generasi pascamerdeka,di mana kita bermula..kemewahan yang kita kecapi hari ini adalah hasil titik peluh datuk moyang kita.Jika bukan kerana mereka kiat pasti tidak memiliki negara yang aman dan makmur seperti hari ini.Ingatlah betapa peritny mereka sewaaku Jepun menjajah Tanah Melayu,kekejaman dan sifat buas mereka...ingatlah zaman darurat ketika komunis bermaharalela di tanah tumpah darah ini..
Siti Nurhaliza - Hati
Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Janji janji cinta
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Ooo hati…
No comments:
Post a Comment