Hai,bertemu lagi kita dalam lembaran yang baru.Kali ini mungkin saya tidak lagi menyentuh tentang isu percintaan ala-ala orang yang putus harapan,tapi hanya niat untuk dijadikan sebagai renungan dan muhasabah diri sendiri.
Lihatlah dunia.Betapa besarnya kuasa-Mu Ya Allah.Pabila kurenung langut nan biru, aku sedar akan kewujudan-Nya,aku tahu akan kehadiran-Nya dan aku tahu kuasa-Nya.Tika kurenung pada hijaunya padi nan melambai,pada jejari pepohon yang meliuk-lintukkan badannya,pada sekawan burung yang beterbangan ke sana ke sini.....Dan saat aku mendengar desiran ombak yang mendamaikan,kicauan burung yang menghiburkan,hilai tawa kanak-kanak riang yang asyik bermain....semua itu tidak akan berlaku sama sekali tanpa izin dan rahmat-Nya.
Dalam kisah hidupku, akulah si pemain watak utama, rakan-rakan dan ahli keluarga sebagai pelakon pembantu dan guru-guru juga pensyarah sebagai watak sampingan.Tika ini,belum ada hero yang kekal dalam hidupku kerana dia belum memunculkan dirinya,dan aku juga tidak tahu siapakah dia.Namun sedarkah engkau bahawa Dialah si pengarah yang bijaksana dalam mengatur jalan cerita kita semua.Tidak ada yang sia-sia untuk hamba-Nya.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Hidup ini tidak akan seronok jika tidak diwarnai dengan cabaran dan lliku-liku kehidupan.Rasanya, sampai di sini sajalah pertemuan kita..aku perlu menelaah pelajaran seketika selapas menjalankan tanggungjawabku kepada-Nya...salam ukhuwah,hingga bertemu kembali.
No comments:
Post a Comment