Thursday, January 1, 2015

Semester Terakhir Kuliah Undang-undang

Syukur Alhamdulillah. Sudah berada di penghujung semester akhir ini. Sekarang aku sedang menduduki Peperiksaan Akhir Semester. Sudah dua subjek aku hadapi, kini lagi empat yang menanti. Kali ini, jadual peperiksaan agak cantik kerana ada senggang 2 atau 3 hari antara subjek. Dapatlah aku study dengan tenang...dapat time break yang baik lps 2 jam hadap nota atau buat nota. Biasalah, kaki movie/drama macam aku memang tak sia2kan masa break tu dengan menonton cerita. Part yang ni, terpulang pada anda nak nilai macam mana. Aku percaya, manusia dicipta dengan pelbagai karekter. Asalkan kita faham karekter kita, takde masalah nak study gaya dan rupa macam mana sekalipun. Ada orang langsung tak boleh dengar bunyi bising time study, ada pulak yang lebih concentrate dengan muzik dan ada pulak yang kene lukis peta minda baru boleh lekat. Hrmmm, masing2 punye style kann.

Okay lah, sepanjang sem ni aku tak sempat nak teliti atau ikuti isu semasa. Hanya kerana tumpuanku pada satu subjek iaitu Civil Procedure. Dari awal sem sampai awal minggu study week, aku bertungkus-lumus dengan subjek ni. The only subjek yang really practical and fun. There are ups and downs in doing this. Ini baru permulaan nak berkecimpung dalam dunia Perundangan. Since aku dah decide untuk chambering after grad, aku pun decide nak belajar CP dengan lecturer yang super practical and really build the students. Orang kata, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Itulah prinsip aku. Nak buat sesuatu, biar bersungguh. Ia datang dengan tekad dan semangat. Semuanya dari hati. Kalau mahu seribu daya, tak mahu...apakan daya...aiceh bermadah pulak!

Teruja kot! First PTCM atau Pengurusan Kes...chill je yaw...

Diambil setelah tamat Perbicaraan (Trial) bersama hakim dan Plaintiff's counsel dari Messrs Ismail Hunud & Associates (Seremban)


Lawyers dari DARBI MIZAN & CO
Cawangan Shah Alam & Damansara


Gambar paling EPIK dalam sejarah menjadi pelajar AIKOL selama 4 tahun..ini kali pertama bergambar dgn classmates tau...really have fun..aku simpan gambar ni bagi anak2 tengok...nnt aku bgtau kat anak, 'kalau mak boleh, along mesti boleh, kan?'

Nampak tak kegembiraan di situ...actually aku takda masa tu sebab pegi sambut birthday kat umah cousin...Walaupun tak dapat rasa kek Secret Recipe tu, aku senang hati dapat sedekah pada semua and it is a gift:)

Sir Mizan menerima wish card yang besar gedabak daripada students kesayangan...mereka bertiga ketua stiap section.

Malam di mana kami semua menyerahkan fail kes kepada 'senior partner' setelah habis sesi penghakiman dan penghujahan. Paling best sebab sir belanja Domino Pizza dan Karipap sedap dari IKEA okayy...dengan gembiranya kami makan hhihi

Haa, senang kan bila dah ada gambar...tak perlu aku cerita berjela. Yang penting, aku happy even sepanjang 3 bulan lebih buat benda ni banyak kali aku menangis...Thanks to Allah. Next is Chambering, where the battle begins. Hopefully, aku dapat jadi lebih baik dan perbaiki skill dari semasa ke semasa.


Sehingga bertemu lagi pada entry yang akan datang!

No comments:

Post a Comment