Assalamualaikum semua :D
Alhamdulillah, sudah dua hari di Taman Ilmu dan Budi ini. Masuk saja kelas yang pertama semalam, sudah bermula buku baru bagi pelajar tahun 4 Jurusan Undang-undang. Tiada lagi istilah adjustment week holiday dalam kamus hidup saya. Hari ini berkenalan dengan Mr.Jurisprudence. Agak membuka kotak minda bila mendengar pensyarah memperkenalkan subjek ini kepada pelajar. Mulanya nampak membosankan tetapi TIDAK sebenarnya. Mungkin ini reaksi mereka yang gemar meneliti dan memahami konsep dan teori-teori dalam LAW. Mungkin sesetengah pelajar rasa agak kurang memberansangkan bila terpaksa belajar subjek ini. Pada pendapat saya, subjek ini lebih kepada kajian kemanusiaan dalam merangka undang-undang sesebuah komuniti. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk faham dan enjoy belajar.
Belajar bukan sekadar untuk peperiksaan. Itu yang lebih penting. Agak hampa juga bila sudah pulang ke UIA bila dapat tahu ada masalah WIFI di asrama dan juga kulliyyah. Tak pasti kenapa, mungkin sebab nak melancarkan sistem Add & Drop dalam minggu ni. Maka, awal-awal sem lagi sudah dijejakkan kaki ini ke
library atas urusan2 tertentu. Bila duduk termenung, rasa macam tak percaya saya sudah berada di tahun akhir dan bakal menjadi graduan undang-undang. Dua semester akhir ini saya bakal diasah dan diuji ketahanan fizikal, mental dan emosi kerana silibus sedang menuju ke arah profesionalisme. Subjek-subjek semuanya berunsurkan praktikal dan prosedur. Semoga saya beroleh kekuatan dariNYA untuk melakukan yang terbaik untuk kejayaan dunia dan akhirat, amin. Akhir kata, teruskan bersemangat dan penuhkan masa dengan nilai2 tambah pada diri agar kita sama2 menjadi KHALIFAH yang selayaknya dimuka bumi ini.
|
Jom ramai2 pakat tambah ilmu perkasakan diri anda. Bagus untuk semua golongan terutamanya bakal graduan, usahawan dan pendidik. |
No comments:
Post a Comment