Monday, September 21, 2015

Nota Chambering

Assalamualaikum semua.
Hari ni banyak juga yang berlaku sepanjang hari bekerja. Almost half day out. Masuk ofis pagi tadi setelkan dan kemaskan dokumen yang perlu difailkan, diposkan dan buat IC search. Bos masuk around 9 am. Report any matter and news plus update on cases.

Selepas tu, aku terus pergi ke Mahkamah Shah Alam bahagian kaunter pendaftaran. Macam biasalah, sementara tunggu setel filing, aku akan update FB dan Instagram. Ni kerja part time aku. It has been my passion. Aku update posting ttg bisnes dan produk yang aku jual.

Habis kat mahkamah, aku terus ke Seksyen 9 nak cari JPN. Pusing punye pusing, tak jumpa dan akhirnya aku mengalah dengan buka Waze. Damn, baru ku tahu JPN dalam Plaza Masalam. Have to park somewhere and go inside the mall. Ok, masuk2 aku tercari-cari di manakah lif? reason being is that i have to go to Level 7. Eskalator sampai tngkat 4 jer. Aku pun tanyalah sales girl kat mana lif. Got the answer then went up. Pendek kan citer, aku sampai kaunter ambil nombor. Nak tau dapat nombor berapa? 1372. Masa tu baru nombor 1161. Pak cik yang bagi nombor cakap, datang balik pukul 12.30 sebab 200+ orang sebelum aku. Pergh...lagi 90 minit. Fikir-fikir, takkan aku nak pegi pos then patah blk. Kang nak cari parking and dua kali bayar parking. Not worth it. So, aku pun ronda-ronda dalam Plaza Masalam. Looking for place to sit and sip a drink. Sepanjang waktu tu, meng update social media je lah keje aku. Whatsapp customers and so on.

Sempat selfie kott..hehehe..first time pakai tudung colour ni and satin material. I feel good and vibrant, don't you?

Okay, aku sempat urut badan dengan kerusi massage RM1 dan makan cream puff sedaappp..ntah pape. Kekadang rasa membazir makan simple tapi mahal. Well, i love myself. hahaha..Dah pukul 12. Aku pun naik ke Tingkat 6. Guess what? Pukul 1.30 baru sampai turn aku. Okay, chill steady jer mood aku. Ye la, elok jer aku berbisnes online sambil kerja kan...Sikit2 takpe asalkan kerja jalan dan siap. Tip Top bak kata Boss Besar.

Balik ofis pukul 2.30 sampai. Solat zuhur then susun dokumen dalam each files. Organise and manage. Kerja clerical yang patut seorang lawyer tahu. Heh, I enjoy learning from the very basic. From zero to hero. 

Hari ni, susana dramatik dan tragik berlaku dalam ofis aku. Datang lagi Encik S client conveyancing. Nasib bukan client aku. Aku ingat lagi dia datang Jumaat lepas jam 5.30 ptg. Kesian kawan aku. Selesaikan kes Encik S ni sampai terpaksa dengar ceramah. Hari ni, dia datang bawak bini yang separuh giler pada pandangan aku. Mana tak giler, dia boleh tengking Boss convey. Aku menyaksikan sendiri. Boss convey baru sampai ofis. Terasa penat mendaki tangga tingkat 2. Belum sampai 5 minit dia duduk di kerusi, bini Encik S terus serbu masuk tanpa dijemput. Normally, Boss akan panggil client masuk bila dia dah settle down and ready to discuss. Most of clients yang datang office memang dah faham and they respect that. But, this woman memang kene rasuk hantu siang tadi.

Masuk tak dijemput, terus serang dengan soalan tanpa beri ruang pada Boss untuk jelaskan dengan cara baik. Boss ni punya lah sabar. Terkejut beruk aku dengar Boss ni tetiba pitch dia naik tinggi. Boleh kata perang dah meletus lah. Scary kot. Dalam marah tu, dia menucap banyak2 untuk kawal emosi. Mencabar betul berhadapan dengan client yang tak beradap, kasar dan tal sedar dek untung. Sudahlah datang sebab nak minta lawyer advance kan duit untuk disbursement, mintak dengan memaki pulak. Aduhaiii sabo je lah. Ada juga orang yang macam ni. aku faham siuasi kita kadang2 terdesak tapi tak perlu memaki hamun untuk minta orang tolong. Cuba sabar dan cakap elok-elok. Lawyer pun manusia ada perasaan. Bukan robot.

Boss Besar kata, kalau dia jadi Boss convey, dia halau client tu sebelum dia panggil polis. No point cakap or argue or explain dengan orang yang nak jerit-jerit dan tak nak dengar apa kita cakap.

Kalau aku pulak, mungkin pitching naik macam Boss then aku halau dia terus. haahhahaha, Selalunya aku ni akan mirror pada that person. Maknanya, kalau dia lembut aku akan lembut, Kalau dia hangin, aku pun hangin la. Boleh jadi aku terus discharge drpd jadi lawyer that client. That's it. 
Plaing sabar aku boleh buat ialah, bagi dia cakap whatever dia nak. Lepas dah habis tu, aku suh dia keluar without an answer. Kejam ker? What do you think? Sarcastic? Maybe. 

What a day. Aku merasai ketegangan kawan aku saat itu. Cuak la, bila Boss tanya betul ke tak follow, dah buat ke? apa curent status. FYI, client tak beradap ni hari2 call dan marah-marah dia semata-mata nak push suruh buat kerja untuk setelkan dia punya kes dulu. Hello!! Dunia ni ada kau sorang jer ker? Kau ingat urusan dengan pejabat tanah, bank, dll tu boleh dapat dalam sehari? Logik lah sikit. Punya lah sabar kawan aku ni dok explain proses dan prosedur tiap kali call, tu pun tak boleh terima dan hadam. Macam dah takde cara lain selain cakap kasar dan menengking.

Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa kau hari ni. 
Ampunkan dosa client ni. Tenangkanlah hatinya. Berilah dia kefahaman dan Kau bimbinglah dia.
Semoga ap jua urusannya dipermudahkan kelak.


Moral of the story:

Berbudi bahasa pada orang yang ,membantu kita. 
Bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Sabar itu indah dan besar ganjarannya walaupun perit terasa.
Bersangka baik dengan Tuhan. Bersangka baik dengan orang sekeliling. 
Kata-kata kita adalah doa. Baik percakapan kita, baiklah yang kita dapat.

Semoga perkongsian aku kali ini menjadi pengajaran buat semua,

Wassalam.