selamat malam semua..
Tetiba hari ni banyak benda datang dlm hidup aku..
First, aku diberitahu oleh Asmaa bhwa common test Law of Contract adalah pada 11 Mac ni. Mak ai, tercungap aku di situ, nasib baik x jantung masih berdegup. Ye laa, 10 Mac tu aku ade Test 2 Transaction kot. Alamatnya, memang x ley duduk saja la start hari sampai laa test2 tu habis. Tapi, bukan takat tu je aku punya test. Ade lagi. Ni cerita lagi haru. Nak tau nape?? Sebab ade 2 tests dalam hari yang sama ~16 Mac; Islamic Legal System (waktu kelas) & Law Of Tort (malam). Memang sure aku kena start semua tu dari minggi ni...nak tak nak kena jugak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Secondly, aku dipromote oleh Asmaa dan Afiqah pasal satu part-time job yang diorg dengar talk nye malam semalam. Actually, aku tak terlintas nak join benda tu secepat ini.
Aku saja nak jalan2 ngan diorang after diorg abis kelas petang tadi. Saje la nak pegi tengok booth2 Ummatic Week kat CAC tu. Sempat la amek dua tiga keping gambar. Then, diorang cakap ade meeting ngan org yang bg talk semalam. Aku on je laa, saja nak dengar bukan ape pun. Dengar punya dengar, aku tertarik dan tergoda..haha.
Sebenarnya, aku nak citer sket arr..Aku ade terpikir nak berbisnes ni sejak aku dok melangut kat umah mase cuti sem 3 bulan hari tu. Masa tu aku x dapat nak kerja. Tapi aku dok risau camne nak tambah income aku ni. Savings pun makin lama bukan makin banyak. Duit gaji aku kerja lepas SPM tu pun dah habis aku wat belanja masa CFS and another things laa. Aku foresee yang kalau duit ni x bertambah, maka bankrap la aku. Memang laa aku ada parents tapi takat mana diorang boleh tanggung aku. Kos hidup kat uni ni je sah2 melebihi pendapatan bapak aku. Adik aku pun still sekolah ag. Next year dia pun nak masuk uni ke kolej ke matrik ke..sume nak guna duit. Aku anak sulung. Takkan aku nak duduk diam saja kan. Aku pun ade impian dan benda yang aku nak beli ngan duit sendiri. Tak perlu mintak parents. Independent dan boleh support family. Niat nak kerja mase cuti sem memang ade dlm plan list aku. But then, it goes back to the opportunity and luck. Bisnes ataupun berniaga adalah jalan keluar yg aku nampak bagus dan boleh jamin masa depan. Semua bergantung pada diri kau sandiri. Aku ade laa baca pasal bisnes yg ND Lala buat tu and ade gak dengar pasal Jutawan MLM. Aku teringin nak jadi macam diorang. Bukan nak terlalu kaya,
TAPI BERDUIT..SENANG.Aku ade plan nak start buat bisnes mase study ni because once aku dah grad nnt
at least aku ade
financial back-up bila mana aku masih unemployed. Aku yakin sume orang ade cita2. Nak itu nak ini. ada orang nak bukan kedai, restoran ke butik ke studio or firm. Nak buat semua tu guna duit tau. MULA dari sekarang. Sikit2 lama2 jadi bukit, betul tak??
SO, sesiapa yang berminat nak join part-time bisnes ni boleh laa datang ke TALK pada:
Hari~ KhamisMasa~8 p.mTempat~Multi-purpose Hall, CAC, IIUMOk, nak ke talk tu kena ade tiket harga RM 10 je. Boleh dapat kat aku. Ni number aku: 0197993149...jangan salah faham ttg RM 10 tu. Duit tu buakn untuk bayar speaker tapi untuk renting cost sahaja.Lastly, just a reminder:rezeki takkan datang begitu saja tanpa usaha.Rasulullah SAW sendiri pernah berkata bahawa 9/10 pintu rezeki itu ialah berniaga.