Wednesday, April 23, 2014

Setelah sekian lama....baru bernyawa

Assalamualaikum semua....sahabat2 teman2 dan silent2 readers yang dikasihi. Dah nak dekat setengah tahun lamanya sejak entry yang terakhir. Apekah busy tahap YB ke aku ni? hahaha tepuk dada, jawab sendiri la yer.

Ok, disebabkan dah terlalu lama aku tak update kat blog ni aku cadang nak buat imbasan je lah apa yang aku dah buat sepanjang setengah tahun ni.

Yer, untuk pengetahuan semua aku pengajian aku masih berbaik satu sem. Sem yang sekarang aku tempuh ni ada cabaran dari segi mental dan emosi terutamanya. Semuanya Dia jadikan untuk aku lebih KUAT dan SABAR menghadapi hidup yang mendatang, insyaAllah.

Awal semester ni, aku diundang ke Lawsoc Appreciation Dinner 2014. Untuk pengetahuan, aku adalah salah seorang komiti dalam Biro Presidential & Secretariat LAWSOC tenure 13/14. Walaupun tak lame dalam tenure ni, ada juga pengalaman menarik. Ingat lagi masa awal2 kami kene organise forum Kuasa Pengundi Muda, Sambutan Hari Guru dll. Paling happening of course laa Hari Guru..siap aku berjual cupcakes lagi tau and lain2 cenderahati utk lecturers. Berguna jugak pengalaman aku berbisnes sejak Tahun 1 tu. Betul la kan, tiada satu pun yang Allah SAW jadikan itu sia2 :D




Dalam bulan tu jugak kalau tak silap, aku dan kak Maryam(roomate) join MAC Training & Consultant sebagai fasilitator. Program ini adalah kerjasama MAC dan Kolej Sunway untuk merealisasikan Projek TITAS. Lebih kurang gitu lerr. Peserta2 terdiri daripada pelajar2 Sunway yang mengambil subjek TITAS dan kehadiran mereka dalam progam ni adalah wajib kerana markah akan diberikan sekiranya mereka dapat menyelesaikan tugasan dalam program tersebut.

Pengalaman pertama sebenarnya berkerja dengan krew2 Mujahadah Agro Camp (MAC) ni. Walaupun begitu, aku dapat rasakan keserasiannya dengan mereka. Seriously, bila aku diberitahu yang 90% peserta adalah Chinese dari Kolej Sunway...aku terkedu terdiam. Aku tidak meletakkan apa2 melainkan pengalaman dan pengajaran yang bermakna dari Allah. Alhamdulillah, core fasi MAC semuanya baik2. Lebih baik daripada aku yang dari UIAM ni. Ternyata mereka jauh lebih bijak dan berpengalaman dalam bidang ni. Rupa-rupanya, mereka ni semua pelajar tajaan JPA dan MARA di Kolej Sunway. Muslimin di sama sangat kecil pada awalnya sehinggalah usaha Ust Yazilminwati disambut baik oleh mereka2 yang aku temui ni. Merekalah yang menggerakkan dan menghidupkan komuniti Islam di Kolej Sunway. Subhanallah.
Aku? Insaflah wahai diri....









Nampaknya, sampai sini je dulu aku bercerita. Malam mula merangkak walaupun ramai yang berkata 'malam masih muda'. Bukan buat aku. Aku punya mood kalau menulis malam2 ni dah jadi mcm segmen romantika puitis dlm Sinar Fm...hahaha 

Ok, esok lusa aku sambung hupdate yer. Assalamualaikum dan selamat malam.