siapa aku?
apakah yang akan anda jawab sekiranya seseorang bertanya soalan-soalan seperti itu kepada anda?adakah anda pasti itu adalah jawapan yang tepat?tepuk dada tanya selera.bak kata Nabil,lu pikir la sendiri!
haha..itu satu pembukaan saja sebenarnya.merujuk kepada pertanyaan tersebut,hal ini sbenarnya menyingkap satu cakupan minda individu yang kompleks.soalannya nampak mudah tetapi ia memerlukan jawapan yang jujur dan telus dari hati sanubari setiap insan.mengapa begitu?hal ini demikian kerana soalan tersebut akan menguji sjauh mana tahap kematangan anda sebagai manusia.
siapa aku?jika anda memeberitahu nama anda,itu bukanlah jawapan yang tepat.sebenarnya,apabila kita bercerita tentang diri kita,kita sebenarnya menceritakan tentang kuasa dan keajaiban Maha Esa.dalam konteks islam,kita merupakan khalifah di muka bumi yang berasal daripada keturunan nabi adam dan hawa.sudah pasti masih segar dalam kotak minda anda tentang sirah nabi adam sebagai manusia pertama di muka bumi.menjadi khalifah memerlukan satu kesediaan untuk menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada umatnya.cuba renung2 seketika..adakah anda suah berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai khalifah?walaupun amanah yang diberikan amatlah besar untuk di pikul,akan tetapi Allah s.w.t telah menyatakan bahawa sesungguhnya Dia tidak akan membeban umatnya melebihi kemampuannya.maknanya setiap cabaran dan ujian yang diberikan kepada kita adalah berdasarkan kemamapuan kita sendiri,sama ada kita sedar atau tidak.
konklusinya,sebagai pemangkin ummah kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.sedarlah wahai sahabat2 ku...ingatlah ajal yang bakal menjemputmu bila2 masa saja..ingatlah bahawa kita merupakan manusia yang diciptakan sebagai khalifah di bumi,diberi tnaggungjawab untuk menyembah Tuhan yang Esa....wassalam.