Wednesday, August 28, 2013

Cicit2 Keluarga Md Affandi

Entah kenapa mood jadi happy bile tengok bebudak ni.

Ni semua cicit-cicit keluarga saya @ cucu2 pak cik mak cik saya.

Dari atas kiri: Ahmad, Amin, Humaira dan Alif

Cucu tok de yang paling ensem, Afiq

Amani Humairah, cucu sulung Pok Teh.

comel gilerr Adelia, cucu sulung Pak Long. Geramm dgn pipi dia...hahahha


Ni cucu2 arwah Mak Ngah...Anak Kak Ude; Nazir (oren) dan Munirah (biru), Anak Angah; Alif (belakang) dan Arisa dan anak Kak Yani; Amin.

Terapi yang paling berkesan bila stres ialah bersama kanak-kanak. Boleh lupa masalah dunia. Dengan syarat, kita masuk ke kotak fikiran mereka. No worries at all and the best part is FEARLESS.


Monday, August 26, 2013

JOM Beraya Rengit :D



Pada hujung minggu yang lalu, saya telah diserbu oleh geng Ahadan dan Kak Dell di rumah. Sebenarnya kedatangan mereka tak lah secara kejutan sebab saya memang jemput datang beraya. Cik Bro dan isteri, kak Nor memang berhajat nak ke rumah kampung saya. 

Ehsan gmbr dr Instagram: Raya ke3
Motif? Nak dapat feel duduk rumah kampung yang boleh membawa kembali nostalgia rumah pusaka mereka. Rumah saya sememangnya rumah pusaka. Maaf, bukan PUAKA tapi PUSAKA...[hehehe] . Rumah saya macam chalet, bak kata mak cik baru. Tempat praktikal saya ni Pejabat Puaka...hehehe dan ada kisah saka. 

Back to the story, Founder of Ahadan Coach ni sampai lah ke rumah saya lebih kurang jam 12 tengahari. Mak dan ayah tiada di rumah, pergi merewang tapi pagi2 lagi saya tolong mak buat mee hoon soto untuk sarapan dan sebagai juadah menjamu Cik Bro.

sampai2 je terus bergambar dulu...hahah takut lupe ambil gambar mcm saya semasa menziarah mereka tempoh hari.

Memang sembang santai lah mereka di teratak saya. Angin sepoi-sepoi bahasa menjemput tetamu dari Pasir Gudang ni. Kalau dah bosan dengan hiruk- pikuk rutin di bandar tu, eloklah datang ke kampung saya. Confirm tertidur lena bila disorongkan bantal hihihi. Baru saja semalam Pak Long (belah Ayah) balik beraya bersama isteri, anak menantu dan cucu. Mak kata, sampai2 je Kak Anis terus ambil bantal untuk baring di ruangan tv saya...orang dah lama tak balik kampung memang macam tu kott..hehe

Memang rezeki sesiapa yang datang rumah saya kalau sedang musim. Tak kisahlah musim apa pun. Kalau banyak bunga kantan dan daun kesum, kami jadikan ole-ole untuk tetamu. Kalau pisang banyak, dapatlah makan pisang goreng. Kebetulan, pokok rambutan belakang rumah sedang berbuah dan menanti masa untuk semuanya masak ranum. Tapi tak sempat masak semua pon kera dah rembat. Jadi, siapa2 yang datang atau nak makan silalah petik fresh dari pokok yer. Merasa juga anak Cik Bro rambutan fresh dari pokok. Rezeki mereka dapat bunga kantan. Eloklah kalau nak masak laksa ke, asam pedas ke dan lain lain.

Ahad pula, kak Dell dan mamanya datang beraya. Part yang ni memang kelakar kalau nak diceritakan. Bak kata Kak Dell, explorace raya...hehehe. Oleh kerana panjang ceitanya, kena sambung di entri baru.


Cer Citer Raya (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman2 dan sahabat handai yang sudi menjengah blog saya pada ketika ini. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezzeki tang dikurniakan olehNya.

Ok sebenarnya saya sekadar nak sambung cerita raya saya. Pada hujung minggu kedua raya yang lalu, saya dan orang tua telah beraya ke rumah pak long di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi dan dan Cik Nan (Adnan) di Taman Nusa Damai.

Walaupun kami bertiga berpuasa pada hari Sabtu itu, namun perjalanan ke Kota Tinggi tetap kami teruskan. Kami bertolak dari Rengit pada pukul 4 petang dengan membawa bekalan atau ole-ole kuih pau buatan mak. Saya memang the only one and available kitchen helper. Belum naik pangkat chef lagi [hehehe]

Sampai sahaja di rumah pak long kira-kira jam 6.30 petang dan kami disambut oleh pak long, mak long dan Cik Nan sekeluarga yang juga beraya ke sana petang itu. Berborak dan bersembang dari awal sampai hinggalah esok harinya. Maklumlah, ketika pak long dan anak-anaknya beraya ke rumah saya tempoh hari kami tak sempat berborak panjang.

Pada hari Ahad, kami sekeluarga beraya ke rumah anak2 pak long iaitu Abg Hisyam dan Abg Is dengan diketuai oleh pak long bersama anak bungsunya Abg Fairuz. Rumah mereka di Taman Saujana yang jauh tak jauh lah daripada Air Tawar 1. Inilah kali pertama kami beraya ke rumah mereka.

Kemudian perjalanan diteruskan ke Taman Nusa Damai, Pasir Gudang. Agak meriah juga beraya kali ni sebab dapat konvoi bersama pak long dan anak2nya. Maka, 4 buah kereta beraya ke rumah Cik Nan. Haa apalagi penuh laa rumah tu dengan kami ni semua. Paling tak larat rasanya melayan sepupu sendiri, anak2 Cik Nan yang masih kecik. 3 beradik yang suka bercerita dan yang paling kecik minta didukung dikelek...hahahah layan je la sebagaimana Rasulullah SAW melayan kanak-kanak.

Ni la kenangan raya bersama Pak long. Jarang2 dapat bergambar ramai macam ni.


Pada minggu sebelumnya, kami sekeluarga beraya ke Kluang bersama Mak Ngah dan Cik Hamid. Beraya ke rumah kakak mak.

 Ok lah, cerita raya bersama keluarga dah habis. Nantikan entri yang akan datang dan ikuti kisah sahabat beraya ke rumah.

Wednesday, August 21, 2013

Pemerhati vs Pengkaji vs Pengikut

Assalamualaikum sahabat2 yang saya kasihi sekalian.
Semoga anda semua sentiasa berada di bawah lindunganNya dan beroleh rahmatNya, aminn.

Saya tergerak hati untuk menulis topik ini memandangkan dunia hari ini sedang gempar dengan isu keganasan dan kekejaman yang berlaku di negara2 Islam seperti di Gaza, Palestin, Syria dan yang terkini di Mesir. Apa yang berlaku di Mesir kini benar2 membuka mata dunia dan anak2 muda yang prihatin.

Saya tidak begitu berani untuk berkata lebih tentang isu di Mesir dan lain2 kerana saya masih mencari dan tercari-cari kebenarannya. Dulu saya tidak berapa endah tentang isu ini mungkin kerana tahap kesedaran yang masih rendah. Kini, saya sedar siapa saya di bumi ciptaan Yang Khalik ini.

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mempunyai satu perasaan simpati, empati kasih sayang sesama saudara seagama di seantero dunia. Anggaplah mereka yang berada di Mesir, Syria dan sebagainya itu seperti ahli keluarga kita sendiri atas dasar satu agama yang sama iaitu Islam.

Menjadi pemerhati lebih kepada melihat dan ambil tahu sikit2 akan sesuatu hal. Pemerhati juga lebih suka membuat andaian dan penilaian sendiri tanpa melakukan sebarang tidakan mahupun mengeluarkan kenyataan. Ini mengikut definisi pemerhati dari kaca mata saya.

Pengkaji pula akan meneliti fakta-fakta daripada lebih satu sumber dan membuat penilaian. Jika dia hanya merujuk kepada satu sumber, belumlah layak digelar pengkaji. Itu hanyalah pengikut secara membabi buta. Pada hemat saya, kita perlu merujuk kepada banyak sumber daripada kedua-dua pihak, bukanlah merujuk kenyataan media semata-mata.

Pengikut yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang dengar sedikit, terus percaya tanpa selidik dan turut serta dalam sesuatu misi. Pada saya, ini boleh dikategorikan sebagai taklid; istilah yang digunakan dalam ilmu fiqh dan usul fiqh.

Sedihnya saya kerana semakin dikaji semakin banyak rahsia2 dan kejutan yang telah saya temui. Benarlah bahawa kita berada di penghujung dunia di mana fitnah sang Dajjal semakin berleluasa. Tulisan ini sekadar memberi peringatan kepada diri saya sendiri dana sahabat2 yang saya kasihi.

Makin hari makin banyak pula isu tentang akidah yang mengejutkan warga Islam termasuklah gerakan wahabi dan Syiah di Malaysia yang dikatakan sedang berleluasa. Beberapa minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan kes surau di sebuah resort yang dijadikan tempat ritual agama lain. Sememangnya hal ini tidak boleh dipandang enteng.

Tetapi haruslah diingatkan bahawa kita perlu menguasai dan memahami sepenuhnya tentang ilmu akidah, tauhid dan ibadah. Jika kita berpegang teguh dengan perkara2 asas dalam Islam seperti Rukun Islam, Rukun Iman, Sifat 20 Allah SWT, Sifat Mustahil Allah SWT, dan 4 Sifat terpuji Rasulullah SAW (Siddiq Amanah Tabligh Fatanah), insyaAllah kita tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 jahat.


Sunday, August 18, 2013

Cer Citer Raya 2013

Assalamualaikum sahabat2 semua dan salam sejahtera. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin. Rasanya taklah terlalu lewat untuk ucapkan kalimat itu.

Maaf kerana agak lama sepi selepas entri terakhir. Ya, saya sibuk menjadi anak perempuan tunggal keluarga. Terasa kesibukkannya melebihi tahun2 yang lalu. Mungkinkah saya sudah matang sedikit? Tiada jawapan yang pasti.

Rasanya keluarga saya sambut Aidilfitri lebih awal. Sesiapa yang follow saya di Facebook pasti tahu mengapa saya berkata demikian. Adat dan tradisi JAWA yang masih menebal dalam jiwa ibu sangatlah bermakna dan istimewa.

Bila tiba Syawal, saya hanya memandang sepi juadah di pagi raya baik di rumah mahupun di rumah atok sedara. Sepi kerana sudah agak puas menjamu hidangan sebelum muncul Syawal. Sepi juga kerana saya diserang mata ikan (di lidah) dan sakit gigi. Kuranglah selera. Apapun, masih digagahkan juga untuk bersembang dengan sanak saudara.

Meriahnya pagi satu Syawal itu tidak dapat saya ceritakan. Biarlah gambar2 ini berbicara dengan sendirinya.

Mak dan ayah saya

kenduri tahlil di rumah Atuk sedara belah mak ...memang ramai

emak bersama sepupu2nya

marhaban dan selawat sket lepas habis tahlil...seronoknya :D

kat anjung rumah pon ade lagi sedaranya

sang penglipurlara a.k.a pelayar bahtera

bersama sepupu2 belah mak.

anak mak ngah dan anak Cik Hamid

sesi makan2...ni kelompok keluarga arwah Hj. Ahmad Basri

Dari kiri; Cik Hanim (isteri Cik Hamid), makngah dan mak...yang dok interframe tu cucu mak ngah.

haa, ni dia atuk sedara saya..panggil Atuk Min..bekas guru agama yg dah pencen a.k.a cikgu mak dan mak ngah

jalok ngapuro wak...hehe

Mak ayah bersama Atuk Min dan Tok Usop

dari kiri: Atok Kasbun, Cik Kassim anak Atuk Min dan ayah


inilah kenangan raya pertama di rumah Cik Hamid. Kelaurga saya dan keluarga mak ngah

sebelah petang beraya ke rumah Atuk Tini, adik beradik arwah Atuk Kemat @ Ahmad Hj Basri.

Ayah kata nak cuci gambar ni bagi atuk Tini buat kenang-kenangan....landskap umah atuk ni mmg terbaik...green fingers and creative!


Bersambung....

Monday, August 5, 2013

Saat diri Diuji

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu (20-21 Julai), saya berkesempatan meluangkan masa bersama bisnes partner yang juga sudah saya anggap seperti kakak saya sendiri. Hampir dua bulan tidak ketemu dengannya. Banyak cerita-cerita yang dikongsi bersama. Masing-masing punya cabaran dan ujian yang terpaksa dilalui sendirian. Maklumlah, kami memang rapat sudah hampir 2 tahun aku mengenalinya. Susah senang kami tetap bersama. Dan persahabatan ini bukan sekadar di dunia, akan dipanjangkan sampai ke syurga.

Menjelang Aidilfitri kali ini, kami berniaga Kuih Kapit secara online dan offline. Sememangnya rezeki kami bila kak Shidah mendapat peluang perniagaan ini.

Kalau nak diceritakan dugaan dan cabaran sepanjang berniaga kapit ni...hanya Allah yang tahu. Tiada perkara yang mudah dicapai tanpa melalui sebarang ujian. Allah SWT sedang menguji kita. Saat kita diuji, dia melihat hambanya dengan penuh kecintaan. Kenapa perlu diuji sebegini? itulah persoalannya. Tanpa uijian, saya rasa saya tidak akan belajar susah payah untuk mencari rezeki halal, menangani emosi dan ketahanan fzikal. Semuanya itu memerlukan KESABARAN yang tinggi.
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)"

Bagi saya, sesetengah ujian ada yang dirasakan kecil kerana saya sudah menghadapi ujian yang lebih hebat. Ada juga yang dirasakan sangat sakit dan pedih. Ibarat ibu yang meneran ketika bersalin ataupun ibarat anak burung yang baru mengembangkan sayapnya untuk terbang. Begitulah perumpamaannya. Kalau tak diuji, bagaimana kita sendiri hendak tahu tahap pencapaian kita...setuju? Analogi mudah, ujian bulanan atau peperiksaan tahunan yang cuma lah ujian dunia ciptaan manusia.

Setelah melalui sebulan Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi, saya rasa amat bersyukur ke hadratNya. Banyak yang saya belajar setelah melalui beberapa fasa kehidupan. Hikmah Allah SWT sangatlah besar. Ada sebab kenapa Dia gerakkan hati saya untuk pilih berpraktikal di Batu Pahat (rumah). Kenapa? Dia mahu saya lebih kenal mak ayah saya sendiri dan eratkan hubungan kekeluargaan. Ada sebab kenapa saya berada di Pejabat Pusaka. Allah SWT nak temukan saya dengan Rakan Muda dan mulakan bisnes kuih kapit.


"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya" (Al-Imran:54)

Merujuk kepada ayat 3:54 di atas, ia berbicara tentang betapa hebatnya dan bijaknya Allah dalam mematahkan rancangan jahat Yahudi yang kafir, sedangkan rancangan mereka itu sudah diatur dengan rapi.

Samalah dengan kehidupan kita di dunia. Kita selalu merancang sebelum melakukan sesuatu. Perancangan itu perlu kerana tanpa perancangan kita ibarat berjalan tanpa arah tujuan. Dalam keasyikan merancang itu, kita seharusnya ingat bahawa DIA yang menentukan segalanya. Di sinilah pentingnya DOA dan TAWAKAL. Mintalah kepada DIA supaya dipermudahkan segala urusan.

       Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bil khoir
 (Doa mohon permudahkan urusan)

Harapan saya semoga saya lebih matang dan sabar dalam melalui kehidupan yang mendatang. Saya ibarat seorang pengembara dan pendaki gunung. Pasti ada cabaran dan halangan di sepanjang perjalanan saya ini. Kalaupun saya seorang pelayar, ujian utama saya ialah cuaca yang sudah pastinya kuasa Allah SWT.

p/s: Semoga kejayaan di dunia dan akhirat milik kita bersama, aminnn.





Thursday, July 25, 2013

Kasih Ibu

Kasihnya ibu...
membawa ke syurga...

Sedih pula mendengar bait2 lagu ini. Seorang wanita bergelar ibu. Begitu besar jasa dan pengorbanannya kepada kita. Baik buruk dia tetap ibu kita.

Allah SWT telah menetapkan agar Ramadhan ini saya lebih kenal ibu bapa saya sendiri. Saya akui kesabaran saya sering kali diuji dan teruji. Kekadang saya tidak sedar tetapi syukur Allah menyedarkan saya. 

Sepanjang saya tinggal di rumah bermulanya praktikal, tiap2 hari ibu siapkan sarapan dan bekal makanan untuk saya. Macam zaman sekolah rendah dulu. Jam 6.40 pagi ayah hantar saya ke pekan Rengit dengan menaiki motor. Benar kata ibu, dia jaga budak sekolah lagi...hehehe. Memang sama rutinnya pada zaman saya berumur 7-12 tahun dulu.

Masa kecil, saya tak faham sangat kenapa ibu buat itu buat ini. Sampailah saya masuk ke sekolah asrama. Baru saya terasa kekurangan bila tiada ibu di sisi. Sarapan pagi bukan lagi dihidang. Pergi sekolah tidak lagi berhantar. Saya belajar hidup berdikari dan membiasakan diri. 

Masa itu, saya tak faham kenapa mak uda selalu pesan kat saya supaya telefon mak selalu. Bukan seminggu sekali macam yang saya buat. Pada fikiran saya, bukan ada perkara penting nak report hari2. Bila saya cerita tapi mereka tak faham tak guna juga. Saya jarang bercerita perihal sekolah kepada mereka apatah lagi perihal kawan.

Komunikasi tak sehala.

Setelah lebih kurang sebulan di rumah, ada beberapa perkara yang saya baru faham dan belajar dari mereka. Saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka. Kali ini saya bukan lagi anak kecil bawah umur. Saya dah pun mencapai age of majority dan seharusnya saya berfikiran lebih matang. 

Apa yang saya rasa bila duduk bertiga di rumah sekarang ni, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni membuat saya berandaian bahawa inilah perasaan dan siatuasi yang dihadapi oleh adik pada tahun-tahun sebelumnya ketika ketiadaan saya di rumah.

Baru saya nampak dengan mata kepala sendiri tentang keprihatinan dan kerisauan ibu ayah bila memikirkan perihal anak mereka. Pernah satu ketika, saya dapat miscall daripada mereka berkali2 disebabkan fon saya dalam silent mode. Ketika itu, saya tidak terus menghubungi mereka kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Malam itu, baru saya hubungi mereka. 

Sekarang, bila saya letak diri di tempat mereka saya dapat bayangkan betapa susahnya hati mereka. Lagi-lagi, ibu saya agak paranoid. Bila hal yang sama berlaku pada adik, saya kata pada mereka tiada yang perlu dirisaukan. InsyaAllah semua selamat, mungkin adik silent fon atau tak dengar panggilan. 

Sekarang, bila mana saya ada buat silap dengan ibu, hati saya sangat tak tenang sehinggakan saya meminta maaf kepadanya. Satu perkara yang jarang-jarang saya lakukan. Mungkin sebab jarak yang memisahkan kami. Bila tiba dalam lingkungan usia sebegini, saya sudah mula memikirkan baik buruknya sikap dan tingkahlaku saya terhadap ibu bapa. History repeats itself. Saya tidak mahu ianya berlaku pada generasi seterusnya iaitu anak2 saya.

Terkesan juga di hati lepas mendengar kata2 Ustaz Don Daniyal tentang kesan ibu bapa yang tidak menghiraukan anak kecil mereka.

Kuncinya ialah SABAR dan SYUKUR.

Di hadapan mereka, saya mungkin nampak kuat tetapi tidak di belakang mereka. Sahabat saya menasihati saya supaya menjadi seorang ANAK. Agak mendalam maksudnya itu. Kini, baru saya faham kata-katanya.

Terima kasih Ya Allah atas segala2nya.
Alhamdulillah.

Tuesday, July 16, 2013

Alkisah Bubur Lambok


Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa buat teman2 dan sahabat2 yang saya kasihi.
Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berpuasa dalam bulan yang penuh barakah ini. Syukur juga saya kerana dapat membiasakan diri menjalani rutin harian di bulan puasa ini. Pagi bekerja, balik kerja terus berbuka dan selapas itu ke surau untuk berterawih. Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkesempatan untuk berbuka puasa di rumah arwah mak ngah bersama pak ngah dan anak-anaknya. Seronok bila berbuka beramai2 dengan juadah yang tidak kurang enaknya. Kami juga membawa sedikit juadah iaitu rojak mee dan kuih buah melaka hasil buatan sendiri. Istimewa daripada air tangan Angah (sepupu) iaitu spagetti menjadi hidangan utama di samping burung puyuh goreng yang menjadi ratahan kami.

Itu apa yang berlaku pada hari Sabtu.

Keesokan harinya, Ahad - Saya bersiap2 seawal 8pagi semata-mata nak menyertai misi Bubur Lambok. Saya pergi ke Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat bersama sepupu, Ckg Bella. Saya excited nak merewang bukan sebab tak pernah makan bubur lambok, tapi sebab ini first time join program masak bubur lambok dalam bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi, ini merupakan program anjuran Rakan Muda peringkat negeri Johor...hahaha. Untuk makluman, inilah program kedua yang saya sertai selepas Himpunan Belia Negeri Johor kelmarin.


suasana di perkarangan Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.

Dikhabarkan bahawa terdapat lebih kurang 30 buah periuk bubur lambok yang disediakan oleh staf2 jabatan dan sukarelawan mengikut kumpulan mukim dan jabatan.


Di khemah saya, kami sedang menyediakan bahan2 sayuran. Berjubah hitam itu sepupu saya, Nabila dan disebelahnya sahabat saya, Ila.


Membasuh beras...puas juga beratur tunggu turn nak dapat basuh beras untuk kumpulan kami.




Adik2 di khemah saya...mereka merupakan PRS dari sekolah Dato Onn, Batu Pahat.
Yeahhh, terbaikkk laa! Bubur lambok sedappp :D


Ini 'pengacau' bubur lambok...wakil dr Rengit..ahahha 



















Tugas masak-memasak selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Sementara menunggu bubur masak, kami bertiga sempat melarikan diri ke ladies untuk mencuba mask sheseido. Memang pantang lepa :D
Keluar je dari ladies, kami lihat mereka baru nak bungkus bubur lambuk...hahaha. Rupanye, pak cik ketua masak perasan yang kami menghilang lebih kurang setengah jam...hehehehe. Ingatkan tak ada siapa yang sedar...hahaha. Maka, kami teruslah membantu mereka membungkus bubur lambok daripada dua     periuk besar. Saya tak sempat kira berapa banyak yang kami bungkus tetapi setahu saya 50 bungkus
daripada setiap periuk akan diagih-agihkan ke surau2 dan masjid sekitar Batu Pahat. Dah lama tak turun merewang macam ni, amat terasa keseronokannya. Ada yang tolong buka plastik, tukang cedok bubur, tolong isi, dan tukang bungkus. Part mengagihkan tu kerja staf-staf yang terlibat a.k.a running man..hehehe.

Alhamdulillah, segala tugas kami selesai sebelum jam 1 tengahari. Dapat bawa balik bubur lambuk untuk anak-anak pak ngah dan juga mak ngah dan pak cik di Rengit. Rezeki yang Allah bagi pada kita lebih berkat bila dikongsi bersama yang lain. Syukur, hati bahagia bila melihat senyuman mereka yang menerima     bubur lambok tu. Betullah kata orang bijak pandai, erti hidup pada memberi.


Sekian, wassalam.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kali ini...

keadaan di Bazar Ramadhan, Rengit yang sesak...
Assalamulaikum rakan bloggers dan silent readers sekalian.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan 'Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak' khusus buat seluruh umat Islam di seantero dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kitamasih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk sama-sama menghayati dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan.

Cukuplah untuk intro entry pada kali ini. [hehehe]

Diam tak diam, sebulan sudah aku berpraktikal di Pejabat Pusaka Kecil Bt Pahat ini. Dan hari ini, sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Ya, sememangnya cukup pantas masa berlalu. Jika kita sedar itu, maka gunakanlah MASA yang ada dengan sebaiknya. Ingat LIMA sebelum LIMA. Itu pesan buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian.

Terasa lainnya, bila adik tiada bersama kami sekeluarga berbuka puasa semalam. Semalam, dua tiga kali mak ayah menefon adik tetapi tiada jawabnya. Mungkin, petang itu dia ke bazar dan biasalah keadaan bazar ramadhan yang bising menjadi kekangan untuk mendengar deringan telefon bimbit. Apapun, aku lebih suka bersangka baik. Adik mungkin sedang menyesuaikan diri berpuasa dan berbuka bersama teman2 seperjuangannya di sana, UITM Jengka. Jadi, pertukaran rutin memanglah amat terasa. Lebih-lebih lagi, dia tidak pernah berjauhan dengan keluarga apatah lagi berbuka di luar daerah sebelum ini.

Perihal ini amatlah berbeza dengan cerita aku. Aku rasa inilah kali pertama aku benar-benar menyambut satu Ramadhan di rumah dan juga bercuti satu Ramadhan. Lama juga rupanya aku telang meninggalkan Johor terchenta ini demi menuntut ilmu. Kiraan ini hanya tertakluk pada jangka masa aku menuntut di UIA. Zaman sekolah asrama rasanya dapat juga pulang berpuasa dan berbuka di rumah pada satu Ramadhan.

Semalam, aku juga berpeluang untuk melihat gelagat manusia di bazar Ramadhan pada hari pertama berpuasa. Seperti yang kujangkakan, sesak juga keadaannya lebih-lebih lagi bila menghampiri jam 6 petang. Bazar mula diserang oleh rakyat2 Rengit yang semacam tidak pernah melihat makanan...hahahaha...nafsu jangan diturutkan. Kita berpuasa bukan sehari, tetapi sebulan. Berpada-padalah berbelanja dan pengalaman mengajar saya bahawa makanan yang dimasak di rumah sudah cukup terjamin enaknya dan kebersihannya. Air tangan ibu kannn...

Bermula Ramadhan ini, aku mulakan satu pembaharuan dalam rutin puasa keluarga ku. Aku bersolat terawih di surau bersama ayah dan mak. Selama aku membesar, belum pernah mak berterawih di surau dan kadang-kadang saja di rumah. Aku bersyukur kerana kehidupan berpuasa sejak masuk ke Sekolah Menengah Sains Johor telah mengajar dan mendekatkan aku dengan cara hidup Islam yang lebih baik. Hanya satu prinsip yang aku pegang >> for things to change, I must change first. Saya tak tahu cara terbaik untuk menegur orang lebih-lebih lagi orang tua sendiri. Kekadang bila bercampur dengan masyarakat kampung sendiri, saya sedar beberapa kekhilafan tetapi ternyata saya masih lemah. Jadi, saya gunakan pendekatan ini >> lead by example. Saya akui saya masih perlu perbaiki diri saya sendiri dari pelbagai aspek, bukan saja dari aspek agama.


Saat ini juga saya terkenang zaman berpuasa, berbuka dan bersahur di SMSJ dan juga di UIAM. Pada tahun pertama pengajian di UIAM, saya berpeluang menjalani Ramadhan di sana. Yang paling indah bagi saya ialah berbuka, bersahur dan berqiam di masjid UIAM. Ketika itu, saya masih ingat yang saya terasa amat teruji dan diuji dengan dugaan-Nya yang pada hemat saya amat berat ketika itu. Apapun, demikianlah cara Dia mengajar hambaNya erti kehidupan yang sebenar.

Sekian saja dari saya, selamat mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita sama-sama berada dalam golongan orang2 yang bertaqwa...aminn.

# Hijrah itu perlu, jika kita mahu terus HIDUP.

Thursday, July 4, 2013

Lumrah Hidup

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah SWT.

Lumrah hidup
Fitrah manusia
Ada suka duka
Ada cinta kasih dan sayang
Ada juga benci dan hasad

Ada masa ingat pada Nya
Ada masa kita lupa siapa Dia
Terkadang mata hati ditipu dunia
Ya, dunia yang fana

Apakan daya aku insan yang lemah
Insan yang masih terus melangkah
Berjalan di atas bumi Nya yang luas

Ada masa rasa cinta
Cinta duniawi fitrah manusia
Cinta hakiki juga yang kekal selama

Bahagia yang kucari
Bahagia sampai ke syurga
Di manakah bahagia itu?
Wahai teman
Ku berdiri di sini
Dua haluan di hadapanku
Yang penghujungnya tiadalah kuketahui

Makin dewasa makin bijak
Memilih haluan yang terbaik
Masih ada yang perlu diperbaiki
Masih perlukan bimbingan
Masih perlu berguru
Diri ini belum lagi masak fikirannya

Hatiku tak siapa yang tahu
Suka duka
Bahagia derita
Kuimpikan bertemu dengannya
Pabila ku kenal diriNya

Mencari Muhammad
Mengenal Muhammad
Dua perkara berbeza


Wednesday, July 3, 2013

Program Jaya Diri SK Sg.Tiram



percubaan pertama membuka tirai pada hari kedua...

Assalamualaikum sahabatku sekalian. 
Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya dan masih bernafas dalam jasad ini hingga detik 1.40ptg...saat aku coretkan nukilan ini. Semoga sahabat2 semua dalam keadaan sihat wal'afiat hendakNya, diberikan kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat kelak...aminn

Ok, kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya sebagai fasilitator bersama Ahadan Coach [ANCO] dalam Program Jaya Diri SKST, Kg Sg Tiram pada 28-30 Jun yang lalu. Agak menarik kali ini kerana saya diberi peluang oleh En. Kamarul @ Cik Bro untuk berkongsi pengalaman dengan adik2 di sana. 

Perasaan saya agak gemuruh. Biasalah kan, normal. Secara jujur saya tidak tahu bagaimana nak bercerita dan tidak berapa pasti pendekatan yang ingin saya bawakan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk lihat dulu gelagat adik2 sebelum sampai slot saya. Paling terkejut, saya bole jadi sakit kepala bermula pada sesi riadah petang pada hari Jumaat. Entah dari mana datangnya, saya sendiri tak pasti. Dalam hati, mungkin sebab aku lapar kot... Ok, then lepas dinner tu, masih rasa berdenyut2 kepala ni. Hati saya kata, effect jerebu kot nak demam..batuk2 pon dah seminggu, semalam banyak kali bersin... Pada awalnya, slot dimaklumkan slot saya bermula selepas solat Isyak. Kepala masih lagi pening, saya kata boleh saja padahal Tuhan saja yang tahu rasa dan perasaan saya. Disebabkan Dia Maha Mendengar, maka slot saya ditunda ke hari seterusnya. Fuhhh....lega sket..

Bila saya cerita pada Cik Bro, barulah saya tahu punca saya jadi pening tu. Gelombang dari adik2 tu sangat tinggi dan saya tidak cukup kuat untuk menahannya. Saya memang nampak cool je, padahal terkejut juga lah jumpa adik2 hyper tahap dewa. Sah, saya masih mentah dalam dunia ni. Selama menjadi fasilitator dalam apa jua kem atau program, belum pernah dapat pengalaman macam ni. Sungguh tak sia-sia jadi fasi kali ni...hahahha

Secara keseluruhannya, slot saya lebih kepada spontan. Ade pros and cons bila buat cara ni. Kene lebih alert pada bahasa tubuh. Ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki dr segi crowd control, closing and keeping up the momentum. Dari segi content, saya berpendapat saya perlu lebih tersusun dan ada back-up plan. Untuk menarik perhatian audiens, rasanya perlu ade visual aids, lagu2 motivasi dan sedikit actions. Ye lah, orang kan lain2...ade yang visual, audio dan kinestetik. Macam saya, macam mana gaya pon presenter tu saya bole tertarik. Alhamdulillah, saya tahu kekurangan itu lebih awal dan boleh buat yang lebih baik pada masa akan datang.

Perkara baru yang saya belajar kali ini ialah koreografi yang bole diaplikasikan untuk senamrobik. Lagu yang digunakan memang catchy and interesting. Steps pun senang ingat. InsyaAllah boleh ajar fasi-fasi Smarts pula lepas ni...hahaha.


xi shua shua 3x woot2!

battle antara adik pompuan dan adik lelaki

adik2 lelaki punye leadar on stage...saya ingat JAWA jer hahaha [baju belang merah]

Kali ni saya tak berkesempatan nak ambil gambar dengan adik2 comel ni...ade satu dua tapi bukan dalam kamera saya...sayangnye...

Satu slot yang saya suka ialah menulis target keputusan UPSR di atas kertas. Aktiviti ini dijalankan serta-merta dalam kelas tersebut...yes, fast action fast result!  Saya sendiri buat perkara yang sama semasa di tahun6. Masih tergambar di ingatan saya tulisan tangan 5A UPSR di atas kertas manila card yang ditampal di dinding bilik tidur. Penuh juga dengan kata2 semangat untuk tatapan mata sendiri. Antaranya, semua A tak senang tapi tak mustahil...  Dalam sesi sharing bersama adik2, saya dengan jelas menyatakan hal ini. Dari segi ilmiah, ia berkait rapat dengan law of attraction. Apa yang kita lihat, kita dapat..dengan izin Allah SWT.



 




Catat target yang anda mahukan dgn JELAS dan NYATA

Modul yang saya rasa memang kebiasaan mana2 motivator atau trainer gunakan untuk menyentuh rohani para pelajar ialah sesi muhasabah diri. Tetapi kelainan dan keistimewaan yang ada pada Ahadan Coach ialah TERAPI AZAN. Sebelum ini, saya pernah dengar tetapi sepanjang alam persekolahan belum lagi punya pengalaman menjalani terapi azan ini. Eksperimen untuk diri sendiri telah saya lakukan semasa di KMMSS anjuran Smarts Coach .



ehh..chief [2nd row] menahan tangis yer...huhu

sedey bebenor adik ni...



Momen yang tak dapat saya lupakan ialah santai petang Sabtu a.k.a hari kedua. Kenapa? Pertama, sebab kami fasi2 baru berpeluang kendalikan aktiviti riadah dengan bantuan Coach Ali dan Ust Adzeem. Saya memang suka bab bahan-membahan dan mendajal orang. Tapi, kene sabar. Sayang kat adik2 comel ni...hahaha Bincang punya bincang, kami decide nak main game pisang goreng dan boomm negara. Tujuan utama nak rileks, simple dan santai mode.

memang keje saya datang program ambil gambar setiap momen

Tok guru nak duduk la pulak...asyik berdiri je ...kasi yg muda2 handle the games

kan dah cakap...mode santai beb!


 haa, lompat dik lompat!


 battle of pisang goreng begins...

boys vs girls

ust dok kasi terang game bom-mengebom ni...

Brazil

Korea

yang berkaca mata tu >> KP + Hockey Captain...nampak je nerd!

England
kanan >> Jepun
The last day, sempat la juga saya berkongsi pengalaman bersama adik2. Bukan senang rupanya nak berdiri dihadapan adik-adik walaupun tahap kefahaman berbeza. Itulah cabaran yang sebenar. Pandai mana pun kita, belum tentu kita berjaya menyampaikan sesuatu dengan cara yang mudah, menarik dan berkesan. Ku akui, boleh lost seminit dua tapi fikirkan bahawa diri ini berada di hadapan. This is my stage, dalam hati saya berkata.


Cikgu2 SK Sg.Tiram memang best. Sangat peramah dan hebat dalam bab2 melayan tetamu ni. Selama 3 hari 2 malam kami di sana, tak sempat perut kami nak bergendang. Bila saya tanya pada trainer, bole tengok tentati program? Nak tahu apa yang saya dapat? Tentatif makan...haa ambik kau! 

Yang tak best? First time makan kuih badak berendam...mmg sedap cuma lebih elok kalau makan masa perut kosong..hahahha. Mana tak nyer, lepas makan nasi kan. Saya suka masakan mak cik kantin...terbaekk! Hanya di Sg.Tiram...makan kuih badak berendam dalam polisterin.

sume happy makan nih..haha

kuih badak berendam Sg.Tiram



Fatin, saya dan Didi

ade gak gambar ngan adik2 ni...buat kenang-kenangan

Ok sekian, banyak dah bercerita ni...penulis mohon berehat seketika.
Minta diri semua.