Wednesday, April 23, 2014

Setelah sekian lama....baru bernyawa

Assalamualaikum semua....sahabat2 teman2 dan silent2 readers yang dikasihi. Dah nak dekat setengah tahun lamanya sejak entry yang terakhir. Apekah busy tahap YB ke aku ni? hahaha tepuk dada, jawab sendiri la yer.

Ok, disebabkan dah terlalu lama aku tak update kat blog ni aku cadang nak buat imbasan je lah apa yang aku dah buat sepanjang setengah tahun ni.

Yer, untuk pengetahuan semua aku pengajian aku masih berbaik satu sem. Sem yang sekarang aku tempuh ni ada cabaran dari segi mental dan emosi terutamanya. Semuanya Dia jadikan untuk aku lebih KUAT dan SABAR menghadapi hidup yang mendatang, insyaAllah.

Awal semester ni, aku diundang ke Lawsoc Appreciation Dinner 2014. Untuk pengetahuan, aku adalah salah seorang komiti dalam Biro Presidential & Secretariat LAWSOC tenure 13/14. Walaupun tak lame dalam tenure ni, ada juga pengalaman menarik. Ingat lagi masa awal2 kami kene organise forum Kuasa Pengundi Muda, Sambutan Hari Guru dll. Paling happening of course laa Hari Guru..siap aku berjual cupcakes lagi tau and lain2 cenderahati utk lecturers. Berguna jugak pengalaman aku berbisnes sejak Tahun 1 tu. Betul la kan, tiada satu pun yang Allah SAW jadikan itu sia2 :D




Dalam bulan tu jugak kalau tak silap, aku dan kak Maryam(roomate) join MAC Training & Consultant sebagai fasilitator. Program ini adalah kerjasama MAC dan Kolej Sunway untuk merealisasikan Projek TITAS. Lebih kurang gitu lerr. Peserta2 terdiri daripada pelajar2 Sunway yang mengambil subjek TITAS dan kehadiran mereka dalam progam ni adalah wajib kerana markah akan diberikan sekiranya mereka dapat menyelesaikan tugasan dalam program tersebut.

Pengalaman pertama sebenarnya berkerja dengan krew2 Mujahadah Agro Camp (MAC) ni. Walaupun begitu, aku dapat rasakan keserasiannya dengan mereka. Seriously, bila aku diberitahu yang 90% peserta adalah Chinese dari Kolej Sunway...aku terkedu terdiam. Aku tidak meletakkan apa2 melainkan pengalaman dan pengajaran yang bermakna dari Allah. Alhamdulillah, core fasi MAC semuanya baik2. Lebih baik daripada aku yang dari UIAM ni. Ternyata mereka jauh lebih bijak dan berpengalaman dalam bidang ni. Rupa-rupanya, mereka ni semua pelajar tajaan JPA dan MARA di Kolej Sunway. Muslimin di sama sangat kecil pada awalnya sehinggalah usaha Ust Yazilminwati disambut baik oleh mereka2 yang aku temui ni. Merekalah yang menggerakkan dan menghidupkan komuniti Islam di Kolej Sunway. Subhanallah.
Aku? Insaflah wahai diri....









Nampaknya, sampai sini je dulu aku bercerita. Malam mula merangkak walaupun ramai yang berkata 'malam masih muda'. Bukan buat aku. Aku punya mood kalau menulis malam2 ni dah jadi mcm segmen romantika puitis dlm Sinar Fm...hahaha 

Ok, esok lusa aku sambung hupdate yer. Assalamualaikum dan selamat malam.

Tuesday, February 4, 2014

Professional Stage...katanyerr~

Assalamualaikum semua :D

Alhamdulillah, sudah dua hari di Taman Ilmu dan Budi ini. Masuk saja kelas yang pertama semalam, sudah bermula buku baru bagi pelajar tahun 4 Jurusan Undang-undang. Tiada lagi istilah adjustment week holiday dalam kamus hidup saya. Hari ini berkenalan dengan Mr.Jurisprudence. Agak membuka kotak minda bila mendengar pensyarah memperkenalkan subjek ini kepada pelajar. Mulanya nampak membosankan tetapi TIDAK sebenarnya. Mungkin ini reaksi mereka yang gemar meneliti dan memahami konsep dan teori-teori dalam LAW. Mungkin sesetengah pelajar rasa agak kurang memberansangkan bila terpaksa belajar subjek ini. Pada pendapat saya, subjek ini lebih kepada kajian kemanusiaan dalam merangka undang-undang sesebuah komuniti. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk faham dan enjoy belajar. Belajar bukan sekadar untuk peperiksaan. Itu yang lebih penting. Agak hampa juga bila sudah pulang ke UIA bila dapat tahu ada masalah WIFI di asrama dan juga kulliyyah. Tak pasti kenapa, mungkin sebab nak melancarkan sistem Add & Drop dalam minggu ni. Maka, awal-awal sem lagi sudah dijejakkan kaki ini ke library atas urusan2 tertentu. Bila duduk termenung, rasa macam tak percaya saya sudah berada di tahun akhir dan bakal menjadi graduan undang-undang. Dua semester akhir ini saya bakal diasah dan diuji ketahanan fizikal, mental dan emosi kerana silibus sedang menuju ke arah profesionalisme. Subjek-subjek semuanya berunsurkan praktikal dan prosedur. Semoga saya beroleh kekuatan dariNYA untuk melakukan yang terbaik untuk kejayaan dunia dan akhirat, amin. Akhir kata, teruskan bersemangat dan penuhkan masa dengan nilai2 tambah pada diri agar kita sama2 menjadi KHALIFAH yang selayaknya dimuka bumi ini.
Jom ramai2 pakat tambah ilmu perkasakan diri anda. Bagus untuk semua golongan terutamanya bakal graduan, usahawan dan pendidik.

Saturday, December 21, 2013

Kenangan di Kuala Medang


Assalamualaikum semua....semoga anda2 semua sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Dalam catatan diari saya untuk semester ini, ada cerita saya bawakan untuk anda dari Kuala Medang.
Buat julung2 kalinya saya berpeluang menyertai program Baktisiswa anjuran Lawsoc, persatuan pelajar Undang2 UIAM. Saya dapat kenal senior2 di AIKOL yg juga turut sama dalam program ini. Saya bukan selalu menyertai program kelolaan Lawsoc apatah lagi menjadi committee..reason? hrmm, no sense of belonging i guess...huhu..



Suasana kampung sangat mendamaikan...lega dapat hirup udara segar pada pagi yang indah...saat itu juga saya teringat kampung sendiri..

sempat berposing sebelum bertolak ke kawasan gotong-royong...sempoi2 jer rupenye kakak aku nih..hihihi

Motif tunjuk tapak tangan? kalau ada bdak2 Experiment5 ni mst dah kene saiko...TAPAK...hahah

kami tanam pokok bunga untuk projek lebah....seronok juga dapat genggam tanah 

Dah habis, kita bergambar lagi...pakcik2 ni sume sangat peramah dan suka bergurau...teringat Pak Cu dan ayah angkat yg bersaudara.

Malam jamuan dan kebudayaan, saya berkesempatan berborak dgn kak Yani...siap add dalam FB you..hahaha jgn memain, canggih dah sekarang ni...dan kami masih berhubung smpai sekarang....anak dia mmg comel!

saya geram dgn kecomelan mata adik ni...bergambar sebab nak amek aura comel..boleh kan? hehe

Yang ni lagi best...nak pergi ke perkampungan melayu di persisiran sungai...ok naik bot mmg best!

Tadaa! udara memang cool giler...SubhanAllah Maha Suci Allah 

Rasa juga air yg sejuk ni...mmg x kan ku lupa pengalaman sebegini
JKKK kg bercerita ttg penghasilan emping cara radisional yg masih digunakan sampai hari ini..
Terasa cam jakun jugak lerr...apapun, bagus untuk generasi muda mcm kami yang tak pernah jumpa bnda2 ni...
adat melayu yg perlu di kekalkan..

Live show menganyam beg...ni lah IKS kampung Melayu Kuala Medang

Sebahagian produk IKS yang dijual...saya beli beg anyaman tu...buah salak dapat makan fresh petik dari pokok...oleh kerana syok sgt makan, saya lupa amek gambar di kebun buah salak tu..haha

Game show pulak...gasing yo! nmpk senang tapi tak mudah..hehe

Kami berhenti lunch di pusat IKS, dijamu makan MEE SIPUT...dan sempat jugak saya tgok akak ni masak kuah nyer..sonang sgt ni...ceh, tak baik riak tau :D

Terbaik lahhh dapat keluarga angkat cam ni...nak balik pun dibekalkan nasi ayam...padahal dah lunch kali kedua nasi ayam selepas hadam Mee Siput td...itulah rezeki namanya...syukur Alhamdulillah

Comel kan adik angkat saya...hrmmm tgok laa kakak2 angkatnya...mana tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..betul? 

Inilah family angkat saya, dah makan sesama, rewang sesama dan bergurau senda terutama dgn ayah...lucu sungguh Pak Teh ni...askar pencen okay hahah..nak balik dah..sedih pulak...motif? sbb bila balik kita akan kembali ke dunia nyata...realiti kehidupan..

Monday, December 16, 2013

Rentas Potensi Diri Unggul

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya diberi ruang dan kesempatan untuk update ttg aktiviti saya dalam dunia training & motivation.

23 November 2013
Akademi Latihan Insan, Kota Tinggi
Rentas Potensi Diri Unggul

Ini merupakan program pertama yang dikendalikan oleh ARSIF dibawah naugan Ahadan Coach. Program satu hari ini adalah program pertama yang khusus kepada penerokaan potensi diri peserta melalui kaedah Metafizik Sains Pernomboran. Alhamdulillah, percubaan pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan ibu bapa. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Syaiful Khazimi daripada ARSIF.

Program ini bermula jam 9pagi dan tamat pada jam 5ptg. Selepas tamat saja program ini, para peserta dan ibu bapa memberikan feedback positif kepada kami dan bertanya tentang program lanjutan untuk masa akan datang. InsyaAllah, kami akan usahakan sebaiknya untuk memberi manfaat kepada masyarakat khususnya.

Antara perkara yang diperolehi sepanjang program sehari ini ialah :
  1. karekter diri
  2. kecenderungan dan potensi bidang kerjaya
  3. potensi kesihatan dalaman
Jika diperhalusi dengan lebih mendalam, ilmu metafizik pernomboran ini amatlah luas untuk diterokai dan diaplikasikan dalam setiap inci kehidupan. Bukan saja bidah kerjaya, malahan nama syarikat yang sesuai, rakan kongsi yang 'kena' untuk sesuatu bisnes dan strategi pemasaran. Dari aspek kehidupan pula, kita boleh melihat keserasian antara karekter termasuklah perihal jodoh. Sememangnya tiada satu pun perkara yang Allah SWT jadikan itu sia-sia. Apa yang terjadi pada kita dalam rutin harian sudah tertulis dan ditentukan olehNYA. Dengan ilmu ini, kita dapat melihat pattern rutin itu dan membuat penambahbaikan untuk berjaya dari semasa ke semasa, InsyaAllah.








 Sebarang pertanyaan tentang program ARSIF bolehlah hubungi Cik Shafikah [0192872079] atau Ustaz [0193947695].

Jamboree Unirama SKBU2 & Al-Hidayah


Tarikh  : 11-13 Oktober 2013
Tempat : Akademi Kemahiran Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi
Peserta : SK Bandar Uda 2 dan Sekolah Al-Hidayah

Assalamualaikum semua...sahabat2, rakan blogger dan juga teman2 yang selalu singgah ke laman ini. Alhamdulillah, kita sudah pun selesai menyambut Hari Raya Aidiladha 3 hari
> yang lalu. Bagaimana sambutan di tempat anda? Banyakkah sembelihan qurban?
Sebelum berhari raya, saya berpeluang mengikuti team AHADAN COACH 

Sudah puas adik2 ni bermain di jeram, masak maggi guna kayu api [ikhtiah hidup] dan sebagainya, tibalah masa untuk kita berpisah seketika. InsyaAllah jika diizinkan kita akan berprogram lagi tahun depan dengan aktivit2 yang lebih menarik dan semestinya MENCABAR FIZIKAL DAN MENTAL. Semoga bertemu kembali :D