Thursday, April 28, 2011

FEAR...DELETE IT NOW!!!

Salam..rasa rindu kat blog yg satu ni..dan sememangnya kau saja lah yang menjadi teman setia aku sehingga hari ini. Tak kira masa aku happy ke, depress ke, susah dan senang hanya kau yang faham. Aku dah lama nak tulis benda ni cuma tak terluah dari hati sanubari ni.

When we take a step ahead, people might do their own rumours...upon us..some are pleasant and encouraging BUT some might even hurt ourself and make us down. This is what I feel in my opinion. And the best part is that, all the unpleasant things come from people we know long long ago, sad to say; family, relatives and close friends. Yeah, then I discovered that being different is really got the challenge and yet must be done all the way, all out full heartedly. That's why successful people are limited and few. People with the common way of thinking, common mindset, mentality is everywhere. And this appears to be something special when I learned The Road Not Taken by Robert Frost in Form 3. I still remember some lines of the poem.

Why, it was so hard for me to overcome and face my own blood and flesh when I am doing this? Always I decide for myself. But now, I feel like being a burden for them(my aunty) when I overslept or came here. Since that incident, my relationship with her has been affected..maybe this is only my own feeling..owh, me too quite affected in terms of emotion. Considering her as the best and supportive yet understanding aunt, I felt disappointed with her view about what I am doing. Terrible...luckily, my own parents still there supporting me even they also experience the hurt and loads that we share. I used to independent and I don't like being too dependant on my father because I am the eldest in family.

Come to me MY CHEQUES..COME!!!
BUILDING SOMETHING FROM NOTHING
IN LIFE WE HAVE TO MAKE ONE RIGHT DECISION TO BE SUCCESSFUL

I decided to live my dream, to do something that transform my life. Because I know that this is the BEST REAL LIFE LESSON AND LEARNING.

Thursday, April 14, 2011

A Story that NEVER Lies






Semalam...satu sejarah. Hari ni cerita baru.
Pahit atau manis ia tetap sejarah yang sudah tercatat dalam hidup aku.
Biar payah aku terus aku gagahi kudrat ini kerana aku percaya aku akan dapat mencapai impianku. Memang benar tiada yang sia-sia Tuhan jadikan dan Dia lah Perancang terbaik.

Satu hari yang penuh dengan dugaan. Keseorangan. Sendiri bergelut dengan perasaan dan fikiran. Tuhan saja tempat aku mengadu. Keluarga jauh sekali. Payah untuk aku luahkan pada mereka. Tiada siapa yang lebih memahami melainkan Dia. Aku berdoa dan berdoa. Titis airmata di sejadah tatkala menghadap-Nya.

Ya, kala ini aku melalui satu fasa yang agak sukar bagi usia ini namun aku mahu terus ke hadapan tanpa berhenti dan menoleh ke belakang apatah lagi berundur. Bukan diri ku. Mesti ada jalan keluar bagi setiap masalah. MESTI.

Petang kian hampir. 6 petang ada prospek. Mood kurang ok. Agak down untuk present; tidak seperti semalam. Nasib baik aku punya coach yang baik dan penyabar. Aku cuma mendengar dengan teliti. Dan belajar.


------------------------------------------------------------------------------------------------

7.30 malam, aku dan coach cadang mahu menonton wayang. Aku pun setuju memandangkan bosan dan perlu tenangkan fikiran. Terpandang poster NEVER SAY NEVER- JUSTIN BIEBER. Aku tanya sama coach; "ni movie ke?" Ya katanya. "Jom tengok ni." Kata putus dicapai. 3D movie yang ada, yang biasa tidak available. Aku memang ikut je laa. Memandangkan nak tengok Merong terkubur sebab tayangan pukul 9malam. Aku solat dulu sebelum ke wayang. Tidak mahu menyesal lagi.

Cerita bermula. Tiada sari kata. Aku faham cuma kurang jelas. Tapi aku faham cerita dan jalan cerita. Ini kisah benar. Bermulanya perjalanan seorang Justin Bieber.

Passion, determination and believe...
it's all about dream...
live to achieve that dream..

Entah mengapa aku rasa sesuatu menjadi penawar hati bila menonton filem ini. Tidak rugi. Pasti. Walaupun pada awalnya aku sangsi keputusan untuk menonton cerita ini. Kejayaan bukan tercipta hanya dengan angan tetapi perjalanan yang punya suka dan duka.

How much that you believe in your dream?
and yourself?
Make it happen, don't turn back!
Never Say Never!!!

Sekali lagi air mataku murah.

Touch peoples' heart
Give them what they want...
And you will be successful~



Thursday, April 7, 2011

Rasa Hati kecil ini

Lama dah aku x update blog ni..
Sibuk memanjang...exam lagi..ke sana ke sini aku bergerak..
Okeh..tadi selesai satu paper..MLS LAW 1020..alhamdulillah, bole arr jawab. better dr contract and tort..cam hampeh..
aku yg punye salah..sape suruh x stadi..dok main2 jep..
"what have u learn from this incident??"
~Richard~

tetiba aku mengaplikasi kan bnde common sense ni dlm my own real situation. yeah, sekarang aku belajar untuk jadi lebih matang, optimis dan sentiasa positif.

Never Give Up!!

Tough time lasts, tough people do~

10hb ni memang mencabar kredibiliti aku...11 baru habis final..last paper..
mission must be accomplished by 10..
waaa, nk jerit ada, nak lari ada, nak nanges pun ade...
but once he says..

"ika, you must get a car in these 3 month-time..which car do you want? tell me.."
and I start dreaming...couldn't imagine if i could own my car at this young age..HOW COOL IS IT?

hoollaaa~ target sudaa satu kereta..i believe it will be mine..x sabo kau kalu dapat bawak kete raye nih..

MAKE IT HAPPEN, IKA!!!!

Sunday, March 20, 2011

A Visit that change my Life






Salam to all readers and bloggers. Now, I really2 want to update my blog.
Why??? Because so many things to be told.
Last Friday~18 March 2011, I went to Arthur Yap's house in Batu Feringghi, Penang.
Who is Arthur to me??
He is one of the founding Presindential of SAB Company.
Dulu dia ni Law graduate from oversea and worked there for few years. Later, he involved in business and went bankrupt about USD -3million. Korang rasa nak down gilerr2 x kalau jd die??
Jawab dlm hati jer..But then, dia jumpe bisnes ni dan dia ambil risiko untuk buat bisnes ni. He said that, EVERY DREAM IS POSSIBLE...I like that~
more pictures~



















































So, who want to join me and achieve our dreams??

I'm sure we all have our own dreams...NO NEED TO WAIT IF THE OPPORTUNITY IS IN FRONT OF YOU...or OTHERWISE SOMEONE WILL TAKE IT AND YOU LOSE IT!!!

Monday, March 14, 2011

Pilih Jalan Hidup

Salam kengkawan..
Agak lama aku x menconteng kat sini..
Apa nak buat, dah memang nasib ko laa..kih3
Tests, kerja, ntah pape je lagi aku buat..

Training hoki pe cer?
Minggu ni mmg byk ponteng kot..dah rancang da
dari Isnin sampai Rabu..
bukan sengaja tapi..
setiap malam ada tests and kelas.

Dan aku baru tersedar..
dah nak habis sem 1..
dan aku masih terawang di dunia ciptaan aku sendiri..
wah..mula dah berpuitis plak aku ni..

OMG..I x study lagi nih...
GTG...

*sometimes we don't have to turn back because it wastes your time..
it is better for you to live your live and be thankful
of every single difficulties that comes in your life..


Saturday, March 5, 2011

Just Do It~

Salam..not have much time but I want to share this..u can read and search urself..
it is true..no cheating..And I am one of them who are in the business..

Check it out!!
Take a look...a while

~solely from my heart~

Wednesday, March 2, 2011

JOM BUAT DUIT!!!

selamat malam semua..

Tetiba hari ni banyak benda datang dlm hidup aku..

First, aku diberitahu oleh Asmaa bhwa common test Law of Contract adalah pada 11 Mac ni. Mak ai, tercungap aku di situ, nasib baik x jantung masih berdegup. Ye laa, 10 Mac tu aku ade Test 2 Transaction kot. Alamatnya, memang x ley duduk saja la start hari sampai laa test2 tu habis. Tapi, bukan takat tu je aku punya test. Ade lagi. Ni cerita lagi haru. Nak tau nape?? Sebab ade 2 tests dalam hari yang sama ~16 Mac; Islamic Legal System (waktu kelas) & Law Of Tort (malam). Memang sure aku kena start semua tu dari minggi ni...nak tak nak kena jugak.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Secondly, aku dipromote oleh Asmaa dan Afiqah pasal satu part-time job yang diorg dengar talk nye malam semalam. Actually, aku tak terlintas nak join benda tu secepat ini.

Aku saja nak jalan2 ngan diorang after diorg abis kelas petang tadi. Saje la nak pegi tengok booth2 Ummatic Week kat CAC tu. Sempat la amek dua tiga keping gambar. Then, diorang cakap ade meeting ngan org yang bg talk semalam. Aku on je laa, saja nak dengar bukan ape pun. Dengar punya dengar, aku tertarik dan tergoda..haha.



Sebenarnya, aku nak citer sket arr..Aku ade terpikir nak berbisnes ni sejak aku dok melangut kat umah mase cuti sem 3 bulan hari tu. Masa tu aku x dapat nak kerja. Tapi aku dok risau camne nak tambah income aku ni. Savings pun makin lama bukan makin banyak. Duit gaji aku kerja lepas SPM tu pun dah habis aku wat belanja masa CFS and another things laa. Aku foresee yang kalau duit ni x bertambah, maka bankrap la aku. Memang laa aku ada parents tapi takat mana diorang boleh tanggung aku. Kos hidup kat uni ni je sah2 melebihi pendapatan bapak aku. Adik aku pun still sekolah ag. Next year dia pun nak masuk uni ke kolej ke matrik ke..sume nak guna duit. Aku anak sulung. Takkan aku nak duduk diam saja kan. Aku pun ade impian dan benda yang aku nak beli ngan duit sendiri. Tak perlu mintak parents. Independent dan boleh support family. Niat nak kerja mase cuti sem memang ade dlm plan list aku. But then, it goes back to the opportunity and luck. Bisnes ataupun berniaga adalah jalan keluar yg aku nampak bagus dan boleh jamin masa depan. Semua bergantung pada diri kau sandiri. Aku ade laa baca pasal bisnes yg ND Lala buat tu and ade gak dengar pasal Jutawan MLM. Aku teringin nak jadi macam diorang. Bukan nak terlalu kaya, TAPI BERDUIT..SENANG.



Aku ade plan nak start buat bisnes mase study ni because once aku dah grad nnt at least aku ade financial back-up bila mana aku masih unemployed. Aku yakin sume orang ade cita2. Nak itu nak ini. ada orang nak bukan kedai, restoran ke butik ke studio or firm. Nak buat semua tu guna duit tau. MULA dari sekarang. Sikit2 lama2 jadi bukit, betul tak??



SO, sesiapa yang berminat nak join part-time bisnes ni boleh laa datang ke TALK pada:



Hari~ Khamis

Masa~8 p.m

Tempat~Multi-purpose Hall, CAC, IIUM



Ok, nak ke talk tu kena ade tiket harga RM 10 je. Boleh dapat kat aku. Ni number aku: 0197993149...jangan salah faham ttg RM 10 tu. Duit tu buakn untuk bayar speaker tapi untuk renting cost sahaja.

Lastly, just a reminder:
rezeki takkan datang begitu saja tanpa usaha.
Rasulullah SAW sendiri pernah berkata bahawa 9/10 pintu rezeki itu ialah berniaga.

Sunday, February 27, 2011

Best~> Ustaz Coklat



Aku suka cerita ni sebab lawak gilerr...
coklat sedaaappp~
Lagu tema drama ni mmg umphh laa
dan 3 jejaka ni mmg poyo habis...haha
korang tengok sendiri laa..kat Astro Oasis

Saturday, February 26, 2011

One of MY WISH


Ahad, 28 Februari 2011.
Lokasi: Seksyen 17, Shah Alam.
Mood: berangan

My wishes are a lot.
But this is one of them.

I WANT TO WATCH THEATER AT ISTANA BUDAYA...

haha..bagi korang ni mungkin wish yang sangat senang untuk ditunaikan..
tapi not for me..
why??
consider my free time, my other commitment, nak pegi ngan sape...
maybe belum ade rezeki lagi kot...
nak tunggu orang ajak saya pergi kot...
ke nak tunggu betul2 free and available..masa yang sesuai ~> tapi bile eh? NO answer..

Aku nak sangat tengok teater.
Sebab nak tau dan rasa sendiri kelainannya..
live performance oleh para pelakon yang very talented.
Now showing kat IB tu teater yg rasenye mmg nak sangat gi tengok..
tau tak ape??
tak tau?

TERIMA KASIH CINTA

Aku tertarik sebab..ntah...tetiba ter'jiwang' kot...
sebab teater ni teater muzikal..
tu laa yang best kot..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni cerita lain pulak..
aku baru hari ni dapat duduk depan tv sesantai mungkin tanpa pikir kerja yang berlambak..
hari aku baru dapat keluar dari kepompong kampus..hahaha
setelah sekian lama bertapa..
kali terakhir balik umah masa Chinese New Year..

Ok, aku baru je lepas tengok trailer movie Hikayat Merong Mahawangsa.
Bagi sesape yang minat bab2 sejarah melayu dan sejarah dunia ke..elok laa tengok cerita ni.
It is also good for young generation to watch this because it will help you to know and understand about life.
Nak tengok gambar , sila klik sini...

Aku tak tau sangat cerita ni tapi aku dah try baca kat sini.
Filem ni buah tangan dari KRU STUDIO.
Memang wa caya sama lu laa bro..
Yang best dalam filem ni ade pelakon luar negara...kos jangan cakap laa berapa banyak..
Yang penting pasaran antarabangsa menjadi target utama...ye laa sebab guna 70% bahasa omputih dan 30% bahasa Melayu.
Aku bangga dengan usaha tiga beradik tu yang bersemangat tinggi nak naikkan martabat perfileman Malaysia ke persada dunia.

Tak banyak masa..ade hal..gtg

Friday, February 25, 2011

Kenali peribadi sebenar anda...


Salam to all readers, bloggers and followers.
Kali ni aku nak cerita pasal tajuk yang di atas tu...
Nak jadi cerita, aku baru lepas dengar rakaman ceramah Dr. Fadhilah Kamsah.
lepas aku balik dari kelas hari ni. Mulanya nak tengok movie tapi tertarik dan terbuka hati nak dengar ceramah pasal benda ni. Aku on je laa.
Ok, peribadi manusia dapat dikenali melalui bentuk tubuh, tulisan, warna kegemaran, bulan kelahiran, turutan dalam keluarga dan sebagainya. Aku rasa agak banyak kalau nak cerita karektor untuk semua kategori tu..dan aku x lah ingat semua tu kecuali yang aku rasa berkaitan dengan diri aku.
Maka di sini, aku ingin kongsi rahsia peribadi aku yang baru aku kenali dan ketahui.
Dahi luas: banyak berfikir
Dahi sempit: pintar tapi tak banyak berfikir.
Mata bulat: pengasih, penyayang, pandai mempamerkan kasih sayang terhadap orang lain.
Mata sepet: tak pandai mempamerkan kasih sayang
Kening tebal: pengasih, penyayang, passionate tapi cemburu sikit
Telinga keras: degil
Bibir tebal: pengasih
Bibir nipis: laser
*actualy, tu bukan semua ciri2 fizikal aku tau..just nak share ngan you all..kot laa ade yang terkena batang hidung sendiri..

Next, bentuk tubuh.
Sederhana, chubby: suka tidur-nyenyak, x fikir panjang, sensitif, stamina sederhana
pantas, pintar, kritikal, pandai berdebat, suka beri pandangan, cepat kecil hati, tak sabar dan
agresif.

Tarikh lahir, bulan kelahiran.
Jenis A-> kelam kabut, nak cepat, tak sabar, cari kesempurnaan, sentiasa mencari kehebatan
bulan 2,4,6,8,9,11,12
Jenis B-> cool, tenang, bertolak ansur, realx,lebih kurang, mudah berbincang
bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12
Jenis E-> sangat emo, mudah letih, marah dan hiba.
bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9
boleh juga singgah sini untuk info lebih lanjut....

Tulisan
Condong ke kiri~introvert, suka simpan rahsia, pemalu, x suka berubah, setia
Tegak~sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan dan ambil jalan tengah.
bulat2~ emosional, peka, kreatif, penyayang, prihatin, dominan otak kanan.
Tulisan rapat2~ suka bergaul, dependent, jimat/kedekut.
pautan di sini...

Warna kegemaran
Hijau : tenang, suka alam, pemurah, pengasih, kreatif, mudah diambil kesempatan
Hitam: sangat serius, komited, formal, iltizam tinggi, keras hati , kurang peka, tak pandai bergurau
Putih: optimistik, sabar, suka damai, ikhlas, x suka gaduh, kurang kreatif, membosankan.
Merah jambu: penyayang, sungguh2, syahwat tinggi, ekstrem
Oren: suka bebas, aktif, kreatif,kelam kabut, ramai kawan, semangat tinggi.
Kuning: ceria, tahan lasak, suka berkawan, enjoy.
Biru: sensitif, beretika, suka tolong orang, romantik, mudah berkorban
Perak dan emas: suka kejayaan

Turutan dalam keluarga
Sulung: cakap serupa bikin, cemerlang, kuat, bijak, asertif, dominan, pemimpin, pandai memujuk, pandai menggerakkan orang lain, yakin, inovatif, berdikari, manja sikit, patuh, konservatif, kritikal, mudah perasan.
Kerjaya yang sesuai: orang politik, CEO, doktor, lawyer, arkitek, akauntan.
Dan yang menariknya, kebanyakan pasangan suami isteri memiliki personaliti yang berbeza supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.

Itulah antara yang dapat aku kongsikan. Nak cerita semua x cukup masa pulak dan lagi best kalau dapat dengar sendiri. Apa yang dapat aku rumuskan, kita perlu mengkaji dan mengetahui peribadi kita yang sebenar supaya kita dapat memperbaiki segala kekurangan dan meningkatkan segala kebaikan yang telah sedia ada. Mungkin kita tidak pernah tahu akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Justeru, inilah peluang untuk taaruf kembali siapa diri anda yang sebenar.
Setakat ini saja. Ada masa ketemu lagi.


Thursday, February 24, 2011

Sashi Rekha patut dicontohi...


Siapa Sashi Rekha a/p Retnasamy?
Dia classmate aku dari form4 sampai form 5 kat Sains Johor dulu.
Dia sorang je non-muslim dalam batch aku.
Dia antara bebudak yang bottom 5 dalam kelas every exam or trial...mostly if not mistaken..
Dia pakai kacamata.
Dia lebih besar dari aku..
Dulu pernah join hoki since form 1 tapi stop masa awal form 3..
sebab dia rasa tak tahan training and nak fokus study.

Itu dulu..cerita 2/3 tahun yang lepas..

Sekarang...
Aku dengar dia dapat jadi Best Student STPM10...of Johore or Malaysia I'm not sure...
Tapi yang pasti kejayaan dia menarik perhatian hampir semua ahli Experimenters seantero dunia.
Rata-rata berbangga dengan hasil yang dituainya selama ni.
Nyata, terang lagi bersuluh...
usaha tanpa mengenal erti penat dan jemu membuahkan hasil yang lumayan.
Aku bangga dengan dia sebab tidak mudah putus asa..and keep on trying..that's the spirit.
Rite now, aku yang malu dengan diri sendiri..

Betul lah kata Tun. Dr. Mahathir;
'Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai'
Konkluusinya, aku perlu peka dengan duduk perkara yang sebenar..
aku kena buat satu lonjakan saujana untuk berubah..
Dr.Fadhilah Kamsah kata anjakan paradigma...

p/s: mlm ni ade frenly match ngan ATM..cam mggu lepas..dan kerja aku x siap lg dr td..aku pikir..masih lg draft jwpn...esok kena present..nmpk gayanya malam ni stay-up lagi..SABAR ITU IMAN

Wednesday, February 23, 2011

sure damn!!!



i am moody rite now..
after finishing my BM presentation..
sad and really disappointed about it..
maybe i should say this to myself:
'serve you right! for not taking serious and be well-prepared before the time's coming..'
and memang lepas tu aku cam regret gilerr sbb aku tau aku boleh buat better than that.
lately, sume bende serba kelam kabut dalam hidup aku..aku rasa macam banyak yang kena fix kan balik..adjust this and that...and correct myself for sure...

on the way back to mahallah, i talked to nana..i want to spill what i feel that time..and i need someone that can help me, motivate me!!! remembering asmaa and text her but cannot meet her a.s.a.p~ and the tears is rolling down my eyes...Ya Allah, give me your GUIDANCE~

dan sampai je bilik....dok cari stick hoki and ball..dribble it, push it just to ease myself...but still that cramp masih terasa..Oh Tuhan, ujian ini sangat menduga diriku...sakit itu memang menyeksakan batinku...nak lari laju tak bole lagi...malam ni punya friendly game tak tau laa..aku pergi je seperti yg diarahkan..kalau main pun maybe x dpt lame kot..tengoklah camne nnt..




dalam bilik still crying bout that...and then muhasabah diri...kenapa aku jadi camni? aku ada masalah bab2 present ni, so aku kena cari solution to overcome this...and i decide not to feel down anymore, enough is enough...life must be go on..it is not the end anyway..after this, ada lagi group task which need to be settled. Aku percaya, apa yang buruk terjadi dalam hidup aku mesti puncanya dari kesilapan aku sendiri..mungkin ada dosa yang aku tak perasan...and i have to fix that..



dan mungkin aku lupa SIAPA AKU, SIAPA DIA
kekadang memang kita sibuk pikir hal dunia dan terlepas pandang benda ni...insan memang bersifat pelupa...harus sentiasa diberikan peringatan..mungkin kerana aku sudah jauh dengan-NYA maka dia mahu aku INGAT pada-NYA...ZIKRULLAH...

aku akui, aku belum cukup matang
belum cukup baik
baik dari segi agama
aku mudah leka dan lalai...
justeru sahabat2ku...pimpinlah aku ke jalan-NYA...
bimbinglah aku untuk terus berada dalam rahmat dan kasih sayang-NYA..



tulisan insan yang celaru,

Monday, February 14, 2011

THE GREATEST BIRTHDAY



Assalamualaikum
SALAM MAULIDUR RASUL buat semua..
Hari mengingati kekasih ALLAH SWT..
INGATLAH DAN AMALKANLAH SUNNAHNYA...
~sekadar sebuah pesanan ringkas, bukan sms~

Thursday, February 10, 2011

NOVEL , KARAOKE DAN AKU

Saat ini jam sudah pun menunjukkan 10 minit berlalu jika benar aku Cinderella yang tercicir kasut tumit tingginya. Ter'jiwang' sudah bila mana di kala ini aku cuma mendengar alunan irama lagu zaman 90-an...nostalgia yang begitu lekat dihati meskipun aku masih budak hingusan tika itu.

Lefthanded, Bumiputra Rockers, Hattan, Damasutra, Kristal, Flybaits, Fotograf.....

Dan secara tak semena-mena aku terasa nak sangat berkaraoke. Untuk hiburan? Ya, kerana aku suka musik dan aku punya jiwa seni...sekadar pendapat tentang empunya diri. Dan rasa nak luangkan masa berkaraoke bersama sepupu aku yang kini berada di UUM, Sintok. Terimbau kenangan lalu, kami berkaraoke di OLE-OLE, Sek. 18 Shah Alam pada off-day. Siap nyanyi lagu Dari Sinar Mata-BPR...jeritlah sesuka hati tak de orang nak marah...hahahaha

Damya Hanna, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Hlovate dan Ramlee Awang Murshid....

Mereka adalah antara novelis kegemaran aku. Yang terbaru aku sedang mengkhatamkan novel aA+bB~Hlovate. Sangat menarik dan kelakar habis gaya bahasa novel ni. Agak santai, no pressure yet sometime there's tears...normal laa bila kita dah menjiwai watak tu kan?? :P

Renungan Terakhir, Naluri, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Di Alam Fana Cinta, Tiara, Delaila, Cinta Antara Benua, Tak Mengapa, Debunga Wangi....

Itulah antara lagu-lagu yang tak sezaman dengan era muda hari ni. Mungkin orang rasa aku ni agak pelik sebab layan lagu-lagu lama ni. Aku tak kisah. Aku suka. Aku tahu nilainya. Yang pasti iramanya tak sebingit lagu zaman sekarang ni.

itu saja bingkisan kali ini. dah larut malam ni. nak beradu di kamar. mengharap mimpi yang indah bakal dilalui nanti. Ohh, ada urusan wajib dengan-Nya yang perlu dilaksanakan sebelum itu.

pen-off

Tuesday, February 8, 2011

Tolong Ingatkan aku....

Hari ni aku dah buat TEST 1 MLS jam 9 pagi. Aku entah kenapa memang x dapat full study all the cases and notes. Malam tadi ngantuk sangat sampai tertido pukul 11.45 dan aku buat alarm pukul 12.30 tp macam x hengat laa ade off ke x alarm tu...sigh~
Sedar2 dah pukul 6 pagi dan belum azan lagi. Sambung la bace pasal Delegated Legislation sebab takut ditanya tapi nyesal x bace...tu pun mate nak kasi katup...adeyyy~ Dah tu aku mandi lepas terjaga dr tertido tatkala membaca slps solat subuh...10 minit ag pukul 8. Perut sudah lapar sbb mlm td x dinner.
Nak jugak breakfast pg tu dengan niat duduk smbung bace. Dari mlm td da terniat nk bace case Shaikh Abd Latiff tp terlupe nak bukakk....HAH!! amek kau, keluar dalam exam...Re Maria Huberdina Hertogh pun camtu gak...
Seyes aku tak tau nak jawab pe untuk 'legal fiction' sbb aku x paham laa soklan tu. Lagi satu 'salient principle' dalam case Pahang Consolidated.
Aku kena fokus lebih pas ni...yg pasti test ni mmg han cuuss!!!
:(

Monday, February 7, 2011

Langkawi~> Holiday terBAEKK!!!

Mak aii..ingat balik time nak mula terbang tu muka memang excited gilerr...
Aku kat belakang sebab nnt bile nak landing aku kena tarik sebelah tali tu..bak kata abang Melayu yang dah bertukar jd India tu, " kak long lah tarik, muka cam ganas je.. " haha, first time orang cakap camtu..betul ke muka ganas???



tunggu masa nak terbang ni...huhu..gilerr x sabo kot..x dpt nak imagine bile dah ade kat atas tu..nampak ape agaknya ek??



wahh, terbaikk arr cameraman ni..dapat aku jdkan ini sebagai satu kenangan indah tatkala usia menginjak 20 tahun...mahal ni nak dapat...lepas ni x tau laa bile lagi bole naik benda ni...
PARASAILING~

Monday, January 31, 2011

Bengang laa...



Aku dah bengang...sejak tercetusnya isu tu, semua yang aku buat seolah-olah saya pada pandangan dia. Apa dia ingat dia tu THE BEST EXAMPLE EVER ke untuk dicontohi??? Come on laa, xkan semua benda kena ikut acuan yang lama, mentaliti yang lama??? Aku cuma mengutarakan pandangan, idea dan tafsiran minda orang muda. Aku percaya aku bukanlah lemah dari segi pertimbangan sehinggakan gagal menilai sesuatu yang baik dan buruk. Aku percaya aku punya perspektif pemikiran aku yang tersendiri. Let me develop myself!!! For me, it is okay to make mistake now than later...aku pegang pada satu prinsip bahawa pengalaman itu merupakan guru kehidupan yang terbaik.

Aku bukan nak kata pemikiran generasi seangkatan bapak aku tu salah untuk diguna pakai atau diaplikasikan sekarang NAMUN, zaman sudah berubah. Pemikiran , hala tuju dan tindak-tanduk perlulah seiring mengikut peredaran masa. Takkan orang dah guna bullet train kita masih guna kereta api arang kan? Itu analoginya. Aku akui juga ada benarnya 'mereka' lebih dulu makan garam. Memang tidak dinafikan. Tetapi apakah mereka mampu membayangkan atau meramalkan sesuatu yag bakal berlaku pada masa depan berdasarkan pengalaman zaman kegemilangan mereka?

Takkan pula aku hanya diam mendengar tidak menyagkal sesuatu yang pada hematku kurang tepat dan sesuai untuk generasi ku? Aku tak nak menjadi pak turut atau mentadak mentadu. Aku hormat pandangan dia dan dia juga harus hormat pandangan aku. Kata dah makan garam, tapi belum boleh tunjukkan cara menegur atau bagi ceramah dengan gaya yang lebih praktikal?? Aku masih boleh bertahan dan bersabar bila mana aku di smash mereka. Tapi JANGANLAH sampai aku fed-up dan jadi kurang ajar. Sape nak jadi macam tu kan? Ni kira bagus lagi aku membahaskan isu tu secara profesional dan rasional. Aku bercakap menggunakan kaca mata dari sudut pandangan aku. Setiap orang punya gaya pemikiran yang tersendiri baik yang bernas mahupun sekadar on the surface saja. Kalau salah cakaplah salah dengan cara yang betul. Ini tidak nak juga menangkan hujah-hujah lapok dia tu. Itu ego namanya. Kalau dia tu cuma sebaya seusia aku dan tiada pertalian darah memang dah lama aku bantai habis-habisan. Alhamdulillah, masih ada rasa hormat terhadapnya dan aku faham generasi berusia ni sensitif dan nak tak nak aku yang muda ni lah kena mengawal darah muda.


macam ni laa muka tak puas hati aku...memang berkerut masam tahap dewa laa ngadap lappy meluahkan rasa hati ni...

Itulah impak berkomunikasi. Kalau silap cara dan gayanya, boleh memakan diri sendiri. Kalau bijak boleh menjulang nama dan maruah diri. Apapun, memang betul kata cikgu BM; gaya bahasa, gaya tubuh dan sebagainya yang kurang tepat boleh menjadikan seseorang itu tersalah tafsir maksud sebenar mesej yang mahu disampaikan. Mungkin aku tersilap gaya bahasa bila berbicara. ~Muhasabah diri~

Wednesday, January 26, 2011

aku dia dan kamu :)

nak jugak tunjuk gelang tu...nice arr..mmg best photographer saya nih..caya laa~

I love this pic..thanks Dayah...


suka betol laa nyorok2 nih..dah cam Hindustan daa:P


tengah dok memikir hal negara gamaknya...haha..candid baik punya~credit to Cik DAyah


tengah reply msg kwn..x ley blah Incik Rafiq di situ..


ni drama je...nak juga nyorok2 kat pokok..


ini gambar x sengaja tercapture...but nice arr..candid habis...


jauhnye menung?? teringat sape tu?? ehemmm2~


ini kerja Cik Dayah...ntah ape2 je reaksi muke time tu..berpeluh bagai..saya dah sunburn laa..sdey tau~


Cik Dayah x mau di snap gmbarnye...tp saya sgt lah excited..



ayuni dan saya...jumpa kat stadium kejjaapp je...rindu gilerr~


ini Rafiq dan kawan2nya..


Actually, ni sume gambar waktu SMAC CFS buat kat Stadium UIA ni...untuk event balapan dan badminton. Hope that I will own that DSLR too a.s.a.p and polish my passion...:D