Sunday, February 27, 2011

Best~> Ustaz Coklat



Aku suka cerita ni sebab lawak gilerr...
coklat sedaaappp~
Lagu tema drama ni mmg umphh laa
dan 3 jejaka ni mmg poyo habis...haha
korang tengok sendiri laa..kat Astro Oasis

Saturday, February 26, 2011

One of MY WISH


Ahad, 28 Februari 2011.
Lokasi: Seksyen 17, Shah Alam.
Mood: berangan

My wishes are a lot.
But this is one of them.

I WANT TO WATCH THEATER AT ISTANA BUDAYA...

haha..bagi korang ni mungkin wish yang sangat senang untuk ditunaikan..
tapi not for me..
why??
consider my free time, my other commitment, nak pegi ngan sape...
maybe belum ade rezeki lagi kot...
nak tunggu orang ajak saya pergi kot...
ke nak tunggu betul2 free and available..masa yang sesuai ~> tapi bile eh? NO answer..

Aku nak sangat tengok teater.
Sebab nak tau dan rasa sendiri kelainannya..
live performance oleh para pelakon yang very talented.
Now showing kat IB tu teater yg rasenye mmg nak sangat gi tengok..
tau tak ape??
tak tau?

TERIMA KASIH CINTA

Aku tertarik sebab..ntah...tetiba ter'jiwang' kot...
sebab teater ni teater muzikal..
tu laa yang best kot..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni cerita lain pulak..
aku baru hari ni dapat duduk depan tv sesantai mungkin tanpa pikir kerja yang berlambak..
hari aku baru dapat keluar dari kepompong kampus..hahaha
setelah sekian lama bertapa..
kali terakhir balik umah masa Chinese New Year..

Ok, aku baru je lepas tengok trailer movie Hikayat Merong Mahawangsa.
Bagi sesape yang minat bab2 sejarah melayu dan sejarah dunia ke..elok laa tengok cerita ni.
It is also good for young generation to watch this because it will help you to know and understand about life.
Nak tengok gambar , sila klik sini...

Aku tak tau sangat cerita ni tapi aku dah try baca kat sini.
Filem ni buah tangan dari KRU STUDIO.
Memang wa caya sama lu laa bro..
Yang best dalam filem ni ade pelakon luar negara...kos jangan cakap laa berapa banyak..
Yang penting pasaran antarabangsa menjadi target utama...ye laa sebab guna 70% bahasa omputih dan 30% bahasa Melayu.
Aku bangga dengan usaha tiga beradik tu yang bersemangat tinggi nak naikkan martabat perfileman Malaysia ke persada dunia.

Tak banyak masa..ade hal..gtg

Friday, February 25, 2011

Kenali peribadi sebenar anda...


Salam to all readers, bloggers and followers.
Kali ni aku nak cerita pasal tajuk yang di atas tu...
Nak jadi cerita, aku baru lepas dengar rakaman ceramah Dr. Fadhilah Kamsah.
lepas aku balik dari kelas hari ni. Mulanya nak tengok movie tapi tertarik dan terbuka hati nak dengar ceramah pasal benda ni. Aku on je laa.
Ok, peribadi manusia dapat dikenali melalui bentuk tubuh, tulisan, warna kegemaran, bulan kelahiran, turutan dalam keluarga dan sebagainya. Aku rasa agak banyak kalau nak cerita karektor untuk semua kategori tu..dan aku x lah ingat semua tu kecuali yang aku rasa berkaitan dengan diri aku.
Maka di sini, aku ingin kongsi rahsia peribadi aku yang baru aku kenali dan ketahui.
Dahi luas: banyak berfikir
Dahi sempit: pintar tapi tak banyak berfikir.
Mata bulat: pengasih, penyayang, pandai mempamerkan kasih sayang terhadap orang lain.
Mata sepet: tak pandai mempamerkan kasih sayang
Kening tebal: pengasih, penyayang, passionate tapi cemburu sikit
Telinga keras: degil
Bibir tebal: pengasih
Bibir nipis: laser
*actualy, tu bukan semua ciri2 fizikal aku tau..just nak share ngan you all..kot laa ade yang terkena batang hidung sendiri..

Next, bentuk tubuh.
Sederhana, chubby: suka tidur-nyenyak, x fikir panjang, sensitif, stamina sederhana
pantas, pintar, kritikal, pandai berdebat, suka beri pandangan, cepat kecil hati, tak sabar dan
agresif.

Tarikh lahir, bulan kelahiran.
Jenis A-> kelam kabut, nak cepat, tak sabar, cari kesempurnaan, sentiasa mencari kehebatan
bulan 2,4,6,8,9,11,12
Jenis B-> cool, tenang, bertolak ansur, realx,lebih kurang, mudah berbincang
bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12
Jenis E-> sangat emo, mudah letih, marah dan hiba.
bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9
boleh juga singgah sini untuk info lebih lanjut....

Tulisan
Condong ke kiri~introvert, suka simpan rahsia, pemalu, x suka berubah, setia
Tegak~sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan dan ambil jalan tengah.
bulat2~ emosional, peka, kreatif, penyayang, prihatin, dominan otak kanan.
Tulisan rapat2~ suka bergaul, dependent, jimat/kedekut.
pautan di sini...

Warna kegemaran
Hijau : tenang, suka alam, pemurah, pengasih, kreatif, mudah diambil kesempatan
Hitam: sangat serius, komited, formal, iltizam tinggi, keras hati , kurang peka, tak pandai bergurau
Putih: optimistik, sabar, suka damai, ikhlas, x suka gaduh, kurang kreatif, membosankan.
Merah jambu: penyayang, sungguh2, syahwat tinggi, ekstrem
Oren: suka bebas, aktif, kreatif,kelam kabut, ramai kawan, semangat tinggi.
Kuning: ceria, tahan lasak, suka berkawan, enjoy.
Biru: sensitif, beretika, suka tolong orang, romantik, mudah berkorban
Perak dan emas: suka kejayaan

Turutan dalam keluarga
Sulung: cakap serupa bikin, cemerlang, kuat, bijak, asertif, dominan, pemimpin, pandai memujuk, pandai menggerakkan orang lain, yakin, inovatif, berdikari, manja sikit, patuh, konservatif, kritikal, mudah perasan.
Kerjaya yang sesuai: orang politik, CEO, doktor, lawyer, arkitek, akauntan.
Dan yang menariknya, kebanyakan pasangan suami isteri memiliki personaliti yang berbeza supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.

Itulah antara yang dapat aku kongsikan. Nak cerita semua x cukup masa pulak dan lagi best kalau dapat dengar sendiri. Apa yang dapat aku rumuskan, kita perlu mengkaji dan mengetahui peribadi kita yang sebenar supaya kita dapat memperbaiki segala kekurangan dan meningkatkan segala kebaikan yang telah sedia ada. Mungkin kita tidak pernah tahu akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Justeru, inilah peluang untuk taaruf kembali siapa diri anda yang sebenar.
Setakat ini saja. Ada masa ketemu lagi.


Thursday, February 24, 2011

Sashi Rekha patut dicontohi...


Siapa Sashi Rekha a/p Retnasamy?
Dia classmate aku dari form4 sampai form 5 kat Sains Johor dulu.
Dia sorang je non-muslim dalam batch aku.
Dia antara bebudak yang bottom 5 dalam kelas every exam or trial...mostly if not mistaken..
Dia pakai kacamata.
Dia lebih besar dari aku..
Dulu pernah join hoki since form 1 tapi stop masa awal form 3..
sebab dia rasa tak tahan training and nak fokus study.

Itu dulu..cerita 2/3 tahun yang lepas..

Sekarang...
Aku dengar dia dapat jadi Best Student STPM10...of Johore or Malaysia I'm not sure...
Tapi yang pasti kejayaan dia menarik perhatian hampir semua ahli Experimenters seantero dunia.
Rata-rata berbangga dengan hasil yang dituainya selama ni.
Nyata, terang lagi bersuluh...
usaha tanpa mengenal erti penat dan jemu membuahkan hasil yang lumayan.
Aku bangga dengan dia sebab tidak mudah putus asa..and keep on trying..that's the spirit.
Rite now, aku yang malu dengan diri sendiri..

Betul lah kata Tun. Dr. Mahathir;
'Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai'
Konkluusinya, aku perlu peka dengan duduk perkara yang sebenar..
aku kena buat satu lonjakan saujana untuk berubah..
Dr.Fadhilah Kamsah kata anjakan paradigma...

p/s: mlm ni ade frenly match ngan ATM..cam mggu lepas..dan kerja aku x siap lg dr td..aku pikir..masih lg draft jwpn...esok kena present..nmpk gayanya malam ni stay-up lagi..SABAR ITU IMAN

Wednesday, February 23, 2011

sure damn!!!



i am moody rite now..
after finishing my BM presentation..
sad and really disappointed about it..
maybe i should say this to myself:
'serve you right! for not taking serious and be well-prepared before the time's coming..'
and memang lepas tu aku cam regret gilerr sbb aku tau aku boleh buat better than that.
lately, sume bende serba kelam kabut dalam hidup aku..aku rasa macam banyak yang kena fix kan balik..adjust this and that...and correct myself for sure...

on the way back to mahallah, i talked to nana..i want to spill what i feel that time..and i need someone that can help me, motivate me!!! remembering asmaa and text her but cannot meet her a.s.a.p~ and the tears is rolling down my eyes...Ya Allah, give me your GUIDANCE~

dan sampai je bilik....dok cari stick hoki and ball..dribble it, push it just to ease myself...but still that cramp masih terasa..Oh Tuhan, ujian ini sangat menduga diriku...sakit itu memang menyeksakan batinku...nak lari laju tak bole lagi...malam ni punya friendly game tak tau laa..aku pergi je seperti yg diarahkan..kalau main pun maybe x dpt lame kot..tengoklah camne nnt..




dalam bilik still crying bout that...and then muhasabah diri...kenapa aku jadi camni? aku ada masalah bab2 present ni, so aku kena cari solution to overcome this...and i decide not to feel down anymore, enough is enough...life must be go on..it is not the end anyway..after this, ada lagi group task which need to be settled. Aku percaya, apa yang buruk terjadi dalam hidup aku mesti puncanya dari kesilapan aku sendiri..mungkin ada dosa yang aku tak perasan...and i have to fix that..



dan mungkin aku lupa SIAPA AKU, SIAPA DIA
kekadang memang kita sibuk pikir hal dunia dan terlepas pandang benda ni...insan memang bersifat pelupa...harus sentiasa diberikan peringatan..mungkin kerana aku sudah jauh dengan-NYA maka dia mahu aku INGAT pada-NYA...ZIKRULLAH...

aku akui, aku belum cukup matang
belum cukup baik
baik dari segi agama
aku mudah leka dan lalai...
justeru sahabat2ku...pimpinlah aku ke jalan-NYA...
bimbinglah aku untuk terus berada dalam rahmat dan kasih sayang-NYA..



tulisan insan yang celaru,

Monday, February 14, 2011

THE GREATEST BIRTHDAY



Assalamualaikum
SALAM MAULIDUR RASUL buat semua..
Hari mengingati kekasih ALLAH SWT..
INGATLAH DAN AMALKANLAH SUNNAHNYA...
~sekadar sebuah pesanan ringkas, bukan sms~

Thursday, February 10, 2011

NOVEL , KARAOKE DAN AKU

Saat ini jam sudah pun menunjukkan 10 minit berlalu jika benar aku Cinderella yang tercicir kasut tumit tingginya. Ter'jiwang' sudah bila mana di kala ini aku cuma mendengar alunan irama lagu zaman 90-an...nostalgia yang begitu lekat dihati meskipun aku masih budak hingusan tika itu.

Lefthanded, Bumiputra Rockers, Hattan, Damasutra, Kristal, Flybaits, Fotograf.....

Dan secara tak semena-mena aku terasa nak sangat berkaraoke. Untuk hiburan? Ya, kerana aku suka musik dan aku punya jiwa seni...sekadar pendapat tentang empunya diri. Dan rasa nak luangkan masa berkaraoke bersama sepupu aku yang kini berada di UUM, Sintok. Terimbau kenangan lalu, kami berkaraoke di OLE-OLE, Sek. 18 Shah Alam pada off-day. Siap nyanyi lagu Dari Sinar Mata-BPR...jeritlah sesuka hati tak de orang nak marah...hahahaha

Damya Hanna, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Hlovate dan Ramlee Awang Murshid....

Mereka adalah antara novelis kegemaran aku. Yang terbaru aku sedang mengkhatamkan novel aA+bB~Hlovate. Sangat menarik dan kelakar habis gaya bahasa novel ni. Agak santai, no pressure yet sometime there's tears...normal laa bila kita dah menjiwai watak tu kan?? :P

Renungan Terakhir, Naluri, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Di Alam Fana Cinta, Tiara, Delaila, Cinta Antara Benua, Tak Mengapa, Debunga Wangi....

Itulah antara lagu-lagu yang tak sezaman dengan era muda hari ni. Mungkin orang rasa aku ni agak pelik sebab layan lagu-lagu lama ni. Aku tak kisah. Aku suka. Aku tahu nilainya. Yang pasti iramanya tak sebingit lagu zaman sekarang ni.

itu saja bingkisan kali ini. dah larut malam ni. nak beradu di kamar. mengharap mimpi yang indah bakal dilalui nanti. Ohh, ada urusan wajib dengan-Nya yang perlu dilaksanakan sebelum itu.

pen-off

Tuesday, February 8, 2011

Tolong Ingatkan aku....

Hari ni aku dah buat TEST 1 MLS jam 9 pagi. Aku entah kenapa memang x dapat full study all the cases and notes. Malam tadi ngantuk sangat sampai tertido pukul 11.45 dan aku buat alarm pukul 12.30 tp macam x hengat laa ade off ke x alarm tu...sigh~
Sedar2 dah pukul 6 pagi dan belum azan lagi. Sambung la bace pasal Delegated Legislation sebab takut ditanya tapi nyesal x bace...tu pun mate nak kasi katup...adeyyy~ Dah tu aku mandi lepas terjaga dr tertido tatkala membaca slps solat subuh...10 minit ag pukul 8. Perut sudah lapar sbb mlm td x dinner.
Nak jugak breakfast pg tu dengan niat duduk smbung bace. Dari mlm td da terniat nk bace case Shaikh Abd Latiff tp terlupe nak bukakk....HAH!! amek kau, keluar dalam exam...Re Maria Huberdina Hertogh pun camtu gak...
Seyes aku tak tau nak jawab pe untuk 'legal fiction' sbb aku x paham laa soklan tu. Lagi satu 'salient principle' dalam case Pahang Consolidated.
Aku kena fokus lebih pas ni...yg pasti test ni mmg han cuuss!!!
:(

Monday, February 7, 2011

Langkawi~> Holiday terBAEKK!!!

Mak aii..ingat balik time nak mula terbang tu muka memang excited gilerr...
Aku kat belakang sebab nnt bile nak landing aku kena tarik sebelah tali tu..bak kata abang Melayu yang dah bertukar jd India tu, " kak long lah tarik, muka cam ganas je.. " haha, first time orang cakap camtu..betul ke muka ganas???



tunggu masa nak terbang ni...huhu..gilerr x sabo kot..x dpt nak imagine bile dah ade kat atas tu..nampak ape agaknya ek??



wahh, terbaikk arr cameraman ni..dapat aku jdkan ini sebagai satu kenangan indah tatkala usia menginjak 20 tahun...mahal ni nak dapat...lepas ni x tau laa bile lagi bole naik benda ni...
PARASAILING~

Monday, January 31, 2011

Bengang laa...



Aku dah bengang...sejak tercetusnya isu tu, semua yang aku buat seolah-olah saya pada pandangan dia. Apa dia ingat dia tu THE BEST EXAMPLE EVER ke untuk dicontohi??? Come on laa, xkan semua benda kena ikut acuan yang lama, mentaliti yang lama??? Aku cuma mengutarakan pandangan, idea dan tafsiran minda orang muda. Aku percaya aku bukanlah lemah dari segi pertimbangan sehinggakan gagal menilai sesuatu yang baik dan buruk. Aku percaya aku punya perspektif pemikiran aku yang tersendiri. Let me develop myself!!! For me, it is okay to make mistake now than later...aku pegang pada satu prinsip bahawa pengalaman itu merupakan guru kehidupan yang terbaik.

Aku bukan nak kata pemikiran generasi seangkatan bapak aku tu salah untuk diguna pakai atau diaplikasikan sekarang NAMUN, zaman sudah berubah. Pemikiran , hala tuju dan tindak-tanduk perlulah seiring mengikut peredaran masa. Takkan orang dah guna bullet train kita masih guna kereta api arang kan? Itu analoginya. Aku akui juga ada benarnya 'mereka' lebih dulu makan garam. Memang tidak dinafikan. Tetapi apakah mereka mampu membayangkan atau meramalkan sesuatu yag bakal berlaku pada masa depan berdasarkan pengalaman zaman kegemilangan mereka?

Takkan pula aku hanya diam mendengar tidak menyagkal sesuatu yang pada hematku kurang tepat dan sesuai untuk generasi ku? Aku tak nak menjadi pak turut atau mentadak mentadu. Aku hormat pandangan dia dan dia juga harus hormat pandangan aku. Kata dah makan garam, tapi belum boleh tunjukkan cara menegur atau bagi ceramah dengan gaya yang lebih praktikal?? Aku masih boleh bertahan dan bersabar bila mana aku di smash mereka. Tapi JANGANLAH sampai aku fed-up dan jadi kurang ajar. Sape nak jadi macam tu kan? Ni kira bagus lagi aku membahaskan isu tu secara profesional dan rasional. Aku bercakap menggunakan kaca mata dari sudut pandangan aku. Setiap orang punya gaya pemikiran yang tersendiri baik yang bernas mahupun sekadar on the surface saja. Kalau salah cakaplah salah dengan cara yang betul. Ini tidak nak juga menangkan hujah-hujah lapok dia tu. Itu ego namanya. Kalau dia tu cuma sebaya seusia aku dan tiada pertalian darah memang dah lama aku bantai habis-habisan. Alhamdulillah, masih ada rasa hormat terhadapnya dan aku faham generasi berusia ni sensitif dan nak tak nak aku yang muda ni lah kena mengawal darah muda.


macam ni laa muka tak puas hati aku...memang berkerut masam tahap dewa laa ngadap lappy meluahkan rasa hati ni...

Itulah impak berkomunikasi. Kalau silap cara dan gayanya, boleh memakan diri sendiri. Kalau bijak boleh menjulang nama dan maruah diri. Apapun, memang betul kata cikgu BM; gaya bahasa, gaya tubuh dan sebagainya yang kurang tepat boleh menjadikan seseorang itu tersalah tafsir maksud sebenar mesej yang mahu disampaikan. Mungkin aku tersilap gaya bahasa bila berbicara. ~Muhasabah diri~

Wednesday, January 26, 2011

aku dia dan kamu :)

nak jugak tunjuk gelang tu...nice arr..mmg best photographer saya nih..caya laa~

I love this pic..thanks Dayah...


suka betol laa nyorok2 nih..dah cam Hindustan daa:P


tengah dok memikir hal negara gamaknya...haha..candid baik punya~credit to Cik DAyah


tengah reply msg kwn..x ley blah Incik Rafiq di situ..


ni drama je...nak juga nyorok2 kat pokok..


ini gambar x sengaja tercapture...but nice arr..candid habis...


jauhnye menung?? teringat sape tu?? ehemmm2~


ini kerja Cik Dayah...ntah ape2 je reaksi muke time tu..berpeluh bagai..saya dah sunburn laa..sdey tau~


Cik Dayah x mau di snap gmbarnye...tp saya sgt lah excited..



ayuni dan saya...jumpa kat stadium kejjaapp je...rindu gilerr~


ini Rafiq dan kawan2nya..


Actually, ni sume gambar waktu SMAC CFS buat kat Stadium UIA ni...untuk event balapan dan badminton. Hope that I will own that DSLR too a.s.a.p and polish my passion...:D

Friday, January 21, 2011

For leisure~tag

List out these questions and make a new note called 'ABC About You' Then tag any 7 people. If you got tagged by me, YOU HAVE TO take this survey and repost it.

ABC About You Questions :)

A - AVAILABLE :
so sure~

B – BIRTHDAY:
4th of December 1991

C - CRUSHING ON:
no idea...just a glance maybe..haha

D - DRINK YOU LAST HAD:
durian belanda....teringat plak kat Dubel..wakaka

E - EASIEST PERSON TO TALK TO:
Asmaa, Husna, Fazreen and Dayah :)

F - FAVORITE SONG:
Exists~Salju Di Danau Rindu
M2M~The Day You Went Away

G - GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS:
ape ni?? x tahu menahu pula..

I - IN LOVE WITH:
MR.Laws and Mr. Hockey

K - KILLED SOMEONE:
never and don't want...upholding justice laa~

L - LONGEST CAR RIDE:
ntah, Unser ke? rasenye canoe laa~
M- MILKSHAKE FLAVOR:
Latte..ye ke ade flavour ni...hihi

N - NUMBER OF SIBLINGS:
dua saja...

O - ONE WISH:
I wish to be the best for my life partner in the future..[ni melalut dah ni..haha]

P - PERSON YOU CALLED LAST:
my mom laa~ saya anak yang bukan hari2 call emak...true statement nih..

R - REASON TO SMILE:
senaman muka...mulakan hari dengan senyuman akan menjadikan hari lebih ceria dan bermakna. senyum juga dapat memberikan aura positif kepada orang yang memandang..[dah macam pakar motivasi je..huhu]

S - SONG YOU LAST SANG:
Jeritan Batinku- Azlan & The typewriter

T - TIME YOU WOKE UP:
pagi la opkos..sebab kelas plg awal pukul 8..

U - UNDERWEAR COLOUR:
sure NOT colourless...

V - VEGETABLE(S):
brinjal and lady's finger

W - WORST HABIT:
tengok tv sampai x hengat yang lain..haha.

X - X-RAYS YOU'VE HAD:
aku x penah tau pun mende alah ni..hahaha...yg ade kat hospital tu ke????

Y - YOYOS ARE:
a game yang aku dok main zaman tadika dulu..sanggup beli kat kedai lepas balik sekolah plak tu..ntah pape je..

Z - ZODIAC SIGN:
Saggitarius

Random Questions About You :)

Spell your name without vowels:
Nrl Shfkh

Your favorite number:
5

What color do you wear most?
Pink and green

Are you happy with your life right now?
yes..bersyukur dengan apa yang ada..itu lebih baik.

What is your favorite lesson in school?
Sejarah

Who is your best friend?
Dear blog..org yg rapat ngan sy..husna, asmaa and afiqah

When do you start back at school/college?
Bulan September 2011...lame sgt2 cuti kali ni..

Are you outgoing?
mostly, with mu buddies especially

Can you tie a cherry stem with your mouth?
Haha tak pernah try pulak...*tiru rafiq

Can you whistle?
definitely...nope..x mau belajar..

Walk with your toes curled?
Kadang-kadang XD +tiru lg..x paham benonyer~

THE DO'S :)

Do you believe in miracles?
percaya pada Qada' dan Qadar Allah SWT


Do you believe in magic?
not at all

Love at first sight?
maybe..dengan izin Allah

Do you know how to swim?
saya tahu camne nak swimm cume saya xpandai je...*tiru rafiq..hahha

Do you like roller coasters?
pening pale saya...tapi nak gak try..

Have you ever been on a plane?
Nope

Have you ever asked someone out?
lom ter ajak lg laa...

Have you ever been asked out by someone?
it is something yang I tunggu2 tp it is not me..NOT at this age..

Have you ever been to the ocean?
banyak kali jer..yang bapak aku punye un pernah au..Tanjung Leman..hahaha

Have you ever painted your nails?
kuku saya udah cantik...x main arr colour2 nih..x ORI laa der~
THE WHATS :)

What is the temperature outside?
I forgot laa...sbb td pg cam kat Iceland tp la ni kat PJ pulakk..suhu dah berubah..ngeh2~

What radio station do you listen to?
Hot.fm and Era.fm

What was the last restaurant you ate at?
Evoke Cafe laa.....esok lg best~

What was the last thing you bought?
Nasi Goreng kampung + Telor mata kerbau

What was the last thing on TV you watched?
ntah arr...kat cni kureng tengok tp seingat aku tengok berita tv3 mlm td je..SDEY GILERR!

Who was the last person you said I love you to?
hafizah ramli...dlm fb...rezeki dia arr ari ni..:D

HAPPY SECTION :)

Are you a happy person?
Almost yes!

What is your current hair color?
Hitam manis....silap legap!!!

CURRENTLY WEARING :)

What shirt are you wearing?
Coklat...so cantekk..hihi

Pants?
I pakai kain laa..no pants2 ni..gugurl okey~:P

Shoes?
Err kaki ayam

Necklaces?
rimas je...

IN A BOY/GIRL :)

Favorite eye color:
hazel kot...tapi mata Melayu kan hitam..huhu

Short or long hair:
short and keep tidy

Height:
Hopefully TALLER than me...

HAVE YOU EVER.

Been to jail:
Never.

Laughed so hard you cried:
ade arr... byk sgt aku gelak sakan tp x ley blahh mse program JOM SAHUR ngan dak2 kecik tuh..sgt happy time tu~

Cried in school:
form1 mase baru2 masuk asrama...mase 1st time demam kat asrama..hhu

Done something really stupid that you still you started laughing:
hehehe....ade kot..buat malu diri sendiri je..memang tebal seinci muka time tu..wahaha~

Seen a dead body:
ade...scary gilerr klu accident dlm movie tuh...haha

THIS OR THAT?

Pepsi or Coke:
pepsi

Chocolate or Vanilla:
Chocolate

Strawberries or Blueberries
Strawberries.

Meat or Veggies:
Veggies

TV or Movie:
Movie :)

Guitar or Drums:
Guitar

Adidas or Nike:
Adidas !

Cheerios or Corn Flakes:
Corn Flakes !

Name one random thing about myself.
haha

People that you tag:

Wednesday, January 19, 2011

Couple Dan Jodoh



Salam semua. Rasanya malam ni memang nak menulis je. Study? rest for a while. Bukan senang nak online tau.

Okeh, topik kali ni tentang Couple dan Jodoh.

Couple ni maknanya korang pun sedia maklumlah. Mempunyai ikatan hati dengan seseorang yang berlainan gender, rasa cinta yang wujud antara dua insan. In official, mereka adalah sepasang kekasih. Itu definisi versi Cik Shafikah.
Orang kalu dah bercinta mesti nak couple, betul tak?? Ada sesiapa yang nak menafikan statement ni?? silakan...
Dari zaman sekolah menengah sampai lah zaman universiti ni. Fenomena ni dah makin berleluasa dan menjadi sesuatu yang normal pula bagi sesetengah pihak, lebih tepat dikategorikan liberalism. Persoalannya, perlukan kita berpasang-pasangan dengan ikatan yang tidak sah dari segi agama ini? Mungkin ramai yang tidak setuju atau kurang senang dengan kenyataan ini namun lihat lah ia dari sudut pandangan yang rasional berpandukan syariah. Aku tak pasti kenapa orang boleh rasa dirinya tidak lengkap atau tidak sempurna kalau tiada pasangan. Zaman sekolah dulu, siapa yang ada couple tu dikira sebagai sangat famous a.k.a hot stuff. Ada yang nak ber'couple' ni sebab nak populariti saja. Ini mungkin era ketidakmatangan remaja zaman sekarang. Itu pandangan saya.

Baiklah, rasa mencintai dan ingin dicintai ini lumrah bagi setiap manusia tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Tetapi syariat telah menggariskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka, patuhilah arahan dari Allah SWT. Tak salah nak berkawan tapi jangan sampai melampaui batas. Dan sekarang, ada juga yang masih punya mentaliti yang kurang matang bila melanjutkan pengajian ke universiti. Ada yang pasang niat untuk cari pasangan atau jodoh. Bukankah sepatutnya niat itu terhala pada kejayaan dalam bidand akademik dan kurikulum di universiti? Sepatutnya begitulah, tetapi ramai anak muda hari ini lari dari fokus masing-masing. Mereka kata, "sambil menyelam minum air". Merata-rata saya dapat lihat majoriti punya pasangan kekasih. Hanya segelintir Hawa yang masih suci hatinya, yang mahu disentuh oleh seorang lelaki bernama SUAMI. Cuba kamu buat survey sendiri ke atas kawan-kawan anda. Mesti tak ramai yang single bukan? Kadang-kadang yang disangka single rupa-rupanya sudah berpunya.

Pandangan saya tentang isu ini:

1) SINGLE IS SIMPLE for now...
2) RELATIONSHIP IS NOT MY CHOICE UNLESS AND UNTIL I FOUND MR.RIGHT IN FRONT OF ME
3) BOYS ARE STUPID. MEN ARE NOT TO BE TRUSTED IN RELATIONSHIP..tapi yang ini bukan untuk semua lelaki. Masih ada yang boleh dipercayai tapi susah nak jumpa. LELAKI hanyalah KAWAN BAIK. Itu yang sesuai~
4) SUCH RELATIONSHIP DOES EXIST IN MARRIAGE

Pandangan anda pula bagaimana? Setuju atau Tidak?
Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.