Sunday, September 19, 2010

Salam Lebaran 2010

Salam to all bloggers~
Firstly, I wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all especially to my family members+relatives and friends from all over the world.

Actually , agak dah bersawang laa blog ni...hehe, sejak pulang ke kampung berhari raya pd 6 Aug yg lalu....almaklum saje lah...kat umah xde wireless or broadband..
Hari ni, aku baru je sampai PJ untuk amek final exam...sadis arr duduk umah lelame..haish, memang x study langsung..klu dah namanye CUTI jgn harap arrr...HARAPAN yg tinggal. B4 raya sibuk wat kuih, kemas umah, tolong mak masak dan sbgnye. Raya ke3 ade wat kenduri kat umah sempena Muk Su yang bakal menunaikan haji pada awal Oktober ini, InsyaAllah. So, busy laa saya time tu..merewang segala bagai..penat tp BEST sangat sbb ramai sedare dtg..time ni laa nak berkumpul reramai...meriah gitu..haha.

Nak cite sket pasal kenduri ni..Okeh, start dalam pukul 2.30 petang. Aku merangkap Ajk Dapur yg paling junior mmg rse something x smooth time serve mknn. Sume dah sedia kat atas meja [ makan buffet je..] TAPI....sup xde...Lupe nak gitau..menu hari tu nasi ayam hainan, mihun goreng and air sirap ais. Kelakar sungguh...wahaha~
Menu biasa jep tp mgkin sbb org dah jemu dan muak makan ketupat rendang kuah lodeh tu...mmg licin laa tetamu yg datang makan hari tu..nak dijadikan cerita, bukan setakat sampai petang je org datang TAPI sampai ke malam lepas maghrib tu pun ade lagi yg dtg...atuk2 sedare saya. Memang rezeki diorang laa ade lagi nasi ayam time tuh..kire dapat gak merase walaupun terlambat..bukan 2 kereta yg dtg tp 3/4 kalu x silap...Sedare saya semmgnye ramai yer..So kpd MY FUTURE Hubby, please get ready yea...cousins and anaknye pun dah berderet...sedia2 duit raye bebanyak okay~

Orait, habis sudaa cerita Raya saya....[wlaupun sebenonye byk agi nak diceritakan..] Now, I kena fokus study untuk final exam kali ni...matlamat saya nak dapatkan at least 3.8 InsyaAllah....masa memang agak singkat skrg so, redah je tapi mesti bijak dlm study planning..Saya YAKIN saya PASTI BOLEH habiskan study before ke Exam hall.

Okeh, gtg...nak tidur sat pastu mlm ni fokus study...mybe no post till the end of the last paper on 28th Sept 2010.


Sunday, September 5, 2010

Hadiah dari INSAN


Salam to all bloggers. Hari ni I nak story about someone I've met and kenal kat CFS IIUM PJ. Guess who? Ok, the clue is> she [not he yea~] is a first year student, one of Peers members, and in the kulliyah of Engineering. Do re mi fa so la ti do....she is HIDAYAH SAZALI.

Perkenalan bermula apabila kami bekerjasama dalam menjayakan program Palestine Week tempoh hari. Dan pada suatu malam yang hening, aku telah mesej dgnnya atas urusan kerja namun bukan lah sebagai seorang boss or leader. huhu..

Sehingga kini, tak dapat aku lupakan tiap saat yang kami luangkan bersama...pergi Jaya One, pasar malam, bazar Ramadhan...ade satu je plan yg x jadi>nak pg Masjid Jamek same2...disebabkan hal2 yang x dapat dielakkan. Tiada satu pun masa di sia2 kan tiap kali kami bersama...yang paling best > berGOSSIP..nama pun perempuan tp kena kurangkan..hahaha..dosa dah berbakul2, x kan nk tmbh lg kot..haish

Haa, nak tau ape kaitan gambo di atas dengan entry aku kali ni??
hurrmm....ni lah yg nak di story actually. Yg coklat + lovely cute teddy bear tu Dayah yg bagi kat I since this is my last sem and soon I'll leave CFS..as what I 've told you b4. So sad but she made me feel so terharu.. Another present tu Rafiq b/p Peers Club yg beri. Naseb baik laa mood I ok time tu. Kalu x, melankolik jadinya...cam drama pulak kang..haha..so, emosi terkawal BUT I kesian kat Dayah. Dia kena tinggal pas ni, x de sape yg I boleh amanahkan untuk tengok2kan dia. Hope dia dapat jaga diri elok2, study hard + study smart, and be a good good girl.

Ok lah, nmpknya entry setakat ni saja ye. Pas ni saya nak berkemas dan menyiapkan diri. Biar sikit bercerita di sini tapi banyak yg ada di dalam ingatan saya..huhu..

p/s: Hari ni sy balik kg. Kepada semua yg akan pulang ke kampung dan memandu, pastikan anda berehat sebentar di Petronas bersama Coffee Break.
Latly, Selamat Menyambut Aidilfitri kepada seluruh umat Islam-muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah SWT. Semoga Aidilfitri ini akan membawa seribu satu keindahan dan keberkatan serta rahmat buat kita..Amiinn.

Kuih Siput pulaa...


Okay guys..oppss~Salam to all bloggers..
Today, I made KUIH SIPUT with my cousins, FAZREEN, LIZA, & AIN.

The recipe :
tepung gandum 1kg
jintan manis 1 sudu
ketumbar 1 sudu
udang kering segenggam
minyak/ margarine semangkuk kecil
garam secukup rasa
cili boh 4/5 sudu ( ikut cita rasa tersendiri
bawang merah 6 biji
bawang putih 6 biji

Seperti bese, bangkit dr tidur kami mamai lagi...haha. Pastu aku cakap arr aku mimpi yg kitorg buat kuih goyang lagi...mimpi jep:D .Then, dia pun berkata, "wey, jom buat kuih lagi...nak wat kuih goyang??" aku jawab," haha..ikut kau laa."

Beberapa minit kemudian selepas perbincangan bersama mamanya, dia datang lagi membawa perkhabaran dan cadangan. Mari kita buat kuih siput?? Ok set..on...ape lagi?? Jom kuar beli bahan2. Dengan menaiki MYVI yang dipandu oleh..sudah pasti bukan aku sebab kereta org x der beran laa...

So, sampai umah dari membeli barang mmg dah zohor...[ betapa lewatmya kami bangun ari ni..huhu] Mandi dulu, bersihkan diri dan solat. After that, projek kuih siput pun bermula. Dalam proses penyediaan tu, aku x sedap ati selagi x call n konfem kan ngan mak ttg bhn2 dan cara2nya. So, amek phone n try call. No answer BUT I know that my mum or dad will call later. Few minutes later, my mum called. After quite a long conversation, it was confirmed then. So, the process of making it began.

Hasilnya, boleh lihat pada gambar...[lmbt sket nk upload, tenet buat hal plakk]


Saturday, September 4, 2010

Cinta Seorang Lelaki

[makluman: entry ini dicopy dr blog sahabat]

Selalunya kita sering mendengar kata-kata daripada wanita bahawa lelaki tak jujur,suka mempermainkan wanita,buaya darat..Ya,sebagai seorang lelaki saya tidak langsung menafikan kenyataan tu.Itulah lelaki.Tidak seperti wanita yang sentiasa bermain dengan perasaan.Jika telah bercinta,wanita merasakan lelaki itulah yang terbaik dan akan menjadi pasangan dunia akhirat.Si lelaki pula,aku "couple" ni,saja je...Seronok-seronok.

Tetapi,adakah lelaki tidak ada perasaan cinta?Bagaimana pula cinta sang lelaki?.....

Lelaki tidak akan terlalu mudah jatuh cinta.Memang wujud lelaki yang mudah melafazkan kata-kata seperti "I love U".Tetapi itu hanya kata-kata,kerana lelaki amat susah untuk benar-benar jatuh cinta.Apa yang hendak saya nukilkan di sini adalah bagaimana jika lelaki benar-benar jatuh cinta.

~Lelaki telah jatuh cinta pada seseorang wanita jika dia begitu malu dengan wanita itu.Sehingga hendak mengangkat pandangan mata pun terasa begitu berat,apatah lagi berbicara.Dia akan menganggap wanita itu sempurna di matanya.Jika selama ini dia seorang yang banyak bercakap,tetapi di hadapan wanita yang di cintainya,dia bagaikan si bisu.

~Lelaki jatuh cinta apabila dia sanggup melakukan apa saja demi wanita yang dicintainya tetapi tidak mahu wanita itu mengetahuinya.Jika dia tahu wanita itu dalam kesusahan,air matanya turut mengalir.

~Lelaki jatuh cinta apabila dia sangat mengambil berat tentang wanita yang dicintainya walaupun dari jauh.Dia sentiasa akan bertanya kepada sesiapa saja untuk mengetahui tentang wanita itu.

Itulah sebenar-benar cinta bagi sang lelaki.Kehebatan cinta yang datang dari hati lelaki amat pelik,amat aneh.Sesuatu perkara yang sukar hadir dan apabila ia hadir ia cukup hebat.Inilah sifat lelaki yang begitu jujur dalam percintaan dan rasa cintanya langsung tidak dinodai oleh nafsu.Cinta adalah fitrah yang suci yang diciptakan oleh Allah untuk manusia.Tetapi apabila nafsu mengawal cinta,hilanglah kesucian cinta itu...

Khatimah....

Lelaki yang benar-benar mencintai wanita tidak akan mengajak wanita yang di cintainya membuat perkara yang di tegah..Jika kita mencintai seseorang,pastinya kita mahu si dia sentiasa berada dalam kebaikan.Jika dia mengajak kita sama-sama membuat perkara yang di tegah,adakah dia membawa kita ke arah kebaikan?Adakah itu cinta???...........Fikir-f
ikirlah....

Kisah kuih GOYANG~



4 Sept 2010
Lebih kurang jam 11.30 pagi
Rumah Muk su, Shah Alam

Tak lebih tak kurang dari pukul 10 pagi, kami [ aku, Yan, Fazreen, dan Adik] bertolak ke pasar untuk membeli bahan2 untuk membuat kuih goyang. Eh, lupa nak khabo kan..aku call mak aku untuk dapatkan resepi asli dari mak..cayang arr kat emak~hehe

Tiba di sana, alhamdulillah kami dapat apa yang kami perlukan termasuklah pencetak kuih tersebut. Dalam kepala otak aku ni tak pikir ape2 pun. Yang aku tau kitorg nak buat kuih ni..nak try..jadi ke tidak belakang cerita. This is weird actually, because aku selalu pessimist bila saja menyentuh bab masak memasak nih..haish..wanita, bila kau mau berubah??ahhaahaa...

Di rumah.....
Usai membersihkan diri, aku turun ke dapur untuk memerah santan kelapa. Ikut cara mak laa, apelagi...sifu teragung tuh..hehe.Then, proses mengadun bahan2 pun bermula. Tapi nak start dengan yang mana dulu eh?? x tau laa pulak..ekeke~ Sebenonya, dah 2 tahun asenya mak aku x buat kui ni..dulu, bila dia buat aku takde aku kat umah ataupun time tu aku jarang turun dapur..tau2, tengok mak tengah goreng kuih ni, bahan dan cara terlepas sudaaa~

Makanya, gerak hati menyatakan pada aku supaya masukkan tepung beras bersama santan pekat. Gaul punya gaul, pecahkan telur sebijik dan kacau hingga sebati. Kemudian, masukkan secubit kapur [ ni anggaran shja, jgn banyak sangat sampai setengah sudu penuh...]. Mak kata, masukkan 4 atau 5 sudu besar tepung gandum untuk mejadikan kuah ni x lah terlau cair.

Okeh, sesi menggoreng sudah tiba..jeng3..cuak x cuak aku...kami pinjam dapur dari Cik Ros, jiran sebelah umah muksu. Dia pun x berapa experience buat kuih ni..lbey kurang aku je laa.. Okay, firstly, kene rendam pencetak tu dalam minyak yang panas supaya tepung yang dah siap dibancuh tu melekat padanya. Nak cerita satu persatu, rasanya boleh siap cerpen entry ni nnt..almaklumlah, aku ni bila dah start menulis lg2 ngan keyboard ni mmg laju je...

Pendek cerita, mula2 kami buat mmg tak jadi..still melekat pada pencetak even dah GOYANG banyak kali..haha...Bila dah x lekat bentuk pulak kureng nak ade arr..So, I call my mum again to ask why it is like that..Katanya, lekat tu mgkin sbb pencetak tu baru guna..pasal x membentuk tu sebabbya kitorg x sabar2 nak mengGOYANGnya..haha....aku pikir2, logiklah mak~

Experiment kuih ni kali yang lebih kesepuluh barulah rasanya jadi sama macam yang mak buat..tu pun ade aku tmbh sikit tepung gandum agi sbb cair sgt smpi x terbentuk+ gula juga...hurmm, pewarna kuning pun tambah gak sbb pucat kata mereka..

Gambar yang atas sekali tu, ade yg pucat, ade yang cantik...membuktikan bhwa kami ni memang first timer yer....

Gambar second, dah makin menjadi wey, suka+ lega ati cek ni..[bak kata ustaz Kedah]..elok sikit laa dibandingkan dengan yang mula2 tu. Itulah yang dinamakan BELAJAR..TRY AND ERROR + EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER, EVER!!!

~Resipi Kuih Goyang~

Bahan2:

tepung beras sekampit
tepung gandum 4/5 sudu
telur sebiji
kapur secubit [agak2 laa sndiri..]
gula secukup rasa
santan pekat~> 2 biji kelapa
pewarna kuning


Dengan adanya resipi itu maka berakhir lah entry saya kali ini.
Kisah tamat.

p/s: malam ni nak rasa sendiri kuih hasil air tgn ni..credit kpd cik tukang merasa> tu yg exempted
pose je...
-kpd semua, jgn lupa mencuba resipi ini sempena Syawal yg bakal menjelma x lame lg...jgn risau krn masih ada masa~

Friday, September 3, 2010

Berbuka bersama MeReKa...:D

Alkisahnya bermula pada suatu petang yang redup nan permai. Hafizah, roommate a.k.a sahabat kamcengku mengajak aku juga Asmaa untuk berbuka puasa di KFC bersama tetamu undangan [poyo jep:D] Syazwan dan Aiman. Setelah rundingan dijalankan, maka bulat keputusan ahli2 persidangan untuk menyatakan persetujuan atas cadangan yang diutarakan.

Dari situla bermualanya perjalanan kami ke destinasi yang dituju pada jam lebih kurang 6.30 petang. Tika itu, cuma Syazwan saja teruna yang ada bersama kami memandangkan Si Aiman dara tu sedang menyiapkan dirinya...[x habis2...sorry Man:P]. Sebagai lelaki yang penuh dengan pekerti Melayu, Syazwan menawarkan diri untuk beratur membeli makanan.

Sedang kami menunggu di meja sambil berborak, tiba jua akhirnya anak teruna yang dinantikan..[ayat x ley blaa..haha]. Kala itu juga, sampai mesej Syazwan kpd Fiza yang berbunyi, "wey, korang nak tunggu sampai takbir raya ke baru nak bagi duit?? aku dah kering ni.." Tergelak aku dan Asmaa disitu..wahaha

Memang tepat pada masanya bila saja azan berkumandang, juadah sudah terhindang di atas meja. Berbukalah kami dengan gumbiranya kerana melayan keletah si Aiman, mendengar momentum gelak dari aku, Fiza dan Syazwan juga si kecil Asmaa. Rasanya, memang meja kami paling meriah ketika itu. Dari awal kemunculan Aiman sehinggalah kami selesai makan, tidak kering gusi kami dibuatnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum bertolak, kami menunggu dua teruna itu namun tidak juga muncul2. Dan akhirnya mesej sampai menyuruh kami tunggu di post guard..haish~


Sambil menyelam minum air, kata orang...apalagi, bergambar lah sementara tunggu makanan sampai..huhu~


Terbaik arr Aiman..pic ni memang khas untuk ko~haha



Pic ni lagi best...Si Asmaa tergelak dek kerana si Aiman do ngusik dia ni..hehe..
ehem2~no offence yea!

Hurmm, nampaknya di sini lah tamat kisah kita...Sesungguhnya, pilu hati ini bila mana mengenangkan bahawa inilah iftar kita berlima yang pertama dan harapnya bukanlah yang terakhir. InsyaAllah, semoga ketemu lagi di Kampus Gombak......ditujukan khas buat Hafizah, Syazwan dan Aiman.

Wednesday, September 1, 2010

Book sHopping & pHoTo ShOOtinG

ni gambar hiasan je..diambil semasa Graduating Lunch few weeks ago..InsyaAllah bakal lawyer or legal practitioner..


harga buku ni memang terbaik arr, nmpk x tebal tp mencecah RM 50 kowt...




These are lawyers' quotes yg kami capture dr satu buku..that's illegal actually..haha


memang khusyuk laa si Asmaa ni membaca statute bagai...not even notice me capturing this pic..



di bawah ni, gambar2 buku Law...mmg x larat nak memiliki sume ni..kopak lah poket jawabnye~





those dictionary and novel that i've bought...


nak berdrama sebentar ye...ade bakat x??
wahaha~

haah, lupe nak gi tau...kat Mid ade pameran bunga orkid...ade juga bunga lain..so, apelagi~> photo shooting time..






















Date : 31st August 2010
Day : Tuesday
Location : Mid Valley

Kesimpulannya, kami gembira di sana...meluangkan masa cuti Merdeka di Mid Valley yang pada mulanya hanya ingin membeli Federal Constitution. Dapat dimiliki akhirnya, juga bersama beberapa buku lain...itulah saya kalau dah jumpe dan masuk ke kedai buku..mau berkampung saja rasanya..nak beli borong pun x mampu lg..huhu...tggu dah ade income nnt sy buka library sendiri.

pen-off